|
BOIKOT SPR DAN BOIKOT PILIHANRAYA AKAN DATANG.
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>
Nampaknya slogan kerajaan untuk rakyat, langsung tidak boleh
digunapakai. Dalam keadaan ekonomi yang caca marba, kerajaan
mengenakan bebanan demi bebanan kepada rakyat. Langsung tidak
berhati perut. Alasannya untuk pembangunan, projek perlu
diteruskan dan kenaikan harga barangan dan pengurangan subsidi
adalah cara terbaik. Pembangunan yang dikatakan untuk rakyat.
Alasan bodoh seperti ini, adalah alasan yang sepatutnya
digunakan oleh murid darjah empat. Sungguh memalukan apabila
seorang PM yang dikatakan berkredibiliti dan bijaksana
memberikan pendapat yang sedemikian rupa. Ada juga PM yang tidak
tahu malu.
Untuk mengekalkan kerajaan, mereka menakutkan rakyat. Perubahan
kerajaan akan membawa bencana. Perpecahan kaum dan permusuhan
berlaku akibat masyarakat tidak boleh menerima undang-undang
Islam. Itu kata mereka. Oleh itu minda rakyat sudah menjadi beku
dan tidak boleh membuat keputusan. Akibat ketakutan akan bencana
dan malapetaka, maka rakyat masih berdiri dibelakang UMNO.
Pemikiran sempit rakyat adalah menjadi senjata
kerajaan untuk terus memegang tampuk pemerintahan. Oleh itu
kesinambungan mentaliti rakyat yang seperti ini akan diteruskan
melalui sistem pelajaran yang tidak berkualiti. Kualiti hanya
pada bentuk buku dan rujukan tetapi kandungannya menghasilkan
jenerasi lebih penakut, tidak beragama dan sentiasa YES kepada
kerajaan.
Menyedihkan bahawa, ramai diantara rakyat yang
masih tidak dapat mendalami hasrat kerajaan ini, baik pada awal
dan buruk pada akhirnya. Rakyat tidak berupaya memandang jauh ke
hadapan. Apa yang kerajaan katakan, itulah yang mereka turutkan,
bersetuju pada keputusan yang tidak bermutu, setiap keputusan
dan perancangan mempunyai agenda dan muslihat masing-masing.
Ilmu ugama semakin tertinggal dalam agenda Kementerian Pelajaran.
Islam adalah musuh kerajaan, oleh itu, pelajaran agama
dipinggirkan, sekolah agama dirobohkan, murtad dibiarkan. Kerana
apa? Kerana setiap perancangan kerajaan berlawanan dengan
undang-undang Islam. Akhirnya remaja mengejar kemewahan,
kebendaan, berhibur dan berlumba sesama sendiri untuk
menjatuhkan rakan dan bukan untuk kejar kemajuan.
Sebagai contoh, budaya politik UMNO yang sering
menjatuhkan kawan dan bukan lawan. Kawan adalah juga lawan dalam
masa yang sama. Maka apabila berjayanya sistem pendidikan
kerajaan yang seperti ini, akan melahirkan sikap jenerasi yang
takut jika
Islam memerintah. Selagi sokongan padu pada perancangan
Kementerian Pelajaran, selagi itu lah UMNO akan tersenyum dengan
agenda pemerintahan kuku besi yang samar-samar dilakukan selama
ini akan terus tercapai. Sayang nya bangsa Melayu.
Ramai orang tahu akan slogan, PECAH dan PERINTAH. Tetapi sejauh
mana kefahaman rakyat akan isi sebenar konsep ini. Percampuran
bangsa di Malaysia menunjukkan kebenaran konsep ini. Sikap
bermusuhan secara senyap antara sesatu bangsa menjadi alat
kerajaan untuk terus berdiri. Ugutan perpecahan menjadi satu
kaedah menakutkan rakyat. Apabila bangsa bermusuhan, mudahlah
kerja kerajaan. Menjadi orang tengah dan dalam masa yang sama
menjadi lintah.
Konsep ini digunakan juga di England, apabila kerajaan British
membawa masuk pendatang India ke England pada zaman dahulu.
Begitu juga dengan Amerika yang membawa masuk pendatang Afrika
ke sana. Jika mereka memerintah 1 bangsa, apabila bangsa itu
bersatu, kerajaan akan mudah dijatuhkan. Maka risiko begini
perlu dijauhi dan memasukkan pendatang ke dalam sesebuah negara
adalah menjadi syarat pemerintahan Kolonial. Mungkin ketika itu
bangsa Melayu tidak sedar. Tetapi kini menjadi reality dan
kaedah PECAH dan PERINTAH masih menjadi idiologi pemerintahan
kerajaan UMNO, suku sakat
peninggalan pengkhianat bangsa.
DEMOKRASI yang tulin tidak ujud di Malaysia. Apa guna
pilihanraya kalau untuk menipu. Apa guna sistem kehakiman jika
hanya untuk kebaikan orang atasan dan berpengaruh, apa guna
sistem Kesultanan Melayu jika hanya menjadi gurauan dan gelak
ketawa rakyat. Akhirnya rakyat masih begini dan semakin
terttekan. Tiada siapa berani kedepan. Tiada siapa berani
berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Begitu lah agaknya
perasaan Pejuang Kemerdekaan sebenar Tanah Melayu. Lari masuk ke
hutan dan pendalaman jauh dari kepungan British dan dari bangsa
Melayu yang sudah berpaling tadah, menjadi talibarut demi
kepentingan diri sendiri. Mat Kilau menukar nama, hanya untuk
tidak dikenali sesama bangsa. Jenuh dengan perjuangan yang tiada
akhirnya.
Biarkan Malaysia hancur dengan sendiri, kerana rakyat meredhai
nya. Biarkan Melayu menjadi miskin kerana Melayu menyetujuinya.
Biarkan semua HARGA NAIK, kerana Melayu mampu membayarnya.
Menjadi rakyat Malaysia adalah satu pengakuan yang sungguh
memalukan. Dihina dimata dunia, dihina oleh rakyat Indonesia,
Filipina dan Thailand. Menjadi rakyat Malaysia adalah menjadi
rakyat yang pengecut. Takut untuk bertindak dan takut untuk
membantah dengan apa jua perancangan kerajaan yang jelas
menyusahkan hidup rakyat. Biarkan rakyat miskin dan menderita.
Selagi rakyat menderita, selagi itu rakyat menghargai bantuan
dan selagi rakyat menghargai bantuan, selagi itu rakyat boleh
dibeli dengan janji palsu kerajaan pada setiap pilihanraya.
Manifesto kerajaan dalam pilihanraya hanya sekadar buku bacaan.
Buku berkenaan impian hidup senang. Buku cerpin yang hanya
dibaca, ketawa dan hilai hanya untuk sebuah impian. Manifesto
kerajaan tidak pernah menjadi kenyataan. Kerja yang tidak pernah
sempurna. Impian yang tidak pernah tercapai.
Apa janji kerajaan pada bangsa Melayu? Apa RMK-RMK semua itu?
Rancangan Malaysia sejak dahulu sehingga yang ke 8, tidak pernah
tercapai. Ia hanya sekadar lampu hijau bagi kerajaan
membelanjakan wang sesuka hati. Untuk mereka, keluarga dan kroni
mereka. Harta bangsa semakin mengecil dan meruncing. Kepimpinan
Melayu yang ada sekarang tidak bimbang akan masa depan rakyat.
Mereka lebih memikirkan diri sendiri. Biarkan anak cucu cari
harta mereka sendiri. Pandai-pandai lah untuk hidup. Harap pada
untung nasib dan Qada dan Qadar.
Sampai bila kerajaan akan bertukar sikap? Sehingga pilihanraya
menjadi adil? Kenapa perlu mengundi kalau keputusan sudah
diketahui? Mengharap pada keputusan menyebelahi parti PAS?
Menunggu keputusan diwaktu malam dengan secawan kopi panas
dengan hanya harapan? Sedangkan kita sudah tahu peratus mana
yang tinggi dan peratus mana yang rendah. Kenapa tidak diboikot
kan sahaja pilihanraya? Contohi lah rakyat Thailand dan negara
lain? Kenapa perlu tunjuk perasaan selepas keputusan memihak
kepada kerajaan? Buang masa, membazir dan berisiko? Bukan kah
undian juga menjadi salah satu bentuk perjudian? Perjudian yang
merugikan. Sudah tahu kalah, masih mahu ke Genting. Di Genting
sudah dipagari hantu yang bermacam jenis. Sudah pasti kalah dan
kerugian.
Tetapi sikap manusia yang suka berangan dan berharap tidak
pernah luntur. Harapan akan memanjangkan perjuangan. Harapan
memanjangkan usia sebuah penantian. Tanpa cita-cita, tiada yang
nyata. Tetapi biarlah cita-cita membawa kejayaan, jangan
bercita-cita kepada yang mustahil. Pasti ada jalan lain untuk
menjadi kaya selain dari perjudian. Oleh itu kenapa perlu
berjudi. Berpaling kepada jalan yang pasti. Yang menjadikan
impian benar-benar menjadi realiti.
BOIKOT SAHAJA PILIHANRAYA!!! Baru kita tahu siapa sebenarnya
penyokong kerajaan. Berapa ramai mereka yang mengundi? Untuk
kita ketahui hakikat sokongan sebenar kerajaan. Kalau tidak
mengundi, mereka lah seteru kerajaan. Mudah untuk diketahui dan
mudah untuk mengenal pasti. Boikot bukan beerti duduk dirumah
dan tunggu jawapan. Hapuskan HANTU yang berkeliaran. Fokus
kepada BASMI HANTU PILIHANRAYA adalah lebih baik dari masuk
mengundi.
Peratus undian akan menunjukkan jumlah sebenar penyokong
kerajaan. Tidak hadir mengundi akibat sakit dan kemampuan adalah
termasuk kepada jumlah rakyat yang tidak sokong kerajaan. Jika
sokong pasti datang dan hadir. Jika tidak berjalan, sudah pasti
merangkak, jika tidak merangkak sudah pasti diusung. Apa lagi
yang diragukan? Sedangkan yang mati pun mampu
mengundi. Segalanya tidak mustahil kalau sokongan padu rakyat
pada kerajaan.
Biar kerajaan tahu rakyat sudah meluat dengan mereka. Dengan
angan-angan yang tidak kunjung tiba. Dengan arahan yang tidak
patut dipatuhi. Tidak perlu mengajak undi dengan lagu
mendayu-dayu, kerana rakyat sudah tahu, rakyat tidak perlu
mengundi, biarkan hantu yang pergi. Kerana undi hantu untuk
kerajaan hantu. Hantu yang menakutkan rakyat, hantu yang menyapu
wang rakyat dan hantu yang sentiasa bersikap seperti syaitan
yang merosakkan agama dan manusia.
Harapan rakyat yang terhina, akan menjadi realiti apabila,
rakyat tidak perlu mengikut undang-undang dan perancangan
kerajaan. Kerajaan akan malu dengan pertabalan yang tanpa
sokongan. Biarkan kerajaan malu dengan sikap mereka yang tidak
tahu malu. Duduk menjadi raja, bukan atas undian rakyat.
Menggunakan kuasa tanpa direstui rakyat. BOIKOT PILIHANRAYA, itu
sahaja kuasa yang kita ada. Jangan buat kesilapan lagi kerana,
keputusan undian kelak akan membuat rakyat patah harapan, sakit
hati, lemah semangat dan hilang kenyakinan pada perjuangan
sebenar Islam.
Aku tidak perlu BAYAR CUKAI, aku tidak perlu ada PM, aku tidak
perlu ikut UNDANG-UNDANG KERAJAAN kerana aku tidak PILIH siapa
menjadi kerajaan. Aku ingin hidup bebas tanpa ada yang mengambil
kesempatan untuk menindas. Kerana aku tahu SPR menjadikan impian
UMNO menjadi kenyataan, dan bukan untuk bantu impianku menjadi
realiti. Selagi PAS tidak memerintah, aku tidak akan mengaku
siapa pun menjadi PM. Aku tidak lantik kamu dan kamu bukan PM
dan MENTERIku. Aku tidak perlu kerajaan yang seperti ini, kerana
aku ada Allah, agama, akidah dan prinsip. DEMO hanya membuang
masa, anda hanya perlu BOIKOT pilihanraya !!!
|