BALIK KE MUKA UTAMA


Terima Kasih kepada Konsert Pertama Akademi Fantasia 4

Rupa kamu yang cantik….
Mata kamu yang bulat……
Membikin pemuda jadilah gembira…..

Senyumanmu yang manis….
Gigi kamu yang putih….
Oh Nona ku….., AZIZAH……
Oh Nona ku….., AZIZAH……

Itulah dia bait bait indah puitisnya lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Lagu yang menjadi nyayian serta siulan Dato Seri Anwar Ibrahim semenjak beliau bujang sehingga kini…… [dulu, kini dan selamanya….??]

Setelah enam tahun dipenjara, dan akhirnya dibebaskan, Dato Seri Anwar dalam siri ceramah dan ucapannya sering menceritakan bagaimana beliau melepaskan rindunya kepada Presiden Keadilan dengan menyanyikan lagu Azizah ketika beliau keseorangan disebalik gerigi besi Sg Buloh…… Malah didalam sebuah buku penulisan Dr Syed Husin Ali yang bertajuk “Two Faces” turut memuatkan cerita bagaimana Dato Seri Anwar, hampir setiap pagi, menyanyikan lagu Azizah. Ketika itu, penulis buku tersebut bersama sama Dato Seri Anwar sedang “berkursus” di Kem Tahanan ISA Kamunting sekitar tahun 1974.

Baru baru ini sewaktu kempen pilihanraya Sarawak, TV3 saban hari menghentam Keadilan sehinggakan slot Dato Seri Anwar menyanyikan lagu P Ramlee ini ketika berceramah di Kuching cuba dijadikan isu untuk memperlekehkan beliau.

Tetapi lain pula halnya dikalangan panel serta pengurusan unit hiburan Astro. Mereka turut menyenaraikan lagu pujaan Dato Seri Anwar ini untuk menjadi salah satu tugasan pelajar Akademi Fantasia 4 [Af4]. Pada Konsert pertama minggu lalu [3 Jun], salah seorang pelajar Af4 dari Sabah, Lotter telah mendendangkan lagu yang indah itu. Malah persembahannya dibantu dengan kehadiran artis terkenal, Fasha Sanda.

Maka, berkemundanglah ke seluruh negara, Sabah, Sarawak, sehinggalah ke Singapura dan Brunei…., nama Presiden Keadilan. Alangkah indahnya jika Dato Seri Anwar turut sama menyaksikannya. Sudah pasti beliau akan sama sama menyanyikannya sambil tersenyum….

Pihak Astro dan Maestro harus dipuji. Kalau kita masih ingat, sewaktu krew Astro menyerbu dan membuat kejutan kerumah mereka yang berjaya layak untuk ujibakat terakhir Af3, musim yang lepas [2005]. Sewaktu tiba dirumah Asmawi Ani [Mawi], beliau terpinga pinga keluar dari bilik tidur, dan ketika itu kelihatan di dinding rumahnya, tersergam gambar Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz serta gambar Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi. Namun, ini tidak membatalkan keputusan pihak Astro untuk terus menyenaraikan Mawi dalam senarai akhir pelajar untuk menyertai Konsert Prelude Af3.

Tahniah kepada Astro kerana berani dan ucapan terima kasih juga kepada Astro kerana telah membuatkan malam minggu yang lepas sungguh indah dengan kendengarannya nama Presiden Keadilan dilaungkan seluruh negara, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei …….

Uniknya Konsert Af ini ialah, setiap lagu yang didendangkan pada setiap konsert akan nanti menjadi siulan kepada ramai “pengikut” rancangan realiti tv ini. Sudah tentulah lirik lagu yang ada menyebut nama Presiden Keadilan akan terus menjadi siulan terutamanya dikalangan kanak kanak….

Kita tunggu nanti apakah akan ada lagu yang melaungkan atau menyebut nama nama seperti Dollah…., atau mungkin Mahathir………..


kiriman datoseriandalas@yahoo.co.uk

 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762