|
Siapa penerima AP ( kelulusan permit mengimpot permit) , bukan dasar kerajaan memaklumkan nama penerima
Isu mengenai penerima AP, tiba - tiba menjadi hangat. Kehangatan ini berikutan cadangan Tun Mahathir untuk mengenai siapa penerima AP tersebut. Gesaan Tun Mahathir mengenai pendedahan tersebut telah menimbulkan banyak reaksi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz. berkata, ia bukan dasar kerajaan dan ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Penjelasan Rafidah Aziz turut menunjukkan bahawa era Tun Dr Mahathir juga tidak mendedahkan penerimaan AP. Kenyataan dan penegasan Rafidah Aziz juga di ulangi oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Persoalan yang perlu untuk kita rakyat ketahui adalah kenapa agaknya menjadi dasar kerajaan kita untuk melindungi nama - nama penerima permit. Apakah perlindungan penerima permit itu perlu?
Utusan Malaysia melaporkan, Rafidah menegaskan, kementeriannya sudah telus dengan membuat beberapa pengumuman di Parlimen mengenai pengeluaran AP, tetapi nama pemiliknya tidak akan diumumkan kerana ia bukan dasar kerajaan. Apakah ini sebenarnya menepati definisi telus.
www.umno-reform.com menegaskan bahawa kami setuju agak nama - nama penerima permit di siarkan untuk merangkumi kesungguhan erti telus yang di katakan oleh Rafidah malah Pak Lah sekali. Bagi kami menyembunyikan nama - nama biar untuk AP atau apa - apa yang melibatkan rakyat seperti perjanjian konsesi dan penganugerahan tanah, kontrak kerajaan tidak seharusnya menjadi bahan rahsia rasmi.
Selagi ada dasar - kalau boleh di takrif penyembunyian nama - nama penerima AP sebagai satu dasar, maka selagi itu lah kita menyemai benih - benih rasuah dalam pentadbiran negara ini. Selagi ada ruang tertutup sebegini selagi itu apa yang kita harap - peningkatan integriti dan penghapusan atau se tidak - tidaknya pengurangan secara serius rasuah terbantut.
Apa yang kita mahu secara asas ialah semua peluang untuk melakukan rasuah di tutup. Itulah asas kita untuk memerangi gejala dan wabak rasuah. Selagi itu maka kita akan bertukar - tukar kepimpinan dan menyanyikan lagu serupa - membasmi rasuah.
Berbalik persoalan AP tadi, terdapat juga beberapa informasi yang menarik kenapa Tun Dr Mahathir mahu nama - nama penerima di dedahkan. Apakah mungkin kerana ada AP baru yang akan hadir di Malaysia yang akan menggugurkan dan mencabar Proton. Apakah benar beberapa AP telah di keluarkan untuk membawa masuk kereta - kereta yang akan membuat Proton terpaksa menurutkan kadar keuntungan di Malaysia. Siapa pula penerima permit - permit tersebut?
Dalam pada itu juga kita tidak dapat mengelak dari mempersoalkan kenapa Dr Mahathir dahulu tidak juga mendedahkan penerima AP tersebut?
Maka rakyat sekali lagi akan melihat kepentingan - kepentingan beberapa kelompok yang di jaga oleh kerajaan bersandarkan pengorbanan kepentingan rakyat terbanyak. Ini hanya akan menunjukkan bahawa kita akan menjaga terus kepentingan beberapa nama tertentu dan semestinya ini membelakangi amanah rakyat yang di letakkan di atas bahu kepimpinan yang di pilih oleh rakyat.
www.umno-reform.com tidak akan menggesa isu terbitan tetapi akan terus mempersoalkan isu yang di katakan dasar kerajaan - yang mempunyai kepentingan selain dari kepentingan rakyat. Ini perlu dalam kita membanteraskan wabak rasuah yang bagi saya melibatkan impak buruk kepada ras bangsa Melayu sebagai penerima.
Justeru itu bagi www.umno-reform.com adalah perlu kita mendefinisikan rasuah, menutup ruang bagi pencambahan dan penyemaian rasuah dan akhirnya pendedahan dan pengambilan tindakan segera ke atas mereka yang terlibat dalam dadah.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|