|
formmail.to: umnoreform
From_Email: daniel_mm2000@yahoo.com
From_Name: daniel
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: UMNO bincang ketua bahagian digantung KUALA LUMPUR 31 Jan. -
Persoalan berhubung kewajaran seseorang ketua
bahagian menyandang semula jawatannya setelah tempoh penggantungan tamat
sebelum pemilihan parti akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan
UMNO.
Utusan Malaysia difahamkan, Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat 24
Januari lalu ada menyentuh perkara itu tetapi mahu ia diperhalusi
sebelum ia dimuktamadkan.
``Belum muktamad lagi, ia masih dibincangkan oleh Jawatankuasa
Pengurusan UMNO,'' kata sumber ketika dihubungi hari ini.
Dalam kes-kes penggantungan keahlian melibatkan pemimpin di peringkat
bahagian dan cawangan setelah didapati bersalah menyalahi tataetika
parti sebelum ini, tempoh penggantungan yang dihadapi mereka rata-rata
tamat selepas proses pemilihan.
Ketika tempoh penggantungan, jawatan mereka khususnya ketua bahagian
dipangku oleh timbalan ketua bahagian masing-masing.
Bagaimanapun, kes yang dihadapi tidak menghalang mereka untuk bertanding
merebut jawatan parti selepas tamat penggantungan.
Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan parti ialah pada Perhimpunan
Agung September 2004.
Mengikut perlembagaan parti, pemilihan seterusnya dijadual tiga tahun
lagi - sebelum September 2007 tetapi MT boleh menangguhkannya dalam
tempoh 18 bulan sehingga 2008.
Antara ketua bahagian yang akan tamat tempoh penggantungannya sebelum
pemilihan parti akan datang ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu,
Datuk Zaid Ibrahim.
Beliau yang dijatuhi hukuman atas tuduhan mengikut Fasal 20.8
Perlembagaan UMNO dibaca sekali dengan Perkara 1 Tataetika Ahli UMNO
atas kesalahan penghinaan terhadap Lembaga Disiplin akan tamat tempoh
hukuman pada 1 Januari 2007.
Jawatan ketua bahagian yang disandang beliau kini dipangku oleh
Timbalannya, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.
Zaid digantung selama tiga tahun iaitu bermula 24 Jun 2005 hingga 23 Jun
2008 atau satu penggal pemilihan sebelum dikurangkan oleh MT yang
bermesyuarat pada 8 Oktober 2005 kepada satu setengah tahun.
|