|
KHIR
TOYO- PENGKHIANAT MELAYU
Saudara,
Saya terpanggil untuk mengulas ataupun memberikan pandangan kepada tulisan Pena Suasa setelah saya membaca siri terakhir tulisan beliau di dalam laman ini mengenai MB Selangor Khir Toyo. Ada beberapa perkara menarik yang perlu dilihat di sebalik tulisan beliau dan paling ketara adalah sanjungan dan penghormatan beliau kepada Khir Toyo dimana seolah-olah Menteri Besar itu digambarkan oleh beliau melalui tulisannya sebagai manusia yang tidak pernah buat salah. Manusia yang sepanjang masa sempurna.
Melalui tulisan beliau itu juga, begitu sekali mempertahankan DS Khir Toyo sehinggakan beliau sanggup menympahseranahkan penulis yang menulis buku tentang Khir Toyo. mengaibkan penulis tersebut dengan berbagai-bagai gelaran yang tidak perlu saya ulangi lagi disini kerana fokus saya adalah bukan sistem penceritaan Pena Suasa yang menggarap tulisan beliau dengan begitu melankolik dan saya yakin, kalau ada yang mempercayai segala tuduhan tersebut mereka ini sebenarnya akan lebih mempercayai bahawa sikap dan jiwa Pena Suasa lebih buruk dari itu.
Bila penulis menulis dengan menceritakan keaiban orang lain, penulis ini belum layak untuk bercerita tentang kerperkasaan seorang Menteri Besar seperti Khir Toyo yang mempunyai didikan agama (?) yang tebal dan jelaslah Pena Suasa bukan penulis sebaiknya untuk membela Khir Toyo kerana dalam Islam telah dituntut bahawa melindungi keaiban sesoarang itu merupakan satu pahala yang amat besar dan Pena Suasa saya lihat melalui tulisan tersebut seperti mempunyai agenda peribadi terhadap penulis buku Khir Toyo, seolah-olah beliau mahu memalukan beliau.
Dalam konteks ini, saya melihat penulis tersebut lebih besar jiwanya dari Pena suasa dan juga Khir Toyo.Bukan calang-calang orang yang boleh menerima tuduhan tersebut. Kalau saya ditempat beliau, bila disentuh soal peribadi, saya rasa saya akan lebih jahat dari Botak Chin ataupun Kalimuthu. Dan kalau benar ada gerakan daripada pejabat MB Selangor untuk menangkis buku tersebut melalui Pena Suasa, mereka sebenarnya sedang melakukan kesilapan yang besar kerana di tempat saya berkerja hari ini, sudah dihantar filem untuk diprint tentang Khir Toyo bertajuk - KHIR TOYO- PENGKHIANAT MELAYU. Penulisnya orang baru pula. Kita tunggu apa pula komen Pena Suasa?
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|