BALIK KE MUKA UTAMA

 


Mendefinisikan Pak Lah

Siri 2 - Peningkatan nilai dan erti pembangunan
Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
012-6544762



Perkembangan Malaysia di katakan begitu pesat sekali di khususnya di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir. Pembangunan pesat ini dikatakan oleh sesetengah penganalisis ekonomis sebagai over heating namun ianya di tepis oleh Dr Mahathir dengan alasan bahawa ini adalah kecemburuan negara - negara barat dalam melihat kita melangkah dari negara dunia ketiga kepada negara maju. Jepun adalah negara ideal yang di contohi. Kemajuan negara Jepun memang mengkagumkan. Itu adalah Malaysia di masa akan datang. Era kemodenan sudah menapak dalam negara ini. Ekonomi berkembang, projek mencetus banyak sebanyak itulah jugalah syarikat Ali Baba Melayu timbul tanpa segan silu.


Kemodenan juga menjanjikan perubahan kepada struktur masyarakat. Pengorbanan untuk memodenkan Malaysia akan memberi beberapa implikasi terhadap struktur sosial negara ini. Di sinilah istilah value neutral timbul. Pergerakan ke arah pencapaian negara maju mengorbankan - menurunkan banyak nilai - nilai penting dalam negara ini. Peningkatan masalah sosial, budaya rasuah dan budaya - budaya negatif di katakan terbit dari penurunan nilai - nilai ini. Kemasyarakatan adalah satu saingan antara sesama dan nilai sosial adalah prioriti terakhir dalam kehidupan kemodenan ini. Salah siapa sekiranya pembangunan material adalah keutamaan dan keutamaan ini mengorbankan nilai - nilai yang lain? Apakah kita harus salahkan pembangunan dan kemodenan yang ada? Apakah kemajuan perlu di lihat sebagai punca merobek nilai kemanusiaan? Sebagaimana payah Dr Mahahtir berusaha untuk mencapai tahap pembangunan kemodenan begitu juga payah akan Pak Lah hadapi untuk memusingkan keadaan bagi meningkatkan value - neutral kepada satu angka munasabah dalam keadaan Malaysia bergerak membolos keluar dari istilah dunia ketiga kepada negara maju.

Jelas dalam kita mendefinisikan Pak Lah terdapat usaha - usaha Pak Lah untuk menaikkan apa yang di sebut sebagai value - neutral tadi. Malaysia hari ini hadir untuk membayar infrastruktur pesat yang kita telah bangunkan. Malaysia hari ini melangkah ke era baru untuk memastikan apa yang di bangunkan di bayar supaya infrastruktur itu terus hadir dalam mengertikan kemodenan. Ini tanggungan kita dan ini adalah tanggungjawab Pak Lah.

Mendefinisikan Pak Lah dalam mencari arah pentadbiran dan arah mana yang mahu di bawa oleh beliau, apa yang jelas adalah usaha Pak Lah meningkatkan pembangunan kerohanian untuk mengimbangi pembangunan fizikal yang ada di Malaysia. Pengimbangan ini bagi Pak Lah perlu agar kemodenan tidak di interpretasi sebagai manusia yang hidup dalam kemewahan perekonomian tapi kosong kejiwaan.

Pak Lah mahu melihat rakyat negara ini bangkit sejajar dengan arus pembangunan pesat tetapi punyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Bagi Pak Lah pencapaian nilai - nilai murni kehidupan harus meningkat bersama - sama kepesatan pembangunan. Pak Lah mahu menyamak negara ini setelah ianya bangkit dengan kemodenan pesat. Pak Lah mahu nilai - nilai sebelum ini bangkit dan di pupuk semula. Nilai - nilai positif ini mahu terapkan kembali, sistem kekeluargaan di beri penekanan, nilai - nilai sosial kemasyarakatan di semai dan budaya - budaya pentadbiran seharusnya tidak berpaksi kepada keuntungan peribadi yang menjadi benih - benih rasuah. Itulah definisi Pak Lah.

Hari ini apa yang di guna pakai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak di katakan relevan semula. Kemodenan turut di semai kepada sistem pertanian. Kemodenan turut mengambil kira nasib nelayan yang sepatutnya di tingkatkan dari satu pekerjaan kampung kepada satu jawatan profesional yang memberi pulangan melebihi dari pendapatan seorang pekerja kilang. Pertanian mahu di modenkan dengan istilah petani moden di guna pakai kembali. Ini sesuatu yang positif dan ini satu inisiatif yang amat membanggakan. Namun dalam kemelut itu maka terkeluar kenyataan bahawa 50,000 kontraktor Melayu dalam keadaan kritikal. 50,000 kontraktor itu mungkin timbul sewaktu kepesatan pembangunan era Dr Mahathir. Dalam pengiraan 50,000 kontraktor itu berapa puluh ribu pula yang boleh kita klasifikasi sebagai kontraktor Ali Baba.

Kita perlu mengertikan 50,000 kontraktor Melayu yang dalam keadaan kritikal tersebut. Apa sebenarnya yang menjadikan mereka dalam keadaan kritikal. Apakah tahap kritikal mereka sama dengan tahap nelayan,petani dan pekebun Felda dengan keperluan asas mereka terancam, apakah tahap kritikal 50,000 kontraktor Melayu itu adalah kerana kurangnya belanja untuk riadah di kelab - kelab malam.

Terus terang - kontraktor bagaimana yang berhadapan dengan tahap kritikal sehingga mahu membuat memorandum dan meminta Pak Lah membuat pelbagai projek baru untuk mereka maisng menjadi tanda tanya.. Apakah sama tahap kritikal mereka dengan bot -bot yang pecah dan kepayahan nelayan menjahit sendiri pukat yang hampir robek?

Mungkin sedikit sebanyak kita harus berkorban untuk meningkatkan nilai - nilai dalam mengistilahkan semula masyarakat kita sebagai masyarakat berkeadaan value neutral tadi. Pak Lah harus teruskan agenda beliau, kontraktor kritikal harus di definisikan. Bagi syarikat berjenama Ali Baba biarkan sahaja ia tutup, kerana mereka telah puas hidup mewah. Namun jangan pula sebab - sebab kritikal nya 50,000 kontraktor Melayu kerana terdapat agihan projek kepada kontraktor Melayu baru dalam pentadbiran baru dengan kronis yang baru.

Maka inisiatif mendefinisikan Pak Lah bermula.

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762