BALIK KE MUKA UTAMA

UMNO - Bandar Tun Razak, membongkar hakikat

Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak Datuk Amil Salleh, yang telah di gantung keahlian atas tuduhan politik wang tidak gusar dengan keadaan tersebut. Beliau dikatakan masih berpengaruh dalam bahagian sungguhpun di gantung hak keahlian. Kini beliau di katakan sudah berjaya menyusun strategi untuk bangkit semula setelah tamat penggantungan kelak. 

UMNO Bandar Tun Razak juga mencipta satu rekod. Beberapa Ketua - Ketua Cawangan UMNO Bandar Tun Razak telah melaporkan kepada Lembaga Disiplin UMNO bahawa Datuk Amil Salleh - Ketua Bahagian yang telah di gantung atas kesalahan jenayah politik wang kini mengulangi kembali jenayah politik wang sungguhpun di luar status keahlian UMNO. 

Datuk Amil Salleh di tuduh memainkan peranan dalam pemilihan tersebut di samping menggunakan kemudahan Pejabat Bahagian UMNO untuk terus aktif dalam Bahagian. Beliau di katakan menggunakan kepala surat UMNO Bahagian dan menanda tangani surat tersebut atas kapasiti Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan. 

Dalam masa penggantungan itu juga beliau telah menggugurkan secara teknikal Setiausaha Bahagian yang sedia ada - Zaharin Bin Mohd Yassin. Ini berdasarkan kehadiran satu dokumen jemputan Majlis Jalinan Mesra menggunakan kepala surat UMNO Bahagian tetapi di tanda tangani oleh Shaari Kidam dengan kapasiti jawatan sebagai Setiausaha. Klik Sini untuk melihat dokumen tersebut.

Senario ini tidak dapat di halang oleh sesiapa. Lembaga Disiplin cuma menggantung keahlian Datuk Amil Salleh, tetapi gagal menyempurnakan maksud dan erti penggantungan. Tanggung jawab Lembaga Disiplin hanya berakhir di situ sungguhpun mereka yang di gantung akan tetap kembali menjawat jawatan tinggi. Apa kah ini tidak menunjukkan kepincangan dalam senario pemilihan UMNO. UMNO gagal sehingga hari ini menyelesaikan masalah politik wang dan hukuman gantung ke atas ahli tidak memberi sebarang impak. 

Dalam 56 cawangan yang ada, www.umno-reform.com telah di maklumkan bahawa 17 ketua cawangan telah menunjukkan sokongan dengan menurunkan tanda tangan bagi membantah permainan politik wang Datuk Amil serta kesalahan etika menuruti peruntukan dalam perlembagaan UMNO. Kami di maklumkan selain dari 17 tersebut terdapat 10 lagi yang menyatakan sokongan tetapi takut untuk menyatakan secara terbuka. 

Seorang Ketua Cawangan UMNO yang enggan nama di sebut telah menelefon www.umno-reform.com dan memberitahu kepada kami bahawa terdapat 3 tuduhan yang telah di buat ke atas Dato Amil Salleh berserta bukti - bukti perlakuan jenayah politik wang. 

1. Merasmikan 2 persidangan UMNO Cawangan dalam masa beliau di gantung hak keahlian
2. Mengadakan Majlis Jalinan Mesra beberapa hari sebelum Mesyuarat Bahagian UMNO Bandar Tun Razak. Pada Majlis itu juga di katakan oleh Ketua Cawangan tersebut, Datuk Amil Salleh telah menamakan nama - nama mereka yang di sokong oleh Datuk Amir Salleh dan indikasi beliau keputusan gantung ke atas beliau akan di tarik balik.
3. Memberi wang melalui orang perantaraan beliau bagi tujuan mempengaruhi pemilihan Mesyuarat Cawangan dan seterusnya Bahagian. Mereka yang menerima berikrar akan memberi keterangan lanjut. 

www.umno-reform.com telah di beri senarai nama - nama Ketua Cawangan dan telah menghubungi setiap Ketua Cawangan untuk mendapatkan maklum balas. Bagi tujuan sokongan terhadap Zaharin secara jelas 17 cawangan akan menyertai beliau dalam membawa isu ini kemuka pengadilan UMNO. Mengenai 10 Ketua Cawangan lain mereka menyatakan sokongan kepada kami melalui SMS dan email tetapi gusar akan tindakan Datuk Amil sekiranya beliau berjaya dalam rayuan. 

Ramai yang agak gusar sekiranya benar Datuk Amil akan di ambil semula dan di bebaskan dari penggantungan. Sekiranya ini berlaku maka mereka yang menentang beliau akan menjadi mangsa kerakusan politik Datuk Amil kerana terlibat dalam menyokong isu bantahan politik wang mainan Datuk Amil. Isu bahawa beliau akan di bebaskan adalah modal kempen Datuk Amil untuk menentukan bahawa orang - orang mereka mendapat tempat. 

Keadaan dan senario takut terhadap ketua ini sebenarnya merebak sebagai wabak yang sukar di kawal dalam UMNO. Kekuatan seseorang khususnya dengan kekuatan mainan wang akan terus memberi ruang kepada samseng - samseng politik ini memegang kuasa. UMNO sehingga ini gagal mencari jalan penyelesaian kerana ahli sendiri takut kepada ugutan dan takut akan kehilangan tempat dan jawatan sekiranya mengkritik dan menentang ketua mereka. Budaya yang sebenarnya menghalang pertandingan atas alasan kononnya akan memecahbelahkan UMNO adalah alasan jahil untuk terus memegang kuasa.

UMNO Bandar Tun Razak seolah-olah menyatakan semua. Politik Wang yang sukar di bendung, samseng - samseng politik yang rakus menggunakan wang dan pengaruh untuk kekal berkuasa dan ahli yang lemah pendirian atau hanya hadir untuk mendapatkan sesuatu dari UMNO.

Keadaan ini dikatakan bukan sahaja berlaku pada UMNO BTR tetapi sudah menjadi lumrah dalam UMNO. Mengkritik isu - isu ini secara terbuka akan di katakan sebagai pengkhianatan terhadap UMNO tetapi membiarkan bagi www.umno-reform.com adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat.

UMNO khususnya Majlis Tertinggi harus memandang serius isu ini. Dalam keadaan ini maka sesuatu harus di bentuk bagi meningkatkan bukan sahaja integriti pegawai kerajaan tetapi kepimpinan politik. UMNO harus sedar bahawa perkara ini pasti melemahkan UMNO dan kelemahan UMNO akan pasti memundurkan Melayu di Malaysia. 
www.umno-reform.com atas perkara - perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam UMNO baik di peringkat cawangan, bahagian dan pusat mencadangkan agar satu audit integriti di bentuk dalam mengenal pasti masalah dan sistem - sistem yang perlu di perbaiki agar tahap integriti UMNO dapat di pertingkatkan. 

www.umnoreform.com mencadangkan agar jawatankuasa audit integriti ini di wakili dari pelbagai pihak dan audit ini mampu bertindak secara independen.

Bagi kes seperti Bandar Tun Razak, www.umno-reform.com sudah menghubungi Datuk Amil Salleh untuk mengetahui maklum balas dari beliau mengenai tuduhan dan juga laporan yang di buat oleh 17 cawangan UMNO Bandar Tun Razak atas tuduhan politik wang. Setakat artikel ini di keluarkan Datuk Amil Salleh telah memaklumkan bahawa beliau sedia di temui oleh wakil www.umno-reform.com










  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762