BALIK KE MUKA UTAMA

 

 

 

Bernama melaporkan 14-02-2006

Keputusan Pemilihan Parti Bukan Formula Bagi Pilih Menteri


PETALING JAYA, 15 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan pemilihan peringkat parti bukan menjadi formula untuk beliau menentukan barisan menteri kabinet.

"Kita tak gunakan formula-formula berkaitan dengan pemilihan parti ataupun pemilihan-pemilihan yang ada asas lain.

"Kita tekankan fakta pengalaman sebagai fakta yang penting kerana nanti ahli kabinet perlu bergerak semula apabila Rancangan Malaysia Ke-9 diluluskan di Parlimen.

"Mereka kena bergerak pantas, tidak ada masa untuk belajarlah," katanya kepada pemberita.

Pada rombakan Kabinet hari Selasa, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh yang tewas pada pemilihan Majlis Tertinggi Umno tahun lepas, telah digugurkan manakala Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid yang juga tewas pada pemilihan Umno itu, dikekalkan tetapi bertukar portfolio sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli.

Abdullah berkata rombakan kabinet juga dilakukan bukan kerana tekanan mana-mana pihak atau sebagai persediaan menghadapi pilihan raya Sarawak.

Ditanya mengenai mesyuarat kabinet Rabu, katanya, ia akan berjalan seperti biasa melibatkan menteri kabinet yang dikekalkan serta mereka yang bertukar portfolio.

Bagi menteri yang baru dilantik, Abdullah berkata beliau sedang menunggu tarikh yang sesuai daripada Istana Negara bagi upacara mengangkat sumpah jawatan sebelum mereka boleh menjalankan tugas masing-masing.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu juga mengangkat sumpah sebagai senator sebelum memulakan tugas beliau.

--BERNAMA

Itu satu persoalan - tidak ada menggunakan formula atau tidak ada formula dalam melantik? Sebenarnya kenaytaan media PAk Lah seperti yang dilaporkan oleh Bernama memberi banyak kesan kepada struktur kepartian dalam negara ini.

 

 

 

 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762