|
Mendefinisikan
Pak Lah 3
Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
012-6544762
Antara pesan Imam Ali kepada Malik al-Ashtar al-Nakh'I,
apabila beliau di lantik menjadi kepimpinan tertinggi Mesir
- adakan perbicaraan antara hati ke hati dan jangan ada mereka: pengawal,
pegawai - pegawai kerajaan atau mereka dari jabatan polis, cawangan khas
mengiringi kerana mereka yang mewakili golongan yang tidak berada mampu
membicarakan kesukaran dan kesengsaraan mereka tanpa takut dan lebih
terbuka, kerana pernah kedengaran oleh Sayidina Ali, sabda Rasulullah,
tidak sepatutnya ada negara atau masyarakat yang memegang jawatan tinggi
dan kuat yang tidak bertanggungjawab ke atas yang lemah.
Dan di sinilah letak kelainan kepimpinan yang mampu Pak Lah tunjukkan
kepada rakyat negara ini. Perkara ini perlu di pandang dengan lebih
serius. Mengenali masalah rakyat bukan boleh hadir dari sekadar membaca
statistik. Statistik mampu melambangkan peningkatan indeks semasa, mampu
menunjukkan bahawa Indeks Pengguna berada di tahap yang rendah dan mampu
menunjukkan kadar inflasi tidak bergerak malah turun dengan kenaikan
harga barang yang utama seperti kenaikan petrol dan diesel. Ini semuanya
statistik yang tidak langsung melambangkan kejatuhan kualiti hidup
rakyat, pengurangan pendapatan bawa balik dan peningkatan kos yang mampu
menurunkan keupayaan.
Pak Lah dalam kenyataan beliau sewaktu menerima anugerah dari Malaysian
Institute Management baru - baru lalu mengatakan bahawa atas kepentingan
negara maka beliau akan membuat keputusan - keputusan yang tidak
popular. Banyak keputusan dikatakan mampu memberi menafaat di masa akan
datang. Benar - kita sering dengar kenyataan - kenyataan seperti ini
disebut oleh setiap pemimpin yang naik - Tun Dr Mahathir juga turut
berkata yang serupa. Namun apa yang penting di ubahkan dalam kenyataan
itu adalah kepentingan rakyat sekarang dan masa depan. Kita harus sedar
kalau tidak ada hari ini tidak adalah masa depan. Seperti apa yang
pernah saya dengar :
Kesempitan dan kesusahan hari ini akan mengelapkan masa depan mereka.
Sekiranya mereka tidak lagi nampak masa depan mereka akibat penderitaan
hari ini maka tidak adalah masa depan untuk mereka.
Pak Lah, tanyakan kepada mereka, apa kesusahan mereka, apa yang
menyebabkan mereka tidak nampak masa depan, apa ertinya kais pagi makan
pagi dan apa ertinya hidup dalam kemiskinan di zaman ini.
Tanyakan Pak Lah, apa ertinya di kejar nestapa, balik melihat anak kecil
itu menangis, kerja masih belum di temui dan hidup sudah terlarat tidak
mampu di baiki.
Tanyakan Pak Lah, kenapa gerai ini kecil, berniaga puluhan tahun, di
baham restoran besar di gigit gergasi yang gagal melihat kita di bawah
ini.
Tanyakan kepada mereka Pak Lah, kenapa semua ini berlaku.
Apakah tidak ada ruang untuk mendengar - yang sebenar dan yang hakikat.
Kenapa kami terus di sini dan tidak bangkit dari kemelut diri. Tanyakan
Pak Lah.
Pak Lah, Malaysia ini tidak ada peluang kedua. Kesilapan berniaga akan
memusnahkan segala dan tidak mampu kita naik lagi. Tanyakan asas yang
dapat membantu. Tanyakan kenapa permohonan tapak berniaga itu tidak
berjaya dan siapa yang hanya duduk di pejabat berniaga jarak jauh -
mengutip hasil dari peluh orang lain.
Biarkan mereka yang miskin itu berbicara dan kepimpinan tertinggi
mendengarnya.
Tanyakan Pak Lah
|