Saya perlu akui yang pemuda dari
Bangladesh dan Pakistan ramai
diantaranya tampan dan segak.
Namun sebagaimana pemuda Melayu
bukan semua pemuda Bangladesh
dan Pakistan itu begitu. Ada
juga yang mudah ditewaskan oleh
pemuda Malaysia dari segi
kekacakkannya.
Apa yang ingin saya ketengahkan
di sini adalah rimasnya saya
dengan kenyataan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri Radzi Sheikh
Ahmad yang disiarkan oleh
NST hari ini. Kebetulan
saya hanya terbaca mengenainya
apabila mengunjungi laman web
Al Jazeera yang
memetik Radzi dan membuat
laporannya berdasarkan kenyataan
menteri itu.
Kata Radzi (dalam NST):
Two
years ago, the Government
stopped employers from
recruiting Bangladeshi workers
due to social problems created
by them. They have blue eyes and
look like Hindi film actors and
they create social problems
here, said Radzi.
Dua tahun
lalu, kerajaan telah pun
menghentikan pengambilan pekerja
dari Bangladesh oleh kerana
masalah sosial yang telah
dicetuskan oleh kumpulan pekerja
ini. Mereka ini bermata biru dan
paras rupanya mirip para pelakon
Hindi, dan mereka telah
mencetuskan masa sosial di sini.
Berdasarkan kenyataan ini
Al Jazeera
melaporkan:
Bangladeshi workers banned from
Malaysia because local women
find them too attractive
Pekerja
Bangladesh dilarang masuk ke
Malaysia oleh kerana wanita
te,patan mendapati mereka
terlalu menarik
Menurut Al Jazeera
maklumat tambahan ini diperolehi
dari jurucakap menteri berkenaan
Saiful Islam. Beliau dipetik
sebagai memberitahu agensi
berita antarabangsa AP:
He
told The Associated Press that
they were found to have harassed
young women and eloped with
married women, who apparently
succumbed to their good looks
and charms.
(Saiful) memberitahu
Associared Press bahawa (pekerja
Bangladesh) didapati telah
menganggu gadis-gadis muda dan
telah mengadakan hubungan dengan
isteri-isteri orang, yang
akhirnya terpikat kerana
kecantikkan paras rupa (si
pekerja Bagladesh tadi).
Memang kita ada mendengar kisah
berkenaan gelagat pekerja Bangla
yang menggoda anak-anak gadis
Melayu termasuk isteri-isteri
orang, akan tetapi saya yakin
fenomena ini terlalu kecil
sehingga perlu menteri berkenaan
dengan mudah mendedahkannya
kepada akhbar termasuk agensi
berita antarabangsa seolah-olah
ianya berlaku secara berleluasa.
Tidakkah ini menjejaskan maruah
dan nama baik wanita Malaysia.
Seolah-olah wanita Malaysia
begitu longgar dan tidak
berakhlak dan bermoral sehingga
mudah tergila-gila pada pekerja
Bangladesh semata-mata kerana
kononnya tertawan dengan
kekacakkan dan paras rupa mereka.
Saya katakan demikian kerana
cuba kita lihat contohnya apa
yang telah Al Jazeera
lakukan. Stesyen TV antarabangsa
itu telah menyiarkan gambar
berikut (iaitu dua orang gadis
Melayu yang bertudung yang
sedang berihat membaca akhbar):
Malaysian women are said
to find Bangladeshi men
irresistible
Wanita Malaysia mudah
terpikat dengan lelaki Bangla
Itu baru Al Jazeera,
bagaimana pula dengan yang lain?
Saya kira Pak Menteri atau siapa
sahaja jurucakapnya perlu
berhati-hati dalam membuat
kenyataan. seumpama ini. Jangan
sampai mencemarkan nama baik
Negara dan maruah serta harga
diri wanita Malaysia.
Diperingkat ini Menteri
berkenaan ataupun jurucakapnya
itu bertanggungjawab dan perlu
memperbetulkan kenyataan mereka
agar salah tanggapan seolah-olah
wanita Malaysia tiada tumpuan
lain selain terpikat dan
tergila-gilakan jantan Bangla
itu segera diperbetulkan sebelum
maruah Negara tercabar.