|
Perlaksanaan Islam
Hadhari: Pak Lah perlukan sokongan
azdy79@hotmail.com
Azdy Mohd Arshad
Sejak YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Tun Dr. Mahathir, ternyata banyak idea-idea
yang sebelum ini beliau pendam dikemukakan. Bermula dengan konsep
Cemerlang, Gemilang, Terbilang, kemudiannya Berkerja bersama saya.
Sehinggalah kepada perlaksanaan Islam Hadhari.
Ketika beliau mula-mula memperkenalkan konsep Islam Hadhari, ramai juga pihak
yang masih samar-samar dan kurang faham akan hasrat dan cita-cita Pak
Lah. Bagi yang bukan Islam pula, apa yang dilaksanakan oleh Pak Lah seakan-akan cuba
menggagu-gugat kebebasan dan hak beragama bangsa-bangsa lain. Walaupun apa dasarnya semua pemimpin bukan Islam dalam komponen
Barisan Nasional bersetuju dengan perlaksaan Islam Hadhari, hakikatnya mereka masih curiga dan
terpaksa berhadapan dengan tentangan ahli-ahli di akar umbi.
Akhirnya setelah konsep Islam Hadhari ini diberikan penerangan di sana sini, seluruh masyarakat tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam
sudah dapat menerimanya. Mungkin pada mulanya mereka merasakan Islam Hadhari akan menggugat agama
mereka kini mereka mendapati tidak ada apapun yang berkalu. Islam Hadhari
sebenarnya hanyalah ungkapan dan siri ceramah di sana sini sahaja yang di kepalai
sendiri oleh Pak Lah, orang-orang dari JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA). Bukanlah sesuatu yang mendatangkan impak atau perubahan besar kepada struktur
pentadbiran negara dan rakyat.
Melihat kepada perlaksanaan Islan Hadhari, ia merupakan suatu idea yang cukup
positif dalam meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di mata
dunia. Pak Lah cuba untuk menjadikan Malayisa sebagai negara Islam kontempori
yang bersifat wasatiah (kesederhanaan) yang sentiasa mengimbangi pembangunan fizikal dan pembangunan insan. Konsep
yang diketengahkan sebenarnya juga boleh dijadikan contoh kepada negara-negara
Islam lain sekiranya Islam Hadhari benar-benar dihayati dan diimplimentasi secara total.
Bagaimanapun, setakat ini konsep Islam Hadhari sekadar menjadi tajuk untuk orang-orang agama yang mewakili kerajaan berceramah, berforum dan
berseminar. Perlaksanaan dan penhayatan di kalangan rakyat terutamanya orang
Islam masih tidak nampak. Manakala Pas pula cuba menenpelak idea Pak Lah
apabila Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan buku bertajuk
Hadhariah Islamiah bagi memperbetulkan konsep Islam Hadhari yang dikemukan oleh Pak Lah.
Sebenarnya, Islam Hadhari merupakan satu konsep dan idea yang cukup baik di kala negara dan dunia kini sedang memperlihatkan pembangunan
fizikal tanpa memperdulikan aspek perkembangan spiritual. Akhlak manusia
masa kini juga semakin bobrok dan sangat memerlukan pembelaan dan
petunjuk. Justeru itu, konsep Islam Hadhari adalah tepat pada masanya dan diharap mampu untuk membimbing rakyat serta menjadi paduan bagi
mengimbangi tuntutan kemodenan dan keagamaan.
Namun sedikit yang mengecewakan ialah di kala Pak Lah cuba melaksanakan konsep ini ada pula di kalangan rakyat yang memperlekehkannya. Kalaulah
yang mengkritik itu orang bukan Islam, ia tidak mengapa tetapi kritikan itu datang daripada
mereka-mereka yang bergelar usataz dan tuan-tuan guru. Tidak dinafikan apabila
sesuatu yang baru cuba diperkenalkan, akan banyak kelemahan dan
kekurangan. Bagi yang mempunyai ilmu pengetahuan, sepatutnya mereka membantu usaha baik
yang cuba dilaksanakan bukannya memperlekehkan dan mengkritik
habis-habisan. Inilah masalah golongan yang mempunyai agama tetapi terlupa bahawa ilmu yang
ada pada mereka itu sebenarnya hak Allah. Golongan ini lebih banyak menghukum
daripada mencari jalan untuk bersatu dan mencari jalan terbaik demi perpaduan
Islam.
Bagi orang-orang UMNO, seluruh ahli amat bersetuju dengan apa dikemukakan oleh
Pak Lah. Malah mereka turut berbangga dengan konsep yang diperkenalkan Pak Lah
yang mana perkara seperti ini belum pernah dikemukankan oleh pemimpin-peminpin terdahulu. Maka tidak hairanlah jika
ada yang menggelarkan Pak Lah sebagai Ulama dan Umarak. Pergi saja di
mana-mana, pemimpin UMNO ini akan turut menyebut berkenaan konsep Islam
Hadhari. Tetapi persoalannya adakah mereka ini benar-benar menyokong
Islam Hadhari atau sekadar menjadi pengampu yang cuba menunjukkan sokongan kepada Pak Lah?
Pemimpin UMNO lebih ramai menyebut dan bercerita berkenaan konsep Islam Hadhari tetapi penghayatan di kalangan pemimpin dan ahli nampaknya
masih di takuk yang lama. Tiada sebarang perubahan melainkan omong-omong
kosong sahaja. Di saat sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada Pak Lah dan Islam Hadhari, pada ketika yang sama juga politik
wang semakin menjadi-jadi. Konsep siapa labur lebih dialah yang mendapat
jawatan terus menjadi tradisi yang bakal diwarisi di dalam parti pencetus Islam Hadhari ini.
Berdasarkan keputusan pemilihan peringkat bahagian yang lalu, tokoh-tokoh agama kurang mendapat tempat di hati ahli. Sehinggakan di sesetangah
bahagian terdapat kesukaran untuk mencari Pengerusi Biro Agama akibat kekurangan tokoh agama.
Ketika bermesyuarat pula, kadang-kala terdapat sesetengah cawangan atau bahagian yang terpaksa membatalkan bacaan doa
sebelum persidangan disebabkan tidak ada tukang baca doa. Sesetengahnya pula terpaksa mengimport Tok Imam surau atau masjid berdekatan untuk
membacakan doa.
Sebagai contoh, di suatu persidangan pemuda sebuah cawangan di Pulau Pinang baru-baru ini, seorang ketua pemuda bahagian telah dijemput oleh
pengerusi tetap untuk membacakan doa tetapi ketua pemuda tersebut engganmembaca atas alasan
memberikan peluang kepada yang lebih layak. Setelah disuruh berkali-kali akhirnya
ketua bahagian tersebut meminta diri untuk ke tandas. Setelah mesyuarat berlangsung barulah dia muncul
kembali. Sebenarnya ini bukanlah suatu yang mengejutkan malah sudah menjadi perkara biasa di kalangan pemimpin UMNO
untuk sub perkara berkaitan agama kepada orang lain sedangkan ketika berucap, dialah
perjuang agama, bangsa dan negara.
Sebenarnya, beberapa scenario yang disebutkan tadi menunjukkan betapa Islam
Hadhari sebenarnya tidak diendahkan oleh pemimpin danj ahli UMNO. Sokongan
mereka sebanarnya tidak diterjemahkan dengan perlaksanaan. Sokongan dengan
sepanduk dan kata-kata masih belum cukup untuk merealisasikan cita-cita murni Pak
Lah. Berjaya atau tidak konsep Islam Hahari ini adalah bergantung kepada
kita. Ideanya memang daripada Pak Lah tetapi yang akan melaksanakannya adalah kita. Pak Lah tidak
mempunyai harapan lain selain daripada bergantung bantuan dan sokongan
ahli-ahli UMNO dalam merealisasikan idea dan usaha beliau. Justeru itu,
ahli UMNO perlu bangkit dalam usaha membantu Pak Lah. Jangan kita sekadar
berbangga dengan ketokohan Pak Lah menjadi imam dan kemampuan Pak Lah menyampaikan mesej Islam dengan berkesan tetapi kita masih lagi
dengan cara yang lama.
Islam Hadhari sebenarnya mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai Islam di dalam setiap perbuatan yang kita
lakukan. Saya yakin dan percaya jika kita benar-banar mengyhayati konsep ini,
tidak ada masaah untuk bangsa Melayu Melayu dan orang Islam menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Yang penting, kita perlu melakukan perubahan dan anjakan
paradigma. Dunia sekarang penuh dengan persaingan dan kita perlu bersedia untuk
menghadapi persaingan dengan melangkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tanpa mengenepikan
aspek keagamaan yang menjadi teras dalam kemajuan. Bangkitlah wahai
bangsaku!
Oleh:
Azdy Bin Mohd Arshad
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|