|
Maaf YB Dato Azimi Daim, saya tidak terlibat dalam AP, tetapi elektrik kena potong dan mungkin TUHAN mengarahkan TNB untuk tidak boleh bertolak ansur.
Saya ikuti siaran TV baru - baru ini memerhati dengan penuh kusuk apa yang di sampaikan oleh kepimpinan saya mengenai arah yang mahu mereka bawa khususnya memperasakan Melayu. Saya tidak berniat untuk meletakkan artikel ini atas nama YB Dato Azimi Daim tetapi terpegun dengan ceramah beliau dalam memperkatakan tentang kereta 160,000 beliau kerana maklumlah sudah ada jawatan.( itu kata beliau)
Apa pun saya terpaksa mengucapkan ribuan terima kasih saya pada ALONG kawasan Ampang Jaya kerana memberi saya pinjam wang sebanyak RM 100.00 yang telah saya jelaskan hutang tersebut dengan nilai RM 200.00 pada penghujung bulan tersebut yakni dalam lingkungan 12 hari. Hanya kerana ALONG itu saya dapat melihat kepimpinan saya bersidang membicarakan hal - hal kemajuan bangsa, hal pengagihan kontrak dan perkara - perkara mengenai Melayu dan hak Melayu.
Semua apa yang di sebutkan benar belaka. Semua memang saya sokong. Tetapi apa yang mahu saya katakan ialah itu perkara - perkara besar yang tidak menjejaskan malang nasib orang seperti saya. Sudahlah terpaksa bergelut dengan penyakit yang ada, diberhentikan dari syarikat Cina yang hanya tidak langsung mempedulikan erti kemanusiaan dan kini tidak mempunyai kerja tetap tetapi terus berusaha untuk bergelut membasmi kemiskinan keluarga.
Apa pun saya kesal dengan Tenaga Nasional Berhad dan mungkin lain - lain agensi kerajaan yang tidak mahu berolak ansur langsung mengenai bil pembayaran. Mujur saya dapat menyelesaikan dengan sedikit kerugian tetapi saya mampu membayar kembali ALONG tersebut. Apa pula hal mereka yang tidak mampu dan terus di buru faedah yang terlampau mahal.
Tuan,
Saya hadir ke pejabat TNB untuk membayar RM 200.00 dari tunggakan bil RM 300 tetapi malang sekali mereka tidak dapat menerima bayaran selain dari RM 300.00 kerana elektrik telah di potong. Bagi mereka bila sahaja surat notis di terima maka pembayaran penuh perlu dan tidak ada tolak ansur dalam hal ini. Maka elektrik saya di potong dan seharian dan semalaman dengan keluarga saya serta anak - anak saya bergelap. Keesokan hari saya membuat pinjaman untuk membayar elektrik tersebut dengan bantuan ALONG yang sepatutnya tidak perlu wujud kalau TNB boleh menunggu 12 hari lagi. Saya katakan kepada mereka di TNB - kalau saya tidak bayar dalam 12 hari - menunggu gaji potong lah ! Bukan saya boleh dapat bekalan dari tempat lain. Namun mungkin TNB mendapat arahan tuhan untuk tidak membenarkan bayaran ansuran dan tidak boleh berkompromi.
Maaf agak terkasar sedikit tetapi pilu melihat mereka yang membicarakan mengenai AP dan sebagainya tetapi tidak peka kepada masalah sebenar rakyat yang hanya perlu sedikit pembelaan.
Bagi yang lain khususnya mereka yang di gelar pengkhianat - tangkap sahaja mereka dan potong bekalan elektrik mereka.
Untuk YB Dato Shaziman, saya di maklumkan bahawa beliau tidak mahu sedikit pun mendengar rintihan perkara ini yang di bawa oleh editor laman web ini.
Saya harap tuhan sahaja dapat mengajar beliau erti kepayahan. Bagi YB Dato Azimi Daim, anak saya tidak pernah merasa naik kereta RM 160,000 mungkin sekali -sekala boleh merasa naik kereta tuan.
Interbiu dan olahan oleh Ghazali Mat Dom editor1@umno-reform.com
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|