|
APA PERLU BUAT JIKA KERAJAAN MELARANG
DEMO?
Date: Tue 03/28/06 04:32 AM
Panas hati membaca ugutan Nazri, sakit telinga bila menteri
berucap. Rakyat nampaknya sudah tidak tertahan lagi
dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sesuka hati.
Tetapi dalam sebok rakyat merancang bantahan, kerajaan
KONONNYA HADHARI ini pula, cuba untuk menggunakan kekerasan
untuk mengubah situasi agar kelihatan seperti rakyat
bersetuju dengan apa jua cadangan pemimpin kerajaan.
Hampir setiap hari, kita mendengar pelbagai gabungan
rakyat yang membuat demonstrasi aman diseluruh Malaysia.
Sehingga melibatkan hari-hari biasa dan bukan cuti
umum sahaja.
Dalam kerajaan melarang keras akan demonstrasi, rakyat kelihatan
lebih bijak dalam membuat percaturan mereka. Demo diadakan tidak
tentu masa dan lokasi. Jumlah polis dan pihak berkuasa yang
diada kini juga menjadikan mereka terbeban dengan keadaan ini.
Dalam menyelesaikan urusan harian mereka, mereka turut juga
terlibat untuk mempertahankan PM dan Menteri-menteri YANG MAHA
ESA. Dalam setuju, ramai anggota polis yang juga mengeluh bukan
kerana beban demonstrasi tetapi dengan kenaikan harga minyak itu
sendiri. Tetapi kerahan kerajaan, nampaknya tidak mampu ditepis
sehinggakan mereka
diarahkan untuk menggunakan anjing bagi meleraikan demonstrasi
yang aman.
Dimana kaedah ini biasa dilakukan oleh KAFIR dan YAHUDI dalam
penjara Abu Gharaib. Malaysia tidak berkecuali dalam melahirkan
ketidak puashatian mereka kepada tindakan Amerika ini, namun
kaedah yang sama juga turut digunakan oleh Pemimpin Malaysia
yang terkenal dengan gelaran cucu ulamak dan Nabi Islam Hadhari.
Ragu-ragu lagi dengan HADHARI?
Tidak mustahil, minggu hadapan mereka akan menggunakan BABI
untuk meleraikan tunjuk perasaan kerana dengan binatang seperti
ini dapat menakutkan penunjuk perasaan dari berkumpul yang ramai
terdiri dari umat Islam. Dengan kaedah ini juga, terjadi nya
penyatuan yang sinonim diantara, kerajaan, polis, fru dan babi
yang digunakan. Tetapi nyata walau hebat mana pun larangan
kerajaan. Api kebangkitan rakyat semakin membara.
Seperti anak yang tidak dibenarkan keluar rumah, akibatnya, masa
dan ketikaakan menunjukkan bahawa anak tersebut berkemungkinan
mengambil langkah yang tidak pernah dijangka, samaada melarikan
diri, kawin lari atau pun terjun bangunan. Keadaan ini adalah
lebih teruk dari keadaan sebelumnya dan tindakan kerajaan
melarang demonstrasi secara aman dengan kekerasan adalah
tindakan yang bersifat terdesak dan tidak memikirkan kemungkinan
yang terjadi akibat larangan tersebut.
TINDAKAN 1
Pelbagai kaedah yang diboleh digunakan oleh rakyat dalam membuat
bantahan. Jika dilarang berdemo aman, mungkin pelbagai kaedah
lain boleh difikirkan.
Sebagai contoh, bersama BOIKOT PETRONAS, seperti
yang ramai fikirkan.
Secara tidak langsung, pendapatan petronas
terjejas dan yang penting mereka akan berdepan dengan peniaga
stesyen minyak yang sudah pasti akan turut bangun mengharap
kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin kita lihat
bahawa tindakan ini adalah tindakan yang mudah, tetapi ternyata,
jika STESYEN MINYAK PETRONAS dipulaukan oleh rakyat, tidak
sampai sebulan, pendapatan mereka akan jauh terjejas akibat kos
bil, gaji pekerja dan kuota jualan yang perlu mereka tanggung.
Kerajaan tidak mudah berdepan dengan persatuan syarikat minyak,
sebagai contoh tindakan menyeragamkan minyak kepada RM1.92
diseluruh Malaysia, memakan masa hampir sebulan untuk
diselaraskan, tidak seperti tindakan mereka menaikkan harga
minyak tempoh hari. Ini adalah kerana kerajaan tidak boleh
berdepan dengan persatuan perniaga-peniaga minyak dengan mudah
kerana kebanyakan mereka dimiliki oleh kroni dan ahli koperat
tajaan mereka.
Mahu lihat anjing makan tuan, ini lah masanya.
Oleh itu, alangkah baiknya rakyat dapat memikirkan sehingga ke
tahap itu dengan MEMBOIKOT PETRONAS. Kita masih ada pilihan
lain. Pengguna disini perlu lebih menggunakan sedikit kuasa
membeli untuk pergi ke stesyen minyak yang lain, selain
PETRONAS, rakyat masih boleh menikmati kemudahan yang sama di
SHELL, CALTEX, MOBIL, ESSO dan PROJET. Ini jelas, nampak mudah
tetapi ia mampu memudaratkan kerajaan. Kuasa membeli kuasa
rakyat. Buat dan kita lihat...
TINDAKAN 2
Rakyat juga boleh membuat pelbagai kaedah lain untuk menunjukkan
sikap tidak puas hati mereka. Seperti yang berlaku diJEPUN
disuatu ketika dahulu, rakyat hanya perlu menggunting gambar
pemimpin mereka dari akhbar lama dan menaburkannya di sepanjang
jalan raya. Mereka membiar dan meneruskan perlakuan mereka ini
sehinggakan pihak Bandaraya dan Jalan dipenuhi dengan wajah
pemimpin mereka yang dilanggar oleh kereta, setiap hari.
Kaedah ini menjadikan, kakitangan bandaraya tersebut binggung
kerana selain dari membersihkan jalanraya, mereka perlu
melakukan kerja pembersihan yang lain. Dan untuk membersihkan
jalanraya, mereka memerlukan masa yang tertentu, yakni ketika
ketiadaan kenderaan. Ini bukan sahaja memberi tekanan kepada
kakitangan Bandaraya, malah pemilik wajah yang dilanggar secara
saikologi nya menerima impak yang hebat. Bakal ditertawakan dan
bakal dihina menjadi sejarah yang paling buruk kepada seseorang
pemimpin itu.
KESIMPULAN
Banyak lagi tindakan yang boleh dibuat sekiranya demo menjadi
larangan pihak berkuasa. Cuma ia terserah kepada rakyat untuk
menimbangkannya. Tetapi rakyat tidak perlu dikelirukan dengan
pelbagai bentuk kaedah kerana ini mungkin akan mengelirukan
perlaksanaannya. Oleh itu pihak tertentu perlu memulakannya satu
persatu dalam tempoh yang dirancang dengan baik.
Contohnya, BOIKOT PETRONAS dalam tempoh 2 atau 3 bulan. Masa
yang pendek kepada rakyat, tetapi berbaloi. Mulakannya KEMPEN
BESAR-BESARAN, dengan dihadiri kepimpinan tertinggi parti
pembangkang. Biar pucat PETRONAS. Ia akan berjaya, jika tidak
dalam seminggu, dalam sebulan, jika tidak sebulan, dalam 2 bulan,
tetapi pasti ia akan berjaya. Gunakan perkhimatan SMS secara
meluas dan mulakan kepada rakan-rakan yang bersama terhimpit
dengan masalah yang sama. Pasti akan berjaya
Penulis meminta pembaca internet untuk menyumbangkan idea untuk
dikongsi bersama bagi pihak pihak kepimpinan untuk
merealisasikan tindakan ini. Jika FRU boleh mengawal dan
menghalau penunjuk perasaan dilokasi tertentu, mungkinkah mereka
mampu berkawal sekiranya ia berlaku diseluruh Negara, serentak?
Rasanya FRU akan bingung untuk kawal kaedah lain yang bakal
digunakan oleh rakyat. Pokoknya kita perlu bersatu untuk
mencapai tujuan dan merealisasikan impian KEJATUHAN PEMIMPIN
yang hilang akal dan hilang ingatan, ego dan sombong, bongkak
dan bangga diri, mementingkan keluarga dari rakyat. Mereka perlu
diajar untuk belajar, walaupun sesungguh mereka ini tidak boleh
diajar dan sentiasa fikir mereka lah paling berkuasa di alam
maya ini. Kuasa yang melebihi YANG MAHA ESA. Supaya mereka ini
sedar bahawa mereka hanya sebutir pasir di KALAHARI, tidak perlu
sehingga menongkat langit dan meninggi diri.
KERUGIAN Petronas bukan kerugian rakyat kerana selama in
KEUNTUNGAN Petronas bukan keuntungan rakyat. Kita sejauh mana
kerajaan boleh bantu PETRONAS kerana selama ini kerajaan menyapu
duit PETRONAS. Mahu lihat kuasa rakyat?
Tunggu...
|