|
sila ke http://wtv8.tv saluran alternatif anda
Caj kereta Singapura tanpa lengah
ROSLAN SMS
Buat masa ini kereta pendafataran asing yang dibawa pandu masuk
ke Malaysia samada melalui sempadan Thai ataupun Singapura tidak
dikenakan sebarang caj masuk kecuali tol. Bagi kenderaan yang
masuk dari Singapura mereka membayar RM2.60.
Bermakna mereka bebas membawa masuk kenderaan mereka, menikmati
barangan dan makanan murah di Malaysia, membayar kos petrol yang
murah, menginap di hotel-hotel mewah yang murah, menikmati
lebuhraya kita (ada juga menikmati pelacur-pelacur dan GRO
Malaysia yang juga lebih murah dari di negara mereka), berjudi
di Genting Highlands dan kemudian kembali ke Singapura dengan
hati senang dan perut kenyang.
Sedangkan kenderaan Malaysia yang dipandu masuk ke Singapura
pada hari-hari bekerja dikenakan bayaran Dolar Singapura 20.00
bagi kereta dan Dolar Singapura 4.00 bagi motosikal sehari dari
jam 2.00 pagi ke 5.00 petang.
Dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini disiarkan berita yang
kabinet sedang berura-ura untuk mengenakan caj RM20.00 ke atas
kereta-kereta yang masuk dari Negara Thai dan Singapura. Ini
kononnya bagi mengimbangi subsidi petrol yang hilang apabila
kereta-kereta ini mengisi minyak untuk kenderaan mereka di
Malaysia.
Dan berita ini sudah pun menerima reaksi khasnya dari warga
Singapura. Channel News Asia yang berpusat di Singapura, didalam
laman webnya menyiarkan reaksi rakyat Singapura terhadap ura-ura
ini. Ada yang mengatakan:
If theyre doing big business, I think 20 ringgit is nothing. But
if just a small business, or maybe just go for tour, I think
they will think about it.
Seorang lagi pemilik kenderaan mengatakan:
Im sure nobody will want to go there. 20 ringgit is a lot. Right
now, were already paying 2.60 ringgit. I think 20 ringgit is a
lot.
Dengan kemelut JAMBATAN BENGKOK yang belum selesai, yang telah
pun menerima reaksi negatif dari kerajaan dan rakyat Singapura,
memang dijangkakan ura-ura caj masuk ini pun sudah pasti akan
dipandang dingin oleh mereka.
Bagi saya tidak ada sebab mengapa rakyat Singapura khasnya tidak
patut dikenakan caj kemasukkan itu memandangkan mereka datang ke
sini untuk menikmati serba-serbi yang mewah dan menyeronokkan
sedangkan rakyat Malaysia hidup terbeban dengan kenaikkan besar
harga minyak.
Jangankan RM20.00 saya kira caj yang lebih besar patut dikenakan
ke atas mereka itu.Saya kira dalam hal ini kerajaan perlu
bertegas. Kenakan RM50.00 hatta RM100.00 sekalipun saya percaya
mereka akan mampu bayar. Kemudian bagi kenderaan mereka yang ke
luar, pastikan perlu melalui skan dari online Polis Trafik bagi
memastikan mereka bayar terus sebarang saman yang dikenakan
terhadap mereka sepanjang berada di Malaysia
Bagaimana kalau mereka tidak mahu masuk nanti?
Saya kira apa pun jadi warga Singapura itu akan tetap berkunjung
ke Malaysia.Mereka tiada pilihan kecuali kereta mereka boleh
terbang terus ke Thailand atau Indonesia!
Kepentingan mereka di Malaysia sebenarnya terlalu besar untuk
mereka memboikot kita. Wang Singapura telah mencurah-curah masuk
menguasai syarikat dan haratanah di Malaysia.
Cuma kita sahaja yang kadang-kadang kelihatan tertunduk-tunduk
merendah diri, bersedia dengan mudah menggadai dan menjual
maruah kerana kononnya nak menjaga hati negara pulau itu. Kalau
ke atas rakyat sendiri kita sanggup mengenakan kenaikkan harga
minyak yang besar, apa istimewanya warga Singapura itu?
sila ke BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
|