|
DEMOKRAT BANTAH TINDAKAN MPAJ.
Jaringan Anak Muda Untuk Demokrasi (DEMOKRAT) membantah tindakan MPAJ
meruntuhkan sebilangan rumah peneroka bandar di daerah Hulu Klang.
DEMOKRAT ingin menzahirkan ucapan tahniah di atas sokongan beberapa ahli
politik yang perihatin tentang isu ini sambil mahu menanyakan di mana
pendirian ahli politik yang lain terutama mereka yang mempunyai
kedudukan yang lebih berpengaruh.
DEMOKRAT percaya bahawa meskipun tindakan ini adalah di bawah bidang
kuasa MPAJ, pertimbangan lain yang lebih menyeluruh haruslah
diambil kira terutamanya situasi peneroka bandar yang tidak punya
tempat alternatif, jasa mereka dan musim pembukaan sekolah serta
perayaan.
DEMOKRAT ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa tindakan MPAJ ini
adalah di luar lunas moral kemanusiaan apatah lagi prinsip maqasid
syariah yang digariskan oleh agama Islam.
Justeru :-
DEMOKRAT menyeru pihak MPAJ dan kerajaan tempatan mengambil
tanggungjawab penuh untuk menyediakan tempat alternatif kepada
semua peneroka yang terlibat dan membayar ganti rugi yang
sewajarnya kepada semua mangsa akibat
gangguan psikologi dan emosi selain kerugian harta benda yang mereka
alami.
DEMOKRAT juga ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat yang perihatin
terutama di kalangan parti politik, NGO, gerakan mahasiswa dan individu
merentas faham kepartian, bangsa dan agama harus mempertikaikan
tindakanMPAJ ini dan membela kedudukan semua para peneroka bandar yang
rumah mereka telah dirobohkan.
Noor Amin Ahmad
Jaringan Anak Muda Untuk Demokrasi (DEMOKRAT)
|