|
Datuk Azeez Abdul tidak layak
kata mereka
Setakat ini kami menerima beberapa email yang menyatakan bahawa Datuk Abdul Azeez tidak layak menerajui Putera UMNO dan meletakkan nasib anak - anak muda di tangan
beliau adalah satu perjudian yang akan merugikan bangsa.
Sehingga hari ini penelitian kami mengenai kelayakan beliau menerajui Putera UMNO hanya datang dari membaca interbiu laman web www.agendadaily.com yang nampak menunjukkan bahawa beliau yang hadir dari keluarga susah dapat meniti kehidupan sehingga berjaya sekarang ini.
Email - email yang lain yang kami terima membicarakan beberapa kes yang sedang di hadapi oleh beliau dan tindakan - tindakan beliau di katakan tidak melayakkan beliau memimpin generasi muda.
Beberapa email telah menjanjikan imbasan dokumen mengenai beberapa kes mahkamah yang ada terhadap beliau tetapi sehingga hari ini belum di terima.
Sungguhpun email - email yang kami terima ada dalam simpanan kami dan akan kami ulas satu persatu - namun kami masih menanti agar satu gambaran menyeluruh di terima dari pelayar untuk membincangkan isu mengenai beliau.
Kami telah menerima email yang memberi komen tentang apa yang dikatakan oleh beliau sewaktu di temu bual oleh laman www.agendadaily.com Email tersebut mengulas mengenai isu
Syarikat Wilayah Arm yang dikatakan oleh Datuk Azeez, "Show Room" kereta yang ada di Subang Parade dan mengenai syarikat milik Almarhum Sultan Selangor.
Terdapat juga email yang membicarakan mengenai perhubungan beliau dengan seseorang di Kampung Kubur PJ serta tapak penjualan kereta di sana.
Sungguhpun email -email ini akan kami papar tanpa edit tetapi kami masih menunggu email yang menjanjikan imbasan dokumen. Sekiranya tidak, kami akan ulas perkara ini sejujur mungkin.
Kepada mereka yang mendesak akan isu ini di ulas segera, insyallah www.umno-reform.com akan laksanakan kerana kami adalah laman yang akan menyiarkan berita - berita yang mana media yang tidak mampu melakukan.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|