BALIK KE MUKA UTAMA

UMNO Bandar Tun Razak - Siapa berkuasa?

Sebenarnya ini bukan masalah UMNO Bandar Tun Razak sahaja. Malah ini adalah masalah kebanyakan Bahagian dalam UMNO. Siapa berkuasa? Siapa yang mampu berjaya dan menang? Suara siapa yang mereka dengar? Siapa yang menentukan dan siapa bidak di papan catur UMNO Bahagian. 

Isu ini bermula apabila www.umno-reform.com  menerima email berbunyi 

"Tahukah Zaharin yg menjadi idola org2 politik Malaysia kalah teruk bertanding G7 di Bahagian Bandar Tun Razak? Mereka tidak tahu menilai antara intan dgn kaca" ( tanpa edit)

Di terima pada 16/05/2005 Masa : 1.58.41pm

Menerima email tersebut saya cuba menghubungi Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak En Zaharin Mohd Yassin yang pernah kami dari www.umno-reform.com  menemu duga beliau perihal kehadiran beliau pada konvensyen Pengampunan Anwar. Malang beliau nampak lebih selesa untuk di temu duga mengenai isu politik nasional dan isu "survival" Melayu tetapi tidak mempunyai sebarang komen mengenai isu Bandar Tun Razak sehingga kami mengambil terpaksa mengambil alternatif lain untuk mendapatkan maklumat. 

Sebanyak hampir 15 email di terima mengenai isu tersebut yang membolehkan kami membuat sedikit rumusan mengenai apa yang berlaku di UMNO Bahagian Tun Razak. Rumusan ini juga menggambarkan apa yang kami katakan siapa yang lebih berkuasa dalam UMNO khususnya di peringkat Bahagian dan kenapa perlu satu reformasi di usahakan segera dalam UMNO sebelum kenyataan Tun Ghafar Baba mengenai hilangnya nilai demokratik dalam UMNO terbukti.

Zaharin Mohd Yassin ( Setiausaha UMNO Bahagian Tun Razak ) letak jawatan

Kami dimaklumkan bahawa Setiausaha Bahagian UMNO Tun Razak meletak jawatan sebaik sahaja Mesyuarat UMNO Bahagian di langsungkan pada 15 Mei 2005. Perletakan jawatan di beritakan bahawa Setiausaha Bahagian berpegang pada prinsip dan ketetapan UMNO Bahagian agar mereka yang kalah dalam bertanding mana - mana jawatan dalam UMNO termasuk perwakilan 7 maka dengan sendirinya jawatan yang di lantik itu tidak akan di sambung bagi tahun berikutnya. Sungguhpun begitu beliau telah di panggil dan di tawarkan semula oleh Pemangku Ketua Bahagian Datuk Rahim Baba untuk jawatan Setiausaha Bahagian. Setakat siaran laporan ini kami masih beliau mengetahui sama ada beliau menerima atau pun tidak kerana beliau tidak dapat kami hubungi. 

Datuk Amil bin Salleh sungguhpun digantung terus berkuasa

www.umno-reform.com  dimaklumkan bahawa kegagalan Zaharin dalam pemilihan perwakilan, malah kejayaan kumpulan yang di sokong oleh Datuk Amil Salleh mempunyai hubung kait dengan peranan Bekas Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak yang di gantung oleh Lembaga Disiplin UMNO. Menurut satu email yang di terima, benteng utama UMNO Bandar Tun Razak, terdiri dari mereka yang telah berkhidmat cemerlang untuk UMNO BTR terkorban semasa pemilihan perwakilan tujuh akibat mainan Bekas Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Amil Salleh.

Email itu turut mendakwa, sungguhpun Datuk Amil Salleh yang digantung hak ahli UMNO tetapi beliau masih menguasai pejabat Bahagian sehinggakan Pemangku Ketua Bahagian tidak mempunyai ruang pejabat untuk berkhidmat dan ini pasti memberi indikasi siapa lebih berkuasa. 

Di beritakan bahawa Datuk Amil dengan menggunakan wang telah mempengaruhi cawangan - cawangan untuk menuruti senarai "cai". Menurut email tersebut " Datuk Amil berperang tetapi tidak ada lawan".

Satu email yang lain mengatakan bahawa 2 Majlis telah di adakan oleh Datuk Amil Salleh yang jelas berkepentingan politik sungguhpun beliau telah di gantung. 

Majlis Hari Lahir beliau telah dilaksanakan oleh salah satu cawangan dalam BTR dan Amil telah di gemba - gemburkan akan di bebaskan dari tuduhan dan penggantungan beliau akan di tarik balik. Di bicarakan lagi bahawa Ketua Cawangan itulah akan menggantikan tempat Zaharin sebagai Setiausaha Bahagian UMNO Bandar Tun Razak.

Email itu juga menyebut satu lagi Majlis adalah meraikan mereka yang mendapat pingat yang belanjanya datang dari Datuk Amil sendiri. Usaha - usaha ini hanya menjelaskan bahawa pengaruh kewangan adalah penentu dalam UMNO. Budaya politik wang menular dan kini bagi www.umno-reform.com  bukan lagi satu virus malah telah membiar sebagai satu wabak dan ketagihan. Ketagihan ini se olah - olah mampu membenarkan apa yang palsu dan memalsukan apa yang benar. 

Email mengatakan Haji Norasidi bin Salim, proksi Datuk Amil

Sebenarnya ada satu email kiriman sebelum ini yang mengatakan bahawa Naib Ketua Bahagian Haji Norasidi Salim adalah orang yang terlibat dalam mencaturkan politik Bandar Tun Razak dengan kejayaan menyingkir Bendahari Bahagian dengan menggantikan nya dengan kronis beliau. Norasidi dikatakan mempunyai matlamat serampang dua mata - sekiranya Amil Salleh di kembalikan hak keahlian UMNO maka beliau berhasrat untuk bertanding jawatan yang di pegang Datuk Rahim Baba dan andainya Datuk Amil terus di gantung maka jawatan Ketua Bahagian adalah matlamat yang di tuju. 

Banyak lagi email yang menceritakan mengenai kedudukan dalam UMNO Bandar Tun Razak dengan email yang menceritakan mengenai Ketua Wanita yang terpaksa menyokong Datuk Amil.

Kami juga menerima email yang turut mengkritik Zaharin dengan alasan kononnya perletakan jawatan adalah simfoni agenda mainan Datuk Amil dan Zaharin sendiri. Zaharin di katakan dalam satu majlis perasmian Mesyuarat Cawangan masih menyanjung Datuk Amil, masakan beliau kini beliau berperang. Ini hanya satu sandiwara Zaharin dengan Datuk Amil.

Politik Wang dan Bandar Tun Razak


www.umno-reform.com   tidak terkejut dengan kedudukan Datuk Amil yang mampu mencaturkan jawatan dalam BTR seperti yang di maklumkan oleh beberapa email lain. 

Hairan bagaimana orang yang di gantung hak ahli masih boleh berada dalam pejabat sedangkan beliau sebenarnya buat seketika ini tidak mempunyai hak untuk memasuki pejabat BTR sendiri. Lembaga Disiplin sebenarnya bagi kami tidak akan membuat perubahan positif mengenai isu politik wang kerana mereka yang di gantung masih mampu membeli sokongan untuk memastikan " comeback" bila penggantungan tamat. Bagi www.umno-reform.com pengamal budaya ini akan terus selesa dengan keadaan dan tidak akan gentar dengan penggantungan kerana "penjenayah rasuah" ini mempunyai kekuatan lain yang lebih berharga dari undi - yakni membeli undi.

Akan bersambung ( sekiranya kiriman dan ulasan ini mempunyai fakta yang bercanggah - mereka boleh hubungi Ghazali Mat Dom Tel : 012-6544762 atau email
editor1@umno-reform.com


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762