|
KEBANGKITAN MELAYU - selamat tinggal Central Market untuk peniaga - peniaga Bumiputera
Kami di minta hadir untuk mendengar rayuan sekumpulan anak - anak muda Melayu yang bakal kehilangan tempat berniaga di Pasar Seni Kuala Lumpur. Kami mendengar dengan penuh teliti bagaimana mereka mengatakan bahawa Pasar Seni ini telah di jual oleh Khazanah Nasional dan pengurusan baru telah menaikkan sewa kepada satu kadar yang tidak akan mampu di bayar oleh mereka. Kadar sewa bagi ruangan legar adalah pada RM 780.00 dan disewakan semula oleh penyewa kepada mereka dengan kadar RM 2,000 sebulan. Hari ini kadar itu di naikkan kepada RM 2,000 dan penyewaan semula kepada kami adalah sekitar RM 3,000 - RM 3,500 sebulan.
Hampir 100 - 150 peniaga kecil akan kehilangan tempat berniaga dan kesemuanya adalah orang - orang Melayu yang telah menyewa dan berniaga di situ selama 12 - 15 tahun.
Penelitian kami lebih tertumpu apabila di maklumkan kepada kami bahawa syarikat yang memiliki Pasar Budaya tersebut adalah syarikat Cina - sungguhpun syarikat lokal tetapi di beritakan pemilik sebenarnya adalah Global - Singapura.
Kami sedang berusaha untuk meneliti syarikat itu yang bernama Prestige Debut Sdn Bhd dan dari mana asal syarikat tersebut tetapi apa yang kami dengar sungguh tidak menyelesakan, apa lagi sedang kita berbincang untuk kebangkitan Melayu dan meneruskan rancangan kita dalam Dasar Ekonomi Baru.
Apa yang menjadi kekhuatiran kami adalah penerusan Dasar Ekonomi Baru yang di beri pernafasan semula tetapi perlaksanaan adalah seperti yang sekian ada yang bakal menyaksikan kegagalan berterusan dasar tersebut. Sungguhpun kami percaya bahawa di Pasar Seni Kuala Lumpur tersebut tidak ada penyewaan atas dasar kuota menteri tetapi di tempat - tempat perniagaan lain khususnya di bawah Majlis Tempatan dan khususnya Bandar Raya Kuala Lumpur terma seperti kuota menteri wujud.
Kami juga di maklumkan di Pasar Borong Selayang - di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kuota menteri wujud dan penyewa - penyewa yang berani berniaga di dalam Pasar Borong tersebut adalah Cina yang membayar sewa hampir RM 7,000 - RM 8,000 sebulan. Ini amat memeritkan untuk peniaga Melayu bersaing.
www.umno-reform.com percaya kepada teori lembu suci dan percaya sekiranya di selongkar mengenai lembu - lembu suci ini ada antara kita dalam kepimpinan UMNO terlibat. Bagi www.umno-reform.com - kami percaya semua Majlis Kerajaan Tempatan khususnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur terlibat dalam memelihara lembu - lembu suci ini biar lembu ini dari kalangan ahli politik atau proksi pemegang amanah pegawai yang berkuasa
.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|