BALIK KE MUKA UTAMA

Mendefinisikan Pak Lah 3
Siri 2 - Peningkatan nilai dan erti pembangunan klik sini
Siri 1 - Kembali ke asal klik sini


Antara pesan Imam Ali kepada Malik al-Ashtar al-Nakh'I, apabila beliau di lantik menjadi kepimpinan tertinggi Mesir

- adakan perbicaraan antara hati ke hati dan jangan ada mereka: pengawal, pegawai - pegawai kerajaan atau mereka dari jabatan polis, cawangan khas mengiringi kerana mereka yang mewakili golongan yang tidak berada mampu membicarakan kesukaran dan kesengsaraan mereka tanpa takut dan lebih terbuka, kerana pernah kedengaran oleh Sayidina Ali, sabda Rasulullah, tidak sepatutnya ada negara atau masyarakat yang memegang jawatan tinggi dan kuat yang tidak bertanggungjawab ke atas yang lemah.


Dan di sinilah letak kelainan kepimpinan yang mampu Pak Lah tunjukkan kepada rakyat negara ini. Perkara ini perlu di pandang dengan lebih serius. Mengenali masalah rakyat bukan boleh hadir dari sekadar membaca statistik. Statistik mampu melambangkan peningkatan indeks semasa, mampu menunjukkan bahawa Indeks Pengguna berada di tahap yang rendah dan mampu menunjukkan kadar inflasi tidak bergerak malah turun dengan kenaikan harga barang yang utama seperti kenaikan petrol dan diesel. Ini semuanya statistik yang tidak langsung melambangkan kejatuhan kualiti hidup rakyat, pengurangan pendapatan bawa balik dan peningkatan kos yang mampu menurunkan keupayaan. 

Pak Lah dalam kenyataan beliau sewaktu menerima anugerah dari Malaysian Institute Management baru - baru lalu mengatakan bahawa atas kepentingan negara maka beliau akan membuat keputusan - keputusan yang tidak popular. Banyak keputusan dikatakan mampu memberi menafaat di masa akan datang. Benar - kita sering dengar kenyataan - kenyataan seperti ini disebut oleh setiap pemimpin yang naik - Tun Dr Mahathir juga turut berkata yang serupa. Namun apa yang penting di ubahkan dalam kenyataan itu adalah kepentingan rakyat sekarang dan masa depan. Kita harus sedar kalau tidak ada hari ini tidak adalah masa depan. Seperti apa yang pernah saya dengar :

Kesempitan dan kesusahan hari ini akan mengelapkan masa depan mereka. Sekiranya mereka tidak lagi nampak masa depan mereka akibat penderitaan hari ini maka tidak adalah masa depan untuk mereka. 

Pak Lah, tanyakan kepada mereka, apa kesusahan mereka, apa yang menyebabkan mereka tidak nampak masa depan, apa ertinya kais pagi makan pagi dan apa ertinya hidup dalam kemiskinan di zaman ini.

Tanyakan Pak Lah, apa ertinya di kejar nestapa, balik melihat anak kecil itu menangis, kerja masih belum di temui dan hidup sudah terlarat tidak mampu di baiki. 

Tanyakan Pak Lah, kenapa gerai ini kecil, berniaga puluhan tahun, di baham restoran besar di gigit gergasi yang gagal melihat kita di bawah ini.

Tanyakan kepada mereka Pak Lah, kenapa semua ini berlaku.
Apakah tidak ada ruang untuk mendengar - yang sebenar dan yang hakikat. Kenapa kami terus di sini dan tidak bangkit dari kemelut diri. Tanyakan Pak Lah.

Pak Lah, Malaysia ini tidak ada peluang kedua. Kesilapan berniaga akan memusnahkan segala dan tidak mampu kita naik lagi. Tanyakan asas yang dapat membantu. Tanyakan kenapa permohonan tapak berniaga itu tidak berjaya dan siapa yang hanya duduk di pejabat berniaga jarak jauh - mengutip hasil dari peluh orang lain. 

Biarkan mereka yang miskin itu berbicara dan kepimpinan tertinggi mendengarnya.

Tanyakan Pak Lah 

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762