BALIK KE MUKA UTAMA


BPPNS <pasn9@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Kalau PAS menang, JKKK sedia ada dikekalkan
Date: Mon 04/24/06 08:25 AM


Kebanyakan orang kampung sekarang ini mengeluh, minyak naik, harga barang naik, anak nak sekolah nak pakai duit, anak nak masuk U nak pakai duit, cukai tanah naik, cukai pintu naik dan banyak lagi.

Mereka umpama timun dan durian. Digelek pun habis, menggelek pun habis. Terima sahaja keadaan yang ada. Ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan tidak dapat diajukan ke mana-mana lagi.

Mereka hendak mengundi PAS dan PKR untuk mengajar pemerintah yang ada tapi mereka takut-takut, takut kalau sekarang dapat kain pelikat lepas ni dapat kain buruk. Kalau sekarang dapat beras sekampit lepas ni tak dapat beras langsung. Kalau sekarang dapat tender buat jalan lepas ni dapat tender baiki jalan sahaja.

Oleh itu PAS dan PKR harus memberi jaminan serta perjanjian mungkin dalam bentuk manifesto kepada golongan seperti ini atau rakyat kebanyakkan apa yang mereka akan dapat kalau mereka undi PAS atau PKR.

Sepertimana ketika peristiwa Fatah Mekah apabila Nabi Muhammad saw membuat perisytiharan kalau sesiapa berlindung di rumah Abu Sufian , dia akan selamat dan seterusnya.

Justeru itu apakah PAS dan PKR boleh memberi jaminan serupa ?

Jika PAS dan PKR menang semua JKKK akan dikekalkan ?

Jika PAS dan PKR menang semua Imam akan dikekalkan ?

Jika PAS dan PKR menang Tabika Kemas boleh beroperasi dibangunan sedia ada ?

Jika PAS dan PKR menang Guru-Guru Kemas yang berkhidmat lebih 20 tahun boleh menunaikan haji secara percuma ?

Jika PAS dan PKR menang semua parti politik termasuk UMNO boleh menggunakan Balairaya untuk aktiviti parti atau umum ?

Jika PAS dan PKR menang cukai pintu dan cukai tanah akan diberi potongan 50% ?

Jika PAS dan PKR menang semua pelajar lepasan SPM akan mendapat pendidikan percuma di IPTA/IPTS/Kolej dan lain-lain untuk tahun yang pertama ?

Jika PAS dan PKR menang ???.. ?

Itulah luahan rasa kebanyakkan penyokong BN yang ditemui, bukan mereka tak nak undi PAS atau PKR, mereka telah lama ditakut-takutkan.

Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com




 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762