|
Menyedari
maruah bangsa
Kalau sesiapa yang pernah mengikuti program Biro Tatanegara (BTN) sudah
semestinya pernah menyanyikan lagu ini. Setidak-tidaknya lirik lagu Warisan pasti
dibawa balik bersama risalah-risalah BTN yang lain yang dimuatkan di dalam fail
program. Mungkin lagu ini agak kurang sesuai didendangkan di corong-corong radio
apatah lagi diperdengarkan di televisyen atas alasan menjaga sensitiviti kaum lain,
namun sebagai seorang yang berbangsa Melayu kita sepatutnya menghafal dan
menghayati lirik lagu ini.
Mengetahui lagu Warisan dan menghafal lirik lagu ini bukannya untuk mengajak
orang Melayu terus alpa dan leka dengan lagu dan hiburan tetapi sebenarnya untuk
mengajak bangsa Melayu kembali menjadi bangsa bertuan di tahan air
sendiri. Dalam erti kata yang, penghayatan kepada lirik lagu ini sebenarnya menginsafkan kita dan menyedarkan kita akan di mana
kedudukan kita pada masa sekarang. Kita sering melaungkan ungkapan Ketuanan Melayu!, hakikatnya apakah Melayu masih
menjadi tuan atau Melayu bertuankan bangsa lain?
Melihat kepada lirik lagu Warisan memang cukup ringkas, tiada bahasa atau ayat
yang sukar untuk kita fahami. Bahasanya srtaight forward, sesiapa sahaja yang
mendengar pasti akan faham apa yang cuba disampaikan. Kita diceritakan bagaimana pengorbanan dan perjuangan nenek moyang kita
mempertahankan tanah air daripada orang asing. Ungkapan Nenek moyang kaya raya jelas menggambarkan
kepada kita suatu ketika dahulu, hasil penat lelah, ketekunan dan semangat yang
tinggi bangsa Melayu telah menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani
rakan dan lawan.
Kuasa
ekonomi dan kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Melayu sebagai
kaum peribumi di bumi bertuah ini.
Namun generasi selepas itu gagal pempertahankan segala usaha yang dilakukan sebelum
ini. Kini kita banyak berbalah sesama kita terutamanya dalam soal perebutan harta, kekayaan, jawatan, pangkat dan lain-lain.
Sama ada sedar ataupun tidak, sikap generasi sekarang yang tamakkan
harta, kekayaan dan kuasa akhirnya menyebabkan segala yang diwarisi daripada nenek moyang kita jatuh ke tangan
orang lain. Benarlah serti yang tercatat dalam ungkapan, hasil mengalir ke tangan yang lain,
pribumi merintih sendiri.
Jelas sekali kini, segala kekayaan turun temurun milik nenek moyang kita kini diwarisi oleh bangsa lain. Bangsa Melayu sebagai bangsa
bermaruah, yang memiliki kuasa dan kekayaan suatu ketika dahulu kini cuma tinggal satu sejarah. Penyebab utama tidak lain tidak bukan adalah
kerana sifat tamak, malas untuk berusaha dan cepat terpengaruh.
Akibatnya, bangsa Melayu kini dilihat sebagai bangsa dan tidak mahu bersaing dan suka berbalah sesama kita. Dalam mencari kekayaan, bangsa
Melayu lebih suka menjadi kaya dengan cara yang mudah dan malas berusaha.
Sebagai contoh, untuk menjadi jutawan mereka akan menjual tanah milik mereka kepada bangsa lain.
Sedangkan jika tanah tersebut diusahakan, hasilnya berlipat kali ganda.
Kita masih bermegah dengan status kita sebagai peribumi / bumiputera tetapi kita lupa di saat kita mendakwa tanah yang kita pijak adalah
milik nenek moyang kita tetapi hakikatnya bumi dipijak milik orang.
Kalau dahulu, bangsa lain terpaksa meminta-minta, menadah tangan kepada kita agar diberikan kebenaran menetap di
tanah air ini, diberikan ruang untuk berniaga, diberikan peluang untuk berkerja namun kini ianya seolah-olah
sudah terbalik. Bangsa Melayu pula sekarang ini menjadi golongn yang terpaksa merayu dan meraih simpati.
Maruah bangsa Melayu dan maruah peripadi sudah tiada lagi. Dahulu kita yang
tuan, tetapi kini kita bertuankan bangsa lain. Generasi Melayu kini terpaksa merintih
semata-mata untuk terus hidup di bumi ini. Kita sudah tidak segan silu untuk meminta pertolongan bangsa lain, meminta
sumbangan, memohon diberikan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Lihatsahaja di sekeliling kita, berapa buah kedai milik bangsa kita
berbanding bangsa lain? Tanah siapakah yang kita pijak? Siapakah majikan
kita?Apakah yang masih ada pada kita?
Rangkap kedua terakhir berbunyi, kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan
bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri...
Ya, tidak dinafikan kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa.
Bercakap tentang kuasa, apakah kuasa mutlak terletak pada kita atau hanya hanya kuasa atas nama sahaja? Perdana Menteri masih lagi
Melayu, menteri-menteri majoriti Melayu tetapi apakah penguasaan politik
mampu menjamin ketuanan Melayu? Sedangkan ekonomi, pendidikan dan lain-lain
dikuasai bangsa lain.
Sejarah telah banyak membuktikan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada
tahap penguasaan ilmu dan ekonomi. Ilmu dan ekonomi inilah bakal penentu kepada penguasan politik yang seterusnya akan untuk menguasai
sesebuah negara. Apakah kita sudah bersedia untuk kembali bangkit, satukan hati-hati kita dalam usaha memulih kembali harga diri dan maruah
bangsa? Ingatlah, kini kita sudah tiada masa. Kita harus maju ke hadapan dengan gagah perkasa agar Melayu terus gagah di Nusantara dan di
mata dunia...
Bangkitlah wahai bangsaku!
Oleh:
Azdy Bin Mohd Arshad
|
|
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
|