![]() |
|
Tahniah kepada editor laman web www.umno-reform.com Editor nyata mengikuti perkembangan dalam artikel ringkas yang bertajuk, Bakar Bangunan Harakah. Saya pernah membaca satu ketika dahulu editor menyebut mengenai wanita Melayu yang dibogelkan beberapa tahun lepas sewaktu isu wanita Cina / kemudian wanita Melayu ketuk ketampi baru - baru ini. Laman ini nyat peka apa yang berlaku. Kali ini laman ini mendedahkan bagaimana UMNO bagai nak gila apabila Zunar melukis kartun Mahathir Mohamed. Ketua Puteri UMNO dan Ketua Pemuda UMNO bangkit bersama kepimpinan UMNO, melenting - melaung - laungkan kekurangan ajar pelukis kartun tersebut menghina Dr Mahathir sehinggakan mereka mencadang suapaya Bangunan Harakah di bakar. Kepimpinan Harakah pada ketika itu kalau tidak silap saya membuat aduan polis - kerana tidak mahu terus diancam. Kepimpinan ulama UMNO bangun membacakan surah - surah tertentu bagi menunjukkan betapa hinanya perbuatan kartunis Zunar dan Harakah. Namun ALLAH Maha Berkuasa dan laman ini bertindak mengingatkan kita - dan menunjukkan kita apa sebenarnya berlaku. Tahniah sekali lagi. Mahathir lebih mulia dari Nabi bagi UMNO Benarkan kenyataan tersebut? Lebih muliakan Nabi dari Mahathir dalam politik Malaysia? Bagi saya mereka bukan peduli sangat isu menghina Mahathir tetapi mereka bangkit bagi menunjukkan kepada Mahathir bahawa mereka adalah penyokong kuat beliau. Azalina , Ketua Puteri UMNO sewaktu persidangan pertama Puteri UMNO - menunjukkan kehebatannya - menjerit dan melolong bakar bangunan Harakah, Hishammuddin pada waktu itu - sebelum beliau kenal apa itu keris terbelit - belit mulut mengutuk Zunar - penuh semangat dan penuh emosi. Mereka hina kepimpinan kita, ini satu penghinaan kepada Mahathir, lesen mereka harus di gantung, ini tidak Islamik - PAS berpura - pura minta maaf tetapi mempunyai motif jahat dan banyak lagi kutukan kemarahan datang dari Azalina dan Hishammuddin. Hari ini Nabi Muhammad SAW di hina Mana dia semangat gagah perkasa Hishammuddin, mana dia keberanian "black black" Azalina mahu membakar bangunan Harakah dahulu ? Semua kelihatan bersahaja bila Nabi Muhammad dihina. Apa yang boleh kita pelajari dalam insiden ini? Apakah salah kalau kita andaikan bahawa mereka pejuang membodek dan tidak lebih dari itu. Apakah kita patut hormat kepada pejuang semacam ini? Apakah mereka ini pejuang atau hanya tahu menggunakan isu untuk tujuan politik. Hari ini sungguhpun agak ringkas tulisan laman ini mengenai berbandingan kartun Zunar hina Mahathir dan kartun Denmark hina Nabi Muhammad tetapi rakyat perlu sedar - apa pendirian mereka dan bagaimana mereka dahulu hadir mengagungkan Mahahtir hanya kerana mahukan tempat. Azalina kini bergelar menteri dan Hishammudin kini wira pemuda berkeris.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|