BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: Baha_zed@yahoo.com

From_Name: Bahazed

Subjek: Other

Pesanan: Pada pandangan penganalisa politik yang cenderung kepada  ketidakpuasan hati mereka kepada pmerintahan Pak Lah memanglah  begitu. Selama ini penganalisa politik "kiri" memang menanti kelemahan  Pak Lah kerana mereka terlalu mengharap agar cara kepimpinan Paklah  lebih baik dari Tun Mahathir.

Jika boleh mereka mengharap apa yang mereka  hendak Pak Lah tunaikan.Apabaila Pak Lah merombak kabinet dan melantik  menteri didalam kabinet barunya timbul berbagai spekulasi mengikut  citarasa para pengkiritik terdiri dari ahli akedemik,ahli politik "caca  marba"( ahli politk kedai kopi) para penulis buku buku politik dan ahli politik jalanan yang mengikirtik  kenapa Rafidah Aziz tidak disingkirkan dari barisan kabinet baru. Mereka  cukup marah dengan tindakan Pak Lah mengekalkan wanita besi didalam  kabinet sekarang.

Tetapi mereka lupa Pak Lah adalah seorang ahli politik yang sedang  memimpin sebuah negara yang memerlukan kekuatan politiknya sendiri. Orang  ramai tidak tahu Pak Lah sedang mengatur strategiuntuk jangka panjang  dari segi kekuatan politiknya yang sedang diperhatikan oleh pesaingnya  Datuk Najib.Tun Mahathir pun mengambil masa hampir 2 penggal sebagai  Perdana Menteri untuk mengekang para pengkiritiknya dengan tindakan  drastiknya menyumbat mereka kedalam ISA.Apakah kita mahu lagi zaman ala  kuku besi pemerintahan Tun Mahathir berulang.Para pengkiritk tidak pun  mengkirik semasa zaman Tun Mahathir melantik Ketua Hakim Negara yang  bersifat rasuah, Peguam Negara yang rasuah, Ketua Polis Negara rasuah  yang boleh dianggap pada ketika itu Tun Mahathir mempunmyai kuasa penuh  untuk bertindak kepada sesiapa sahaja yang menentang beliau.

Itulah  sebebabnya DS Anuar Ibrahim terpaksa dibenam dulu untuk memastikan Tun  Mahathir kekal.

Berilah peluang kepada Pak Lah untuk memimpin negara dan kita harus  memberikan kerjasama dengan beliau yang sedang berusaha membina  kekuatan orang Melayu yang berpecah di zaman Tun Mahathir.



 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762