|
Datuk aku bukan Datuk
Melaka, isu penganugerahan Datuk kepada Khalid Jefri
Kami menerima email dari Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat yang bukan sahaja mempersoalkan isu penarikan anugerah Datuk ke atas Datuk Khalid Jefri tetapi juga mempersoalkan kenapa beliau di beri gelaran Datuk oleh Yang Di Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dalam masa Khalid Jefri bergelut di mahkamah atas tuduhan memfitnah dalam penulisan buku 50 Dalil Kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri di rujuk.
Ikhlas kami dari www.umno-reform.com juga hairan dengan anugerah Datuk oleh Tun Khalil Yaakob ke atas Datuk Khalid Jefri se olah - olah beliau banyak berjasa untuk bumi Melaka.
Khalid Jefri yang di anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Tun Khalil Yaakob sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Negeri yang ke 66 sudah cukup menimbulkan keraguan terhadap penilaian pemberian anugerah Datuk oleh Negeri Melaka. Hasil dari pemberian anugerah Datuk kepada Khalid Jefri inilah isu kredibiliti penerimaan anugerah Datuk ini di persoalkan.
www.umno-reform.com pernah menyuarakan isu penerimaan Datuk dan pernah mendengar kritikan Pak Lah pada awal perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hari ini ramai yang berpendapat bahawa anugerah dari Sultan dan Yang Di Pertuan Agung dan Negeri hanya lah bagi mereka yang berkelayakan membeli dan bukan dari hasil pengorbanan dan jasa kepada Malaysia khususnya rakyat.
Mungkin Dato Ali Rustam boleh menjawab persoalan dari Angkatan Muda Keadilan dan boleh juga sedikit menghilangkan keraguan kami dalam persoalan apa kah kredibiliti dan sumbangan Datuk Khalid Jefri terhadap Melaka sehingga di anugerahkan pingat yang membawa gelaran Datuk. Atau pun apa kah benar desas desus mereka dalam UMNO yang membicarakan " Datuk aku bukan Datuk Melaka"
KENYATAAN MEDIA
11 JULAI 2005
KHALID JAFRI BERSALAH TULIS MAKLUMAT PALSU. 50 DALIL MENGAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI
PM , YANG BERSENGKONGKOL?
Mahkamah Sesyen Ampang Jumaat 8 Julai 2005 telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Datuk Khalid Jafri setelah disabitkan kesalahan menulis maklumat palsu dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM ".
Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli dalam hujahnya ketika menjatuhkan hukuman antaranya Khalid dijatuhkan hukuman bersalah dan disabitkan dengan tuduhan itu setelah meneliti bahawa kes tersebut melampaui keraguan
Khalid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu pada 12 Ogos 1998 dan pada peringkat pendakwaan, seramai 11 saksi memberi keterangan. Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Maklumat palsu berkenaan terkandong di muka 50 buku itu.
Pada 19 Feb 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.
Pembelaan telah mengemukakan dua saksi iaitu Khalid sendiri dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan serta memanggil semula saksi pendakwaan Supt Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Kes ini telah menarik perhatian pemerhati dalam dan luar negara kerana berdasarkan maklumat fakta buku inilah Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad begitu yakin untuk memecat Timbalan Perdana Menteri Ketika itu Sdr
Anwar Ibrahim atas tuduhan moral.
Kini mahkamah telah menetapkan bahawa maklumat dalam buku itu fitnah maka rakyat menanti bekas Perdana Menteri untuk tampil dan memohon maaf di atas tindakan beliau yang menyebabkan kerugian bukan sedikit kepada rakyat dan negara.
Semalam 10 Julai 2005 akhbar tempatan melaporkan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam yang menyatakan bahawa anugerah Datuk kepada Khalid boleh ditarik balik jika rayuannya di tolak. Ini satu yang amat memalukan
Semasa tempoh perbicaraan tersebut juga Khalid telah dianugerahkan Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. Angkatan muda mempersoalkan tindakan ini kerana :
Anugerah Datuk ketika Khalid masih dibicarakan boleh dilihat sebagai balasan kerana menulis buku tersebut ini kerana Yang Dipertua Negeri Melaka, Khalil Yaakop yang
mengurniakan anugerah Datuk kepada Khalid juga mempunyai kepentingan dalam kes pemecatan saudara Anwar Ibrahim.
Apakah sumbangan Khalid terhadap Negeri Melaka sehingga Yang Dipertuan Negeri Melaka menganugerahkan beliau Datuk.
Angkatan Muda Malaysia melihat penarikan Datuk kepada Khalid tidak membawa erti apa ?Kami menuntut supaya siapa yang terlibat dalam menganugerahkan tersebut perlu tampil memberikan alasan mengapa Khalid diberikan anugerah tersebut ? Adakah kerana balasan menulis buku fitnah ? Jika tiada alasan yang munasabah mereka perlu memohon maaf secara terbuka bukan setakat menarik semula Datuk dari
Khalid. Kenyataan
di kirim oleh Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, En
Badrul Shahrin
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|