BALIK KE MUKA UTAMA

Menteri Besar Baru Kedah?

Isu dan spekulasi ini sudah mula merebak. Beberapa email di terima oleh www.umno-reform.com mengenai bakal pengganti Menteri Besar Kedah. Satu artikel yang di terima merujuk kepada saranan Menteri Besar Kedah untuk meletakkan jawatan. Datuk Najib pernah menyarankan agar kita berdiri di belakang MB Kedah Datuk Syed Razak dalam masa beliau menghadapi masalah kesihatan. Namun beberapa kenyataan email mengatakan bahawa kalau benar kita mengasihani Datuk Syed Razak, maka kita lepaskan beliau dalam tanggung jawab yang ada sekarang kerana ianya membebankan. 

Ada 2 perkara yang di sebut sewaktu Nabi Muhammad SAW memimpin kerajaan Islam ialah,

1. Kepimpinan tidak boleh di jadikan hadiah kerana mengenang budi dan
2. Rasulullah SAW mengasihani Abu Dharr Al Ghifary ( yang tidak mampu lagi memikul tanggung jawab pentadbiran) dengan melepaskannya dari sebarang jawatan.

Dalam Menteri Besar Kedah berdepan dengan kemelut kesihatan desas - desus pengganti beliau sudah mula berkumandang. Beberapa nama termasuk, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Azimi Daim, Mahadzir Khalid dan Dr Affifuddin. 

www.umno-reform.com  antara lain tertarik kepada 2 nama yang di siarkan iaitu Datuk Aziz Sheikh Fadzi dan Datuk Azimi Daim. www.umno-reform.com  dalam menerima email mengenai isu panas kononnya Datuk Azimi sudah memulakan langkah bagi melobi jawatan MB Kedah tersebut menerusi Pak Lah. Email itu juga mengatakan bahawa langkah melobi itu merupakan langkah yang tidak sesuai di saat MB Kedah bergelut dengan kemerosotan kesihatan. 

Email juga di terima mengenai Datuk Aziz Sheikh Fadzir dengan motif yang serupa. Tindakan itu telah menyebabkan kami di www.umno-reform.com telah menghantarkan SMS kepada Datuk Azimi Daim bertanyakan mengenai email tersebut. 

Bertanyakan mengenai email yang kami terima, Datuk Azimi telah membalas SMS kami dengan menegaskan sokongan beliau terhadap MB Kedah dan menyatakan bahawa isu menggantikan MB tersebut tidak timbul. MB Kedah beransur pulih dan beliau akan kembali menjalankan tugas seperti biasa. Azimi Daim juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan terpengaruh dengan jolokan mengenai andaian - andaian yang di buat malah setakat ini berpuas hati dengan apa yang ada dan akan terus menjalankan tugas menyokong MB Kedah, Datuk Syed Razak.

www.umno-reform.com  akan menghubungi Dato Aziz Sheikh Fadzir esok dalam usaha mendapatkan komen - komen mengenai usaha beliau dalam melobi jawatan Menteri Besar Kedah.


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762