|
Siaran ulangan Dasar Ekonomi Baru
Dasar yang berkehendakkan Melayu itu memenuhi 30% pegangan ekuiti menjadi agenda terpenting dalam perhimpunan agung UMNO 2005 yang baru selesai. Sekali
lagi UMNO membincangkan ketinggalan orang - orang Melayu khususnya dalam pegangan ekonomi Malaysia. Banyak di pertuturkan dan antara yang jelas adalah faktor yang dikenal pasti menyebabkan kegagalan pencapaian cita -cita DEB tersebut adalah ketirisan projek yang di peruntukkan kepada orang - orang Melayu. Naib Ketua Pemuda UMNO Khiry Jamaluddin mengatakan bahawa hampir 90% kontrak Jabatan Kerja Raya di beri kepada Bumiputera tetapi hampir kesemuanya kecuali 21% yang melaksanakannya sendiri. Khairy Jamaluudin dalam ucapan beliau menyatakan juga:
"Kita jadikan agenda Melayu sebagai kompas perjuangan bangsa. Tidak ada apa yang perlu diragukan, (sebaliknya) kita harus lebih malu sekiranya setelah sekian lama agenda yang dilaksanakan ia masih gagal dijayakan sepenuhnya.''
Rata - rata mereka mahukan pencapaian Bumiputera tersebut sampai ke tahap yang di harapkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Tidak ada seorang perwakilan yang akan membantah bahawa pencapaian pegangan ekuiti Melayu memalukan dan tidak akan ada yang menafikan bahawa pencapaian Melayu semakin merosot.
Menurut salah seorang perwakilan En Ahmad Shabery Terengganu, dari tahun 1970 sehingga 1985 pegangan ekuiti Bumiputera meningkat dari 2.4% dalam tahun 1970 kepada 18.5% pada tahun 1985. Di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Felda, Mara dan Felcra di bentuk untuk membantu orang - orang Melayu. Bangsa Melayu pada ketika itu berjaya memiliki Guthrie dan Sime Darby. Persoalan pokok mengikut beliau adalah kenapa pada masa itu kita mampu membuat peningkatan hampir 16%. Sekarang ini ekuiti pegangan Bumiputera di anggarkan 19% ? Ini yang perlu difikirkan sebelum kita membicarakan mengenai DEB dan Agenda Nasional Baru.
Secara rambang apa yang kelihatan adalah peningkatan dari tahun 1997- sehingga 1985 adalah hampir 16% tetapi setelah itu dari tahun 1985 sehingga ke hari ini tahun 2005 iaitu hampir 20 tahun peratus pencapaian Bumiputera hanya 19% peningkatan tidak sampai 3%.
Ramai juga antara parti komponen Barisan Nasional menyokong usaha untuk mengerakkan semula DEB atau pelancaran baru Agenda Nasional yang bertujuan untuk menaikkan taraf ekonomi orang - orang Melayu, seperti kata Presiden Parti Gerakan tetapi usaha mengenal pasti dan mengambil langkah serius yang menghalang kejayaan DEB perlu dikaji balik.
Suara - suara pesimistik juga kedengaran mengenai perlaksanaan semula DEB dengan pengkhususan kritikan adalah mengenal pasti punca kegagalan dengan ikhlas dan berwibawa. Selagi orang - orang Melayu gagal mengenal pasti kelemahan DEB maka selagi itulah DEB hanya indah seindah hasrat.
Kita harus menerima kritikan itu secara lapang dada. Datuk Hishammuddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam kenyataan membidas MCA mengatakan bahawa Pergerakkan itu tidak akan berkompromi mengenai isu Melayu. Kita harus memulakan langkah mengenal pasti dan setelah itu mengambil langkah bersesuaian untuk memperbetulkan keadaan tersebut sebelum bergerak lebih jauh lagi memperjuangkan semula DEB ataupun Agenda Nasional Baru. Ini sejajar dengan kenyataan perwakilkan Terengganu tersebut mengenai lembu - lembu suci itu janji Dato Najib Tun Abdul Razak untuk mengorbankan lembu - lembu tersebut.
Sekiranya kita masih berdegil itu menidakkan tindakan ke atas lembu - lembu itu selagi itulah DEB atau Agenda Nasional Baru tidak akan berjaya dalam aspirasi 30% pegangan Bumiputera dalam perniagaan.
Selagi kita terus menerus dengan budaya lama UMNO selagi itu pencapaian Melayu akan semakin merosot dan akhirnya tersisih habis. Pak Lah dengan komitmen beliau untuk membersihkan amalan rasuah amat di sanjung. Sungguhpun begitu bagi www.umno-reform.com
pula jangan pula penerusan semula DEB dan Agenda Nasional Baru merupakan siaran ulangan DEB
yang berakhir dengan kisah sama juga - kegagalan orang - orang Melayu.. Kita tidak mahu lihat 25 tahun lagi kita masih memperdebatkan isu kejayaan orang - orang Melayu tanpa sebarang perubahan peningkatan malah pengucupan.
www.umno-reform.com tidak mahu lagi melihat siaran ulangan DEB.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|