BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: azt_53@yahoo.com

From_Name: Azman Zaidi bin Tarudin

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Saudara,

Sekarang ini sering kali Ahli Parlimen (MP) menghentam penjawat awam di  Parlimen. Kenapa berlaku demikian? Bagi saya mudah saja jawapannya.....

Ketika ini penjawat awam telah diingatkan supaya menjalankan tugas  dengan penuh tanggung jawab dan mengikut peraturan dan undang-undang  yang sedia ada tanpa mengira kedudukan seseorang. Jadi.... apabila  seseorang itu datang ke jabatan kerajaan memohon sesuatu yang di luar  peraturan apa tah lagi melibatkan perundangan sudah tentu sebagai  kakitangan awam yang bertanggungjawab akan menolak walau pun dari  seorang MP. Maka atas rasa kecewa inilah maka MP ini akan menggunakan  Dewan Yang Mulia (Parlimen) untuk menghentam pernjawat awam. Ini sesuatu  yang amat tidak wajar.

Saya juga menyokong tindakan Dato' Shahrir. Sekiranya sesuatau usul yang  baik dan penting telah dikemukakan di Parlimen perlulah disokong, tak  kira ianya di bawa oleh pembangkang atau penyokong kerajaan. Ini satu  semangat yang patut dipuji sebagai MP yang bertanggungjawab. Bukan semua  yang dibawa oleh pembangkang itu salah. Kalau betul sepatutnya MP  sokong. Begitu juga tidak semua yang di bawa oleh MP penyokong kerajaan  itu bertul, tapi nampaknya akan tetap disokong juga. Patutkah ada MP  yang sedemikian dalam Parlimen kita pada masa sekarang? Marilah  sama-sama kita fikirkan.
 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762