BALIK KE MUKA UTAMA

Buletin FOMCA - siri 3 mengupas mengenai Air dari perpektif Islam

 

Buletin FOMCA menemubual Encik Mohd Yusof Abdul Rahman, Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan dan juga Bendahari Agung FOMCA dalam memberi penjelasan mengenai Air. Untuk memuatkan keseluruhan artikel tersebut mungkin akan mengambil masa untuk kami di www.umno-reform.com menaip tetapi berikut adalah hasil yang di perolehi dari temubual tersebut dalam bentuk nota.

Secara asas Encik Mohd Yusof Abdul Rahman telah menolak penswastaan air dengan kesimpulan beliau :

Perkhidmatan bekalan air sewajarnya dikendalikan oleh kerajaan sebagai salah satu projek pembangunan. Begitu juga dengan kemudahan asas lain seperti tenaga, pendidikan , kesihatan dan sebagainya perlu dinikmati oleh semua rakyat. BAgi perkhidmatan lain yang menjadi pilihan bagi rakyat, maka wajar diserahkan kepada syarikat swasta menguruskan.

Saya tidak bermaksudapabila kemudahan asas ini dikendalikan oleh kerajaan, maka ia perlu diberikan secara percuma. Kadar tertentu boleh dikenakan bagi menampung kos menyediakan prasarana dan penyelenggaraan. Mekamisme tertentu perlu diadakan dari segi pembayaran seperti bagi golongan yang kurang upaya dan berpendapatan rendah, kerajaan perli memberikan subsidi agar kadar yang dikenakan berpatutan. Sekiranya mereka memang tidak mampu membayar kerana wang yang ada pada mereka digunakan untuk tujuan lain yang perlu, maka kerajaan harus menyediakan tempat yang khusus bagi golongan ini mendapatkan bekalan air tanpa dikenakan bayaran. Tetapi hanya golongan ini sahaja yang boleh menggunakan kemudahan tersebut.

Tetapi bagi golongan berada, mereka perlu membayar mengikut kadar air yang digunakan. Bagi golongan ini persoalan bayaran tidak menjadi masalah. Asalkan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan memuaskan.

Dalam siri temubual tersebut berikut adalah beberapa petikan untuk menerangkan pandangan Islam mengenai isu Air,

Soalan:

Begitu pentingnya air bagi umat. Dalam hal ini, bolehkan sumber air itu dimiliki secara hak persendirian?

Terdapat beberapa keperluan asas yang tidak boleh dimikili oleh individu atau sekumpulan orang pada pandangan ISlam. ini dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud " tiga perkara yang tidak boleh dielakan daripada manusia : air, rumput dan api ( Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah). Demikian dalam hadith lain, yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, daripada Ibn Abbas bermaksud " Umat Islam adalah rakan kongsi kepada tiga perkara : air, rumput dan api,. Malah dalam satu hadith menyebut "Meletakkan harga pada ketiga - tiganya adalah HARAM ( hadith riwayat Anas daripada Ibn Abbas).

Apa yang sebenarnya dapat di simpulkan ialah penswataan air perlu ditolak. Kemudahan bekalan air harus tidak dilaksanakan dengan niat utama hanya untuk membuat keuntungan.

www.umno-reform.com berharap agar dapat bulentin itu di baca oleh semua rakyat Malaysia, namun usaha untuk menaip semula semua teks tersebut memakan masa dan ini adalah perkara yang amat kekurangan pada kami. Namun sekiranya mereka memerlukan maka mereka boleh menghubungi www.umno-reform.com melalui email anuarmohdnor@yahoo.com dan sertakan nama, alamat pos dan email untuk kami menghantar salinan fotokopi " Penswastaan Air Menurut Perspektif Islam " - kami hanya mampu membuat fotokopi beberapa salinan sahaja oleh itu tidak semua dijangkan akan memperolehinya.  

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762