BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: azuddy@tm.net.my

From_Name: azuddy

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Kita melihat sikap pemimpin umno dan kerajaan hari ini semakin bebal dan jauh untuk menerima pandangan dan kritikan daripada rakyat, apatah lagi dari parti pembangkang. mereka tidak pernah serik dengan kelemahan & kepincangan yang berlaku hasil daripada kerja buat mereka.

Jauh sekalilah hendak menerima dan menggunapakai segala pandangan dan nasihat rakyat. Lihatlah apa yang berlaku kepada bangsa Melayu mutakhir.  Satu demi satu hak dan ketuanan bangsa dan agama dicabar dan diasak, walaupun mereka mempunyai kuasa untuk megekang keceluparan golongan tertentu,terutama sekali dalam masalah agama, tetapi kelihatan teramat lemah untuk bertindak balas.

Apa yang mampu mereka buat,bahkan bertindak amat proaktif ialah mengaut  seberapa banyak harta dan khazanah rakyat untuk memewahkan kroni serta  suku sakat mereka. Dalam hal ini adakah perancangan kerajaan untuk  membuat akta bagi menghukum mereka yang tidak membayar zakat kepada  mereka serta agensi yang berkaitan dengan kerajaan, satu manifestasi  bahawa mereka menghadapizaman kemuflisan. Tiada lagi sumber yang boleh  digali dengan mudah melainkan zakat, sedangkan bangsa lain terus maju ke  depan dengan bergaya, sambil mengumpulkan aset berbelion dolar daripada  sumber yang ada, sebagai tanda kehebatan bangsa mereka. Tetapi pemimpin Melayu & umno ???????????

Kita takut sikap melayu umno, dianologikan seperti berikut " Bila  berlaku bala di Amerika, biarlah, Amerika jauh dari Malaysia. Bila  berlaku di China, biarlah di China. Bila berlaku di Indonesia, mereka  berkata " nasib baik tak berlaku di Malaysia. Bila berlaku di Malaysia, nasib baik tidak berlaku di negeri aku, bila berlaku di negerinya, nasib  baik tak berlaku di kampung aku, bila berlaku di kampungnya, nasib baik  tak kena rumah aku, bila terkena rumahnya, dia akan berkata, " nasib  baik aku tak mati."

Kalaulah wang zakat juga hendak dipolitik serta dieksploitasikan, apalah nak jadi dengan orang Islam di bawah pemimpin kita hari ini ?

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762