|
Pengerusi Biro Putera UMNO terus di katakan menipu
Berbagai pihak mula melakukan inisiatif menyiasat kebenaran jawapan Datuk Azeez Abdul Rahim dalam temu bual beliau dengan salah sebuah laman web,
www.agendaily.com . Antara yang mula mendapat perhatian adalah kenyataan beliau bahawa beliau lulusan dari sebuah University tertua di Amerika Syarikat - Preston University, Wyoming. Webblog jeffery Ooi tegas memperkatakan tentang penipuan Datuk Azeez Abdul Azeez mengenai Ijazah Sarjana yang beliau terima dari Universiti berkenaan dan bagaimana Datuk Azzez memperkatakan bahawa Universiti itu adalah Universiti antara tertua di Amerika Syarikat. Bagi laman tersebut mereka telah melakukan beberapa inisiatif dan mendapati kenyataan Datuk Abdul Azeez mengenai beliau menuntut di Universiti itu adalah palsu dan satu penipuan. Analisa mereka mengambil kira umur Datuk Abdul Azeez dan tarikh Universiti itu ditubuhkan. Mereka telah mendedahkan bahawa Datuk Absul Azeez menipu dalam memperkatakan bahawa dirinya adalah graduan dari Universiti tersebut.

Mereka juga menceritakan betapa ceteknya Datuk Abdul Aziz dalam memperkatakan bahawa Kun Faya Kun - adalah satu surah dalam Al
Quran. Senario insiden ini bermula selepas www.umno-reform.com
menerima berbagai email mengatakan mengapa Datuk Abdul Azeez tidak harus menerajui Putera UMNO dan melantik beliau adalah umpama meletakkan nasib mereka yang muda kepada seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai trek yang tidak bersih. Sungguhpun pun
www.umno-reform.com menggugurkan isu ini setelah seorang pelayar yang berjanji mahu mengirim salinan laporan polis terhadap Datuk Azeez gagal membuat demikian namun isu lain mengenai penipuan ijazah Saujana beliau disusuli oleh lain - lain laman dan web blog. Namun apa yang menyedihkan ialah sekiranya benar Datuk Azeez Abdul Rahim telah menipu dalam kenyataan tahap pembelajaran beliau.
Sebenarnya kita tidak perlu menipu dalam usaha kita untuk membuat justifikasi perlantikan
menunjangi satu - satu organisasi khususnya dalam politik. Kita harus ikhlas dan mempunyai tahap kemanusiaan yang tinggi dalam memimpin masyarakat. Memang pengajian
itu penting tetapi pengajian itu hanya landasan keyakinan dan
pengetahuan sedangkan memperjuangkan sesuatu idealisme dan isu memerlukan apa yang di sebut oleh Pak Lah sebagai keazaman
politik.
Datuk Azeez memerlukan keazaman politik untuk menyaksikan kejayaan Putera dengan bantuan - bantuan mereka yang intelektual di ganding bersama pengalaman beliau untuk terus melunaskan hasrat dan harapan.
Yang penting tidak perlu MENIPU.
Apa yang perlu banyak kepimpinan kita laku hari ini adalah membaca dan terlibat dalam diskusi kedai kopi yang mempunyai topik - topik berat selain dari membicarakan paha wanita dan punggung mereka. Saya tidak ada masalah sekiranya Datuk Abdul Azeez tidak lulus mana - mana Universiti kerana pengalaman berniaga dan sepak terajak dunia korporat melayakkan beliau se tidak - tidaknya memperolehi asas Ijazah tetapi dengan mengambil langkah menipu adalah satu tindakan yang amat merugikan.
Apa pun terpulang kepada Datuk Azeez untuk membuktikan bahawa beliau adalah lulusan dari Preston Universiti dan mungkin Datuk Azeez perlu tahu pengertian lanjut mengenai apa itu
Pengetahuan dan apa itu Ilmu dalam membentuk keyakinan diri sekiranya tidak sempat mengikuti mana - mana
program Ijazah. Satu nasihat penting yang ingin saya tuju kepada beliau dan mana - mana kepimpinan muda - adalah membaca dan adakan di sebelah kamu mereka yang mampu menegur, memperbaiki dan bercerita mengenai isu semasa dan diskusi berat.
Jangan menipu lagi
|