BALIK KE MUKA UTAMA

Aziz bukan calon Menteri Besar

Isu siapa yang bakal menggantikan MB Kedah kini hangat di perkataan. Hampir 23 email serta beberapa SMS di kemukakan kepada laman ini mengenai isu Siapa Menteri Besar Kedah sebaik sahaja Dato Syed Razak meletak jawatan. Sungguhpun Pejabat Menteri Besar telah menafikan bahawa Dato Syed Razak telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau akan bersara dan meletak jawatan tetapi beberapa indikasi yang di terima melalui email menolak kenyataan Pejabat MB Kedah tersebut kerana mereka percaya kesihatan Dato Syed Razak masih belum pulih dan ini akan menyukarkan beliau untuk berkhidmat..

Email dari Mohamad Nasri; "Kita memang berdoa agar Syed Razak sembuh tetapi kedudukan beliau dan kesihatan beliau yang di katakan pulih adalah sesuatu yang tidak betul. Jangan sampai simpati kita kepada MB bertukar, kepada penipuan keadaan Syed Razak. Beliau belum pulih dan hakikat ini adalah dari ketentuan ALLAH SWT. Apa pun saya lebih percaya kepada beliau akan meninggalkan jawatan MB kerana kesihatan"

Kami juga menghantar SMS kepada Dato Aziz Sheikh Fadzir kerana nama beliau juga di kaitkan dengan usaha untuk mendapatkan jawatan tersebut. Namun tidak ada jawapan di berikan oleh beliau sungguhpun www.umno-reform.com percaya beliau menerimanya.

Merujuk kepada Datuk Aziz sebagai MB Kedah - email yang kami terima adalah, usaha Datuk Aziz untuk menjadi Menteri Besar Kedah tidak akan menjadi. Beliau kalah dengan Azimi Daim atas dua perkara, hubungan Azimi dengan Pak Lah dan kedudukan Aziz dengan Kerajaan Negeri Kedah yang agak rapuh.

www.umno-reform.com juga menerima beberapa email yang mengatakan bahawa fokus perbalahan yang wujud adalah antara Aziz Sheikh Fadzir dan Azimi Daim. Perbalahan atau konflik senyap ini bukan sahaja akan timbul dalam perebutan jawatan Menteri Besar tetapi dalam penyebaran pengaruh di Kedah sendiri.

Satu email mengatakan bahawa Aziz tidak akan mendapat tempat di Kedah kerana MB Kedah Dato Syed Razak lebih cenderung kepada Datuk Azimi dari Datuk Aziz di terima dari pemerhati politik Kedah. Menurut email tersebut, ini nampak jelas dengan taraf EXCO Kerajaan Negeri untuk Datuk Azimi Daim. Datuk Aziz yang merupakan Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO gagal mendapat perhatian Menteri Besar Kedah Dato Syed Razak.

Sungguhpun begitu terdapat nama - nama besar lain yang di katakan bakal menggantikan Syed Razak tetapi fokus email yang di terima lebih kepada Datuk Aziz dan Datuk Azimi. Mungkin ini ada kena mengena dengan pengambilan pemuda untuk kedudukan Menteri Besar.


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762