BALIK KE MUKA UTAMA

 


Mendefinasikan Pak Lah
Pendekatan normatif - hasrat dan impian
Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
012-6544762

 


Sebenarnya sebelum ini saya kurang mengikuti perjalanan politik Pak Lah dan kurang menilai pendekatan - pendekatan yang di bawa oleh Pak Lah dalam mentadbir dan menjadi pemimpin nombor 1 Malaysia.

Saya hanya membaca kenyataan - kenyataan Pak Lah dan sekadar mengikuti persembahan yang di buat oleh media - media yang ada. Kabinet - kabinet Pak Lah juga nampak mempunyai kelepasan dalam menentukan perubahan yang mahu dilaksanakan tanpa banyak sekatan dan campur tangan Perdana Menteri.

Sungguhpun begitu setelah melihat kali pertama Pak Lah dalam siri "Fast Forward" rancangan Radio Televisyen Malaysia, saya amat terkejut cara mana Perdana Menteri kita menjawab soalan - soalan yang di kemukakan dan corak pendekatan pentadbiran beliau.

Saya percaya ramai antara kita yang akan dapat menilai Pak Lah setelah meneliti dan menonton rancangan Fast Foward tersebut.

Antara yang saya perhatikan ialah corak pemerintahan yang mengatakan 'Feel Good atau keselesaan ' yang menjadi tonjolan sebenarnya adalah satu aspek pemerintahan yang agak longgar di bawa oleh Pak Lah. Pak Lah gagal dalam memberi keyakinan kepada orang seperti saya mengenai beberapa isu penting dalam mencapai tahap perubahan yang sepatutnya di harapkan oleh beliau sendiri.

Pembawaan pendekatan normatif - yang hanya berhubung rapat dengan - apa yang sebenarnya patut ada, nilai moral yang sepatutnya di pupuk, falsafah yang perlu di ikuti dan menganjurkan kebaikan yang berbentuk preskriptif menjadikan pendekatan kepimpinan Pak Lah secara langsung melibatkan harapan, kepercayaan dan keinginan yang tidak meyakinkan perlaksanaan dan pencapaian.

Pak Lah dari satu sudut melihatkan sikap rendah diri tetapi di nilai dengan cara idea dan pendekatan, maka Pak Lah kelihatan memerlukan sokongan dari pihak - pihak lain yang mempunyai kekuatan perlaksanaan.

Saya tidak mengatakan Pak Lah gagal, tetapi skop Pak Lah adalah harapan dan cita - cita dan bagi mengimbangkan agar ianya terlaksana maka kekuatan perlaksanaan perlu ada dan kekuatan ini juga perlu sejujur harapan Pak Lah melihat Malaysia di duduki oleh mereka yang mempunyai nilai maruah yang tinggi.

Melihat harapan Pak Lak serta perbandingan dengan keadaan pembentukan sosial yang ada setelah di tadbir 22 tahun di bawah pemerintahan Dr Mahathir dengan corak "value - neutral" beliau - yakni mengenepikan persoalan apa yang sebenarnya baik maka Pak Lah bagi saya bukan sahaja akan menghadapi 'uphill task' malah peratus kejayaan beliau akan berada di tahap rendah.

Pak Lah bagi saya sedar bahawa pendekatan Islam Hadhari beliau, penerapan nilai - nilai murni Agama dalam masyarakat dan harapan - harapan untuk "kepimpinan telus maka rakyat terurus" hanya akan terus menjadi harapan dengan sekatan - sekatan yang ada pada diri Pak Lah. Saya katakan di sini - pendekatan "complementary" Pak Lah tidak akan berjaya mewujudkan keadaan seperti mana yang di harapkan oleh Pak Lah kerana masyarakat kita telah di bentuk sekian lama sebagai masyarakat yang bersifat "value neutral" atau lebih teruk lagi sudah menjangkau kehilangan nilai - nilai kemurnian demi kehidupan yang mencabar dalam pencapaian 'kemodenan bercorak memuaskan kehendak' pembawaan pemerintahan Dr Mahathir.

Masyarakat hari ini di Malaysia akan menggagalkan harapan dan nilai kemurnian kehidupan dengan pengejaran kepada kehidupan moden dengan kekuatan kewangan dan kuasa yang mampu di beli oleh wang -wang tersebut. Pematahan balik corak kehidupan kompleks khususnya di bandar - bandar ini kepada kehidupan nilai dan kemurnian akan mengambil masa yang amat lama dengan kuderat politik yang kuat dalam perlaksanaan. Keterlanjuran nilai murni yang disamakan kepada neutral tadi juga telah menyelubungi kepimpinan negara ini. Lantaran dari itu mereka akan bersifat 'accommodative' kepada harapan dan kehendak Pak Lah tetapi tidak akan melaksanakan sebaik mungkin kerana nilai pegangan mereka berbeza dengan cita - cita peribadi mereka. Ini sebenarnya melibatkan kepimpinan yang melihat perolehan kuasa politik sebagai persoalan yang tidak melibatkan siapa yang betul, siapa yang salah tetapi hakikat kehendak yang songsang dengan amanah yang di berikan.

Mendefinisikan harapan murni Pak Lah maka saranan penting yang perlu di buat ialah untuk mengadakan kekuatan perlaksanaan yang tidak melihat apa akan terjadi pada politik diri mereka pada tahun - tahun akan datang tetapi menggenggam kuasa yang ada untuk perubahan sekarang untuk masa depan rakyat. Pak Lah seharusnya tidak lagi memikirkan politik beliau yang sudah sampai ke tahap kemuncak dan tidak menghadkan pergerakan untuk kepentingan politik orang lain tetapi memikirkan perubahan bagi melaksanakan 'humble intention' beliau. Nilai - nilai yang di bawa oleh Pak Lah adalah murni seakan satu mimpi indah yang mahu di kecapi oleh semua pemimpin yang memegang kepada nilai - nilai murni yang tinggi dengan harapan pembentukan rakyat yang beriman dan berpegang bukan sahaja kepada kehidupan yang ada tetapi kepada perkembangan kerohanian yang tinggi.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762