BALIK KE MUKA UTAMA

Celoteh Mak Yah

Minyak naik, tambang bas tak boleh naik - siapa subsidi siapa


Celoteh Mak Yah penjual nasi lemak, nak pergi ke tempat jual nasi lemak bungkusnya kini bukan lagi murah. minyak dah naik 30 sen. Nasi lemak kena jual harga yang sama. barang lain mula naik , kalau tak sekarang 2 atau 3 bulan lagi pasti naik. Yang pasti Kerajaan bukan hari - hari mahu memantau kenaikkan harga. Susu naik dia buat tak peduli, mereka yang jadi pemborong kelapa, nak hantar kelapa ke pekan untuk di jual kini pun meningkat kos pengangkutannya. Semuanya pasti naik dan kerajaan tidak nampak akan dapat mengawal harga barang - barang bila minyak naik. Habis kami kena jual dengan harga yang sama sungguhpun kos lain naik.

Itu kata Mak Yah yang menjalankan perniagaan menjual nasi lemak bungkus di tepi jalan. Lain pula cerita mereka yang membawa bas sekolah. Mereka juga di larang menaikkan harga tambang sungguhpun minyak dan lain - lain barang akan naik. Kita terpaksa ubah cara hidup kata Najib. Mungkin Abang Lan bawa basikal ambil budak - budak ini dan hantar ke sekolah. Semua ini bukan mereka peduli. Kita akan kena banyak kos lain - minyak naik, "repair" bas naik, barang lain naik kita kena belanja juga. Yang tidak boleh naik harga tambang Bas ini. Apa punya cerita ini!

Roti Canai, Mee Goreng, Nasi Dagang semuanya tidak boleh naik , nampaknya payah juga kita kali ini. www.umno-reform.com saja memberitahu kepada mereka bahawa kenaikkan hari ini akan dapat menampung pembangunan kerajaan, nak buat jalan dan banyak lagi pembangunan yang mahu di berikan kepada rakyat.

Jawab Abang Lan, nak buat jalan "free" ke, hapus tol, cukai jalan dan sebagainya. Kami nak cari duit buat membayar belanja yang dah naik, ini nak kerat duit pendapatan kita yang tak seberapa.

Itulah coleteh mereka yang berniaga pasar malam, membawa bas sekolah dan beberapa penguasa kecil lain yang setakat ini mencari nafkah untuk mengais di pagi hari, petang tak tentu lagi. Begitulah senario keadaan yang membuat kami rasa agak simpati terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

Nampaknya, bila harga minyak di naikkan - untuk mengurangkan subsidi kerajaan kepada rakyat maka, rakyat kecil ini terpaksa pula menanggung subsidi tersebut. Hari ini peniaga nasi lemak memberi subsidi beberapa sen kerana kerajaan menghentikan subsidi minyak.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762