BALIK KE MUKA UTAMA

Pemimpin bela rakyat bukan sebaliknya



formmail.to: umnoreform

From_Email: adry_ax@yahoo.com

From_Name: dakajie

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan:
Akum

Kebangkitan rakyat? satu topik yg menarik...wahai saudara 'keramat  melayu pendang' ,saya bersetuju dengan cadangan saudara tetapi tidak  seratus peratus. Kebangkitan rakyat yang kita inginkan bukan la satu  kebangkitan yang membawa rencana...bukan begitu? Kebangkitan yang emosi  dan terlalu mengikut perasaan merupakan kebangkitan kurang cerdik.

Saya agak gemar jika rakyat Malaysia boleh bersuara tanpa dikenakan ISA. Kerana itu merupakan senjata kerajaan untuk melemahkan semangat  kebangkitan. Bagaimana kita ingin mengelakkan kebangkitan kita supaya  tidak dapat dibendung? Persoalan yang menarik... Ianya adalah  kebangkitan yang jitu dan bersatu padu. Bersatu kita teguh dan jika  bercerai kita akan lumpuh....

Sikap melayu Malaysia yang pasif dan berpuas hati dengan apa yang ada  telah melumpuhkan kebangkitan. Selain itu sikap 'power distance' yang  tinggi harus diketepikan.

Jika sebahagian kecil kretiria ini dapat dihapuskan, kita sebagai rakyat Malaysia sudah melangkah setapak dalam membentuk kebangkitan rakyat.  Peneraju negara kita kini amat perlu meyakinkan rakyat yang dia adalah  pemimpin yang membela rakyat bukan sebaliknya.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762