BALIK KE MUKA UTAMA

 

Satu bayaran kos rasuah - peningkatan kos petrol, elektrik dan air

Ia akan hadir memburu kita. Ia akan lambat laun menuntut kita untuk berdepan dengan isu tersebut. Selagi di sorok selagi itu kita akan terus membayarnya  dan selagi itu jugalah kita kekal tanpa kemakmuran dalam erti kata sebenarnya. Hari ini kita terpaksa membayar kos - kos rasuah yang telah meningkat dan akan terus meningkat membebankan kita. Ini akan melibatkan bukan sahaja peningkatan kos keperluan kehidupan kita malah akan membabit isu - isu melibatkan moral rakyat, intergeriti kita dan akhirnya masyarakat kita akan berubah dengan nilai - nilai individualistik yang tinggi tanpa batasan. Tak kala itulah dosa yang dikatakan hadir dari pembangunan terus menipu kita. Dosa - dosa itu lahir dari korupsi.

Hari ini, kepimpinan kita tercari - cari alasan untuk dikemukakan kepada rakyat kenapa perlu pertrol dinaikkan. Semuanya dipersalahkan. Kenaikan harga pasaran antarabangsa , budaya kita berbelanja dan kekurangan minyak yang bakal melanda dalam tempoh 4 tahun lagi sekiranya tidak di bendung. Alasan di cari dan pencarian itu tidak akan berakhir. Alasan akan timbul dan pencarian alasan ini akhirnya akan sampai kepada ketidakjujuran kita dalam memperkatakan yang sebenar.

Itu adalah punca kenapa pada hari ini kerajaan tidak mampu lagi memberi subsidi kepada rakayat negara ini. Kalau mahu di belanjakan kepada pembangunan jalan dan infrastruktur - apakah ini membawa erti tol - tol akan di murahkan, jalan selesa tanpa bayaran, dan akhirnya kita perolehi apa yang sebenarnya telah kita bayar.

Apakah hari ini kita boleh bergembira dengan penurunan cukai jalan, menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap masalah akan bakal dihadapi akibat peningkatan minyak tahun sebelumnya. Apakah ini sebenarnya satu sikap prihatin kerajaan terhadap rakyat yang memberi mandat kepda mereka memimpin.

Sebeanrnya kita berdepan dengan pembayaran yang perlu dibuat akibat timbulnya masalah rasuah yang tidak terkawal. Pembayaran kos rasuah itu sudah tiba dan rakyat akan terus dibebani dengan kos rasuah yang menuntut kemakmuran rakyat di korbankan. Pembayaran kos ini bukan sahaja akan memberi impak kepada ekonomi malah kepada semua rakyat Malaysia. Ini juga akan menjadi punca kepda keruntuhan sosialdi negara kita ini. Nilai - nilai murni pekerti ini akan menjadi korban sekiranya semua keperluan asas di tingkatkan.

Hari ini sudah terlewat untuk kita menuntut akan keputusan menaikkan harga minyak itu di kaji balik. Kita boleh hadir tunjukkan bantahan kita kepada kerajaan namun kerajaan yang gagal membela rakyat maka rakyat akan berdepan dengan peningkatan hampir semua kos - kos lain. Mahu tidak mahu , kalau tidak hari ini esok atau lusa kos - kos lain akan turut meningkat.  Kalau Shafie Apdal mengatakan kos - kos lain tidak akan meningkat bila minyak naik maka  ini satu kenyataan penipuan yang di buat oleh beliau. Tonasi Datuk Najib pula berbeza, mencari sebab dan alasan peningkatan membawa beliau untuk menasihati rakyat untuk mengatur semula kehidupan mereka - perbelanjaan mereka supaya kenaikan ini tidak membebankan mereka. Hujah ini telah disangkal oleh www.harakahdaily.net  dengan mengatakan bahawa si miskin itu sudah ketandusan jalan untuk terus berjimat kerana peningkatan semua barangan. Apa lagi yang perlu di ubah dari keadaan daif mereka sekarang ini.

Berbalik kepada isu peningkatan minyak maka - penjimatan yang paling sesuai untuk kita ambil ialah dengan menghapuskan atau setidak - tidaknya mengurangkan aktiviti rasuah tersebut. Maka kita sudah patut bangkit untuk menentang peningktan elektrik dan air. 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762