BALIK KE MUKA UTAMA

 

BUNUH PENULIS, BAKAR BUKU
SIAPA PUNYA ANGKARA?


Laut begitu tenang dengan segala keindahannya seolah-olah menjanjikan tsunami tak mungkin akan terjadi. Kalau terjadi pun mustahil laut yang seindah dan setenang ini sanggup melakukannya. Langit membiru cerah mewarnai laut yang luas terbentang dan yang penuh dengan pelbagai rahsia. Awan menari, angin berhembus sepoi-sepoi bahasa, desiran ombak putih di pergigian pantai mengambarkan betapa maha seninya Tuhan. Maha Pengasih Lagi Pemurahnya Tuhan, segala puji bagi Allah. Allah yang Maha Besar, Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Alhamdulillah syukur saya kepada Allah SWT. Akhirnya saya dapat berkongsi isi hati nubari, visi dan misi dengan pembaca yang dirahmati Allah. Apa yang terjadi di Acheh sesudah ‘post tsunami’? Ramai yang sudah melupakan tsunami, seperti mereka terlupa peristiwa bagaimana seorang yang bertaraf Syaikh Al-Islam Kesultanan Sultan Iskandar Thani sanggup menghukum ‘bunuh’ ulama-ulama sufi serta pengikut dan membakar kitab-kitab, dengan alasan mereka tidak mengikut tradisi ‘Sunni sejati’. Al-Raniri yang mempunyai kedudukan sebagai “Morrish Bishop” telah menggunakan ‘kuasa’ dan ‘kedudukan’ disamping Sultan selama tujuh tahun untuk menjadikan Melayu bodoh, miskin dan penakut dengan membunuh ‘ilmu’ dan pembawa ‘ilmu’.

Saya berada di tepian pantai tanah Renchong Nagore Acheh untuk menziarahi Sheikh abdul Rauf Al-Singkili, Almarhum tokoh sufi di Makam Syiah Kuala yang letaknya berhampiran di persisiran pantai yang cukup indah dan penuh bersejarah.
Malapetaka yang berlaku pada 26 Disember 2004 belum pernah dialami oleh sebarang tempat di muka bumi ini sebelum ini. Menurut pengkaji malapetaka bom di Horoshima dan Nagasaki yang mengorbankan puluhan ribu orang pun tidak sama dahsyatnya dengan rempuhan tsunami di Serambi Mekah.Kenapa ia boleh berlaku di Acheh?

Mungkin ada yang masih beranggapan bahawa tsunami tidak mempunyai belas kasihan kerana ‘merampas’ harta benda, tempat tinggal dan kasih sayang sesama manusia. Mana lebih kejam tsunami ombak jahat dengan jahatnya manusia yang menentang Allah? Tuhan suruh baca, dia suruh bunuh penulis, bakar buku dan karier penulis.

Bencana alam yang sifatnya memusnahkan itu ternyata memberi kesudahan yang amat menyedihkan. Ibu bapa kehilangan anak, anak tiada pelita hidup manakala mangsa yang lain pula tidak ada tempat tinggal. Bayangkan anda berada ditempat mereka. Kata peribahasa, sekali air bah, sekali pantai berubah. Berapa lamakah untuk sebuah negeri yang seperti diserang garuda untuk membangun semula? Mana lebih susah membangunkan kota atau membangunkan ‘minda’ manusia?

Tsunami telah berlalu hampir setahun, namun masih ada penduduk di kawasan bencana yang masih menderita dan menunggu bantuan yang tidak kunjung tiba. Bayangkan betapa kejamnya manusia yang telah menyalah gunakan kuasa. Namun ada tiga benda yang ada pada ‘penyagak bentuk baru’ kuasa, kaya dan kekejaman (violent). Mereka yang bodoh, miskin dan penakut boleh buat apa? Sudah jatuh ditimpa tangga.

Ramai mangsa masih tinggal di khemah dan “rumah-rumah” yang dibina dari serpihan kayu hanyut, manakala nelayan masih tidak ke laut setelah perahu mereka yang hancur belum lagi berganti. Itu yang saya nampak dalam perjalanan ke mari.

Menurut bancian Bank Dunia, daripada 190,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di Acheh dan Nias, kira-kira 67,000 orang masih menumpang di khemah dan penempatan sementara.

Kepiluan dan kesedihan serta hidup dalam serba kekurangan terus menghantui mangsa-mangsa tsunami Acheh walaupun sudah lama peristiwa itu berlalu. Janji bantuan seolah-olah seperti tinggal janji sahaja. Ramai yang datang meninjau mencari peluang berniaga untuk kepentingan sendiri.

Lebih memburukkan keadaan, ketika ini terdapat lebih 100,000 mangsa tsunami masih lagi mendiami pusat-pusat penempatan sementara berikutan projek-projek perumahan yang dibina untuk mereka masih belum siap walaupun masa yang berlalu sudah hampir setahun.

Saya berada di Acheh bersama keluarga Tan Sri Sanusi Junid pada bulan Ramadhan 1425. Ramadhan adalah bulan ‘barakah’. Kerana ‘keberkatan’ Ramadhan yang boleh memanusiakan manusia hingga boleh sampai ketahap ‘Manusia Agong’ ‘insanul kamil‘ dan saya beruntung di hari Nuzul Al-Quran kerana dapat menziarahi seorang Aulia Allah Almarhum Sheikh Abdul Rauf dari Singkili yang dikenal dengan nama “Syiah Kuala” di Banda Acheh

. Menurut buku ‘Jaringan Ulama : Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII : Akar Pembaharuan Islam Indonesia” oleh Prof. Dr. Azyumardi Azra, MA., nama almarhum sebenarnya ialah ‘Abd Al-Ra’uf b. Ali Al-Jawi Al-Fansuri Al-Sinkili, sebagaimana terlihat dari namanya. Abdul Rauf adalah seorang Melayu dari Fansur, Sinkil (kini, Singkel) di wilayah pantai Barat-Laut Acheh. Nenek moyang Al-sinkili berasal dari Persia (Iran) yang datang ke Kesultanan Samudera Pasai pada akhir abad ke-13.

Almarhum telah berguru dengan 19 orang guru di Yamen yang dari mereka dia mempelajari berbagai cabang disiplin Islam, dan 27 ulama lainnya yang dengan mereka dia mempunyai ‘kontak’ dan hubungan pribadi. Abdul Rauf adalah anak saudara kepada Almarhum Hamzah Fansuri yang berguru dengan Shamsudin Al-Sumatrani. Tidak disebut salasilah ‘root’ nasab Abdul Rauf sama ada dari keturunan Musa Al-Kazim r.a atau dari Bani Alwi.

Semasa hayatnya Sheikh Abdul Rauf berjaya menyelesaikan pertelingkahan ‘puak’ antara pengikut Almarhum Syeikh Hamzah Fansuri dengan puak Nuruddin Ar-Raniry yang tidak mahu menerima fahaman ‘wahdatul ujud’ yang dibawa oleh Hamzah Fansuri. Tiba-tiba terdengar bisikan dalam diri.

“Tidak kau menciptakan aku dan gerakan aku ke Serambi Mekah untuk berpoya-poya, aku hidup dalam waktu yang dipinjamkan. ‘Wasilah’ apakah yang perlu ku sampaikan?”

‘Diari’ pengembaraan ‘spiritual’ ini bukan buku mistism Hamzah Fansuri seperti yang ditulis oleh tokoh sufi Profesor Dr. Syed Mohd Naquib Alattas. Apa yang ingin saya tunjukkan di sini ialah corak atau pattern. Benci pada orang yang baik dengan ‘fitnah’ yang dirancang dengan baik, tidak dapat dinafikan kehebatan Al-Raniri selaku seorang penulis yang telah menghasilkan buku-buku yang belum pernah ditulis oleh orang Melayu sebelumnya. Beliau berjaya menggunakan pengaruh ‘institusi’ dan ‘imuniti’ untuk melakukan ‘genoside’ terhadap insan dan keilmuan di mana dia diserapkan Melayu bunuh Melayu.

Pergaduhan antara sesama Islam yang tidak menguntungkan umat Islam yang bermula dari Muawiyah dengan keluarga Rasulullah, pembunuhan Saidina Hussien di Karbala. Hingga ke hari ini tanpa disedari sama sekali bahawa syaitan dan iblis di sekeliling bertepuk tangan memecah belahkan kita. Syaitan berjaya mengadu-dombakan manusia. Al-Raniri duduk tujuh tahun di Acheh yang mengakibatkan perpecahan umat. Sesudah Melayu berbunuh sama Melayu dia menghilangkan diri.

Siapakah lagi kalau bukan kita yang mesti menyatu-padukan umat Islam yang sudah terpecah kepada sebanyak 72 kaul yang leka berperang mengatakan puaknya saja yang masuk syurga sedangkan semua itu ada unsur politik. Islam sebagai ‘addin’ satu cara hidup yang paling sempurna. Islam mendidik dan membendung bukan ‘menghukum’. Inilah susahnya bila manusia yang ad akuasa mahu berlagak macam Tuhan.... terbalik hantu.

Betapa bebalnya orang kita (bodoh) yang ‘takut’ dengan mereka yang telah menggunakan agama, bertopengkan agama seperti ulama jadi-jadian dan suku sakatnya semata-mata untuk mencapai tujuan merebut kuasa atau kerana ego mahu menunjukkan bahawa mereka lebih Islamik dari orang Islam yang lainnya? Apakah tak mustahil ada orang kita yang akan gunakan Pak Lah seperti Al-Raniri menggunakan Sultan Iskandar Thani? Kalau ini berlaku apa akan jadi pada Melayu yang menyimpan pesaka peninggalan penjajah bodoh, miskin, takut sesudah hampir separuh abad merdeka?

Nurudin ulama fikah boleh menghukum ‘sesat’, namun tak boleh buktikan kesahihan ‘wujudiah’ yang di bawa oleh Hamzah Fansuri ulama kerohanian. Dengan ilmu yang ada pada Syiah Kuala, Almarhum berjaya mendamaikan dua puak yang bertelagah. Ilmu juga yang boleh mengalahkan ilmu, bila timbul kebenaran yang batil akan gugur dengan sendiri. Sayang seribu kali sayang, kitab-kitab sufi yang amat bernilai telah dibakar. Tuhan suruh membaca. Al-Raniri suruh bakar kitab dan bunuh penulis..! Kalau ini berlaku di dalam negaraku, siapa agaknya yang akan bangun membela?

Sepatutnya tidak terjadinya ‘clash of civilization’, ‘pertempuran peradaban’. Sepatutnya yang diadakan ‘pertemuan peradaban’, orang Islam adalah orang yang beradab akibat tidak mahu mengadakan ‘dialog’ secara terbuka maka tak terjumpa ‘metting point’. ‘Pertemuan peradaban’ akibat ‘bodoh’ muncul bila Sheikh Abdul Rauf Al Singkil yang ahli dalam kedua-dua bidang fikah dan tasauf, seorang ‘wali Allah’ yang mempunyai ‘karamah’ dapat menyatu-padukan semula umat yang bertelagah. Seperti kata pepatah air dicincang tak akan putus, carik-carik bulu ayam bertemu juga. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat, ‘muafakat’ membawa ‘berkat’.

Saya masih memerhatikan laut yang kelihatan begitu ‘innocent’, laut tempat nelayan pergi mencari rezeki yang pernah bertukar menjadi ‘gelombang raksaksa’ melalui isyarat yang hanya dimengertikan oleh beberapa orang tua-tua saja. Mudah-mudahan tsunami dan permainan Al-Raniri dapat memberikan keinsafan supaya sejarah tidak berulang dan kita semua dapat belajar muhasabah diri, tidak membiarkan pisang berbuah dua kali. Kita mesti berani bangun menentang siapa saja yang cuba menghapuskan ilmu dan orang yang tidak berdosa difitnah..!

Saya akan cuba menjadi seorang ‘story teller’ yang ‘baik’ berkongsi pengalaman dalam ‘pengembaraan spiritual’ di bumi yang penuh bersejarah ini. Penulis adalah pembawa ‘wasilah’. Bukan mudah mahu menceritakan kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang terdapat pada seorang ‘wali Allah’ yang dengan ilmunya boleh menghilangkan kebodohan, ketakutan dan tidak gentar dengan kemiskinan.

Semua tuduhan yang didasarkan pada pengertian ‘lahiriah’ dari ajaran dan ucapan kaum ‘Wujudiyyah’ selagi berpegang pada penafsiran orang ‘fikah’ tidak akan ada titik pertemuan seperti orang buta melihat gajah dengan tangan yang meraba-raba bukan dengan mata hati. Nabi mengajarkan bahawa perkataan seseorang Muslim tidak boleh dipandang salah selagi masih ada jalan menafsirkan dengan cara yang benar. Syukur, hari ini orang Islam sudah terbuka minda, tahu ‘WAHABI’ itu apa?

Tindakan Sultan Iskandar Thani membunuh mereka yang difitnah dengan cara yang sangat kejam dan mengerikan disebutkan oleh Sheikh Nuruddin dalam kitabnya Bustanul Al-Salatin. Akan tetapi Nuruddin tidak sedikit pun menulis tentang pembunuhan yang dilakukan oleh Sultan terhadap anak kandung tertuanya.

Dengan hati yang sebak dipengaruhi oleh emosi yang tersentuh melihat mala petaka yang telah menimpa keluarga yang malang dari sejak zaman Sultan Iskandar Thani hingga ke hari ini. Tanpa disedari titisan air mata membasahi pipi mengenangkan nasib Farhan saya punya ‘tour guide’ yang sedang membaca ayat-ayat suci di tanah perkuburan Syiah Kuala. Al-fatehah untuk Syiah Kuala dan roh para pengikutnya.

22 hb. Oktober 2005, saya bersama Muzafar adik ipar Tunku
Sanusi Junid dan Farhan yang menjadi pemandu pelancung telah membawa saya ke mari. Biarpun kehilangan isteri dan lapan ahli keluarga, hingga hari ini tidak tahu di mana mereka berada, Farhan ‘reda’. Wajahnya tetap tenang. Bukan mudah mahu menjadi manusia yang ‘reda’. Allah akan meredai manusia yang ‘reda’ sewaktu menerima ujian Allah. Innalillahi wa innahilai rajiun. Lidah jadi kelu untuk berkata-kata. Hati saya benar-benar tersentuh bila memikirkan anak isteri yang mati, namun di mana kuburnya. Apakah tidak mustahil anaknya masih hidup lagi? Malah kereta yang kami naik ini pernah dihanyutkan oleh arus tsunami tiga kilometer jauhnya. Nasib baik kereta ini dapat ditemui semula. Selepas dibaiki, kereta inilah yang kami naiki sekarang. Rezki, jodoh, maut dan tanah perkuburan ketentuan Allah.

Antara beberapa sebab terjadinya ‘tsunami’ kerana pada hari Krismas, 25hb. Disember 2004 kononnya askar-askar telah membawa perempuan untuk pesta seks bebas, disamping minuman arak. Imam masjid Syiah Kuala telah menasihatkan supaya jangan mengotori tempat suci para wali Allah. Mereka tidak peduli, takut apa pada ‘wali Allah’, belum kena belum tahu.

Ketika jam 8.30 pagi air laut surut sejauh 3 kilometer kemudian kembali membawa lumpur hitam yang berbau, dan kemudiannya datang lagi dan meranapkan bangunan kerana kelajuannya hampir 800 kilometer satu jam.
Apabila mereka keluar dalam keadaan pening kepala, mabuk-mabuk akibat gegaran gempa bumi yang terdengar selama tiga kali, ada yang rebah. Apakah dunia mahu kiamat? Ketika itu tak tahu berapa ramai yang tahu apa yang sedang berlaku? Hebat ceritanya jika difilemkan.

Kehidupan manusia tidak terlepas daripada alam semesta dan hubungan manusia dengan alam sekitar mengakar umbi di kalangan masyarakat Jawa. Justeru tidak menghairankan jika masyarakat Jawa di desa, melihat dan melanggar adat boleh menimbulkan bencana alam.

Kemudian datang ombak hijau yang amat mengejutkan. Ia datang dengan ketinggian lebih tinggi dari pokok kelapa yang boleh bawa kapal laut terbang atas bumbung rumah. Sampai hari ini kapal besar itu yang menjadi bukti betapa dahsyatnya tsunami yang telah membunuh ratusan ribu manusia. Pokok-pokok yang besar patah seperti di pulas. Ada yang pecah separuh. Begitu juga dengan manusia. Ada mayat manusia yang di pulas, ada yang putus dua, kebanyakan mayat perempuan bertelanjang tanpa seurat benang di badan hingga malu hendak melihatnya.

Cara mereka yang saya temui bercerita kita dapat mengambarkan seolah-olah lidah-lidah ombak terjulur garang lalu meludah isi kahaknya tanpa belas kasihan mengakibatkan pantai indah menjadi persada maut. Ratusan ribu jasad terdampar kaku, terhumban jauh, terhimpit lemah, lemah tidak berdaya, anak-anak dan wanita yang mati berbogel, sungguh mengerikan.

Ada banyak cerita mengenai ‘Tsunami’. Ada yang mengatakan ia dimulakan dengan bunyi ledakan yang amat kuat pada pukul enam pagi selama lima belas minit. Tiba-tiba saja isi perut bumi menggelegak dan menggeliat menggegarkan kediaman yang berdiri gagah. Anak-anak manusia yang sedang bermimpi bangun dengan perasaan yang tak menentu. Semuanya berlaku tanpa siapa pun tahu ia datang. Datangnya mala petaka yang sama sekali mereka tak sangka-sangka. Ayah kehilangan anak, suami kehilangan isteri, anak menjadi yatim. Ada yang menjadi piatu. Padahal Allah telah memberi ingatan dan amaran. Islam itu kedamaian bukan peperangan.

Tuhan tidak suka bunuh membunuh, fitnah, buruk sangka dan melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah. Tuhan tidak suka pada keangkuhan dan kezaliman. Tuhan suruh berkasih sayang dan tolong menolong. Tuhan suruh baca, bukan menyekat kebebasan menulis, tanpa para penulis anda tidak ada informasi apa yang berlaku ketika sesuatu kejadian.

Apabila Tuhan murka, apa sahaja boleh berlaku. Jika ia boleh berlaku di Acheh, ia juga boleh berlaku ke atas kita. Setakat ini kita selamat kerana Acheh menjadi pelindung kerana kedudukan kita dari segi geograpi.

Memang sukar untuk menahan perasaan sedih, pilu melihat negara Acheh yang seperti telah diserang oleh garuda atau seperti Nagasaki dan Hiroshima yang musnah akibat bom atom oleh Amerika semasa Perang Dunia Kedua. Apalah yang dapat kita buat selain ‘berdoa’ supaya masalah Acheh dapat diselesaikan dengan cepat oleh mereka yang telah diberikan ‘amanah’ dan tanggungjawab. Mereka yang telah mengambil jutaan wang dari orang ramai sebagai sumbangan derma sepatutnya tidak membiarkan mangsa tsunami itu berada lama dalam kesempitan dan melarat. Ingat Tuhan dan hari pembalasan.

Kelihatan ada dua lagi kereta yang datang untuk menziarahi ‘manusia Al-Quran’, Mujaddid pendamai yang layak menerima anugerah yang lebih tinggi dan mulia dari sekadar “Anugerah Nobel”. Sambil memerhati kawasan perkuburan, saya bertanya pada diri sendiri apakah akan muncul seorang lagi Rijibul Ghaib seperti yang akan menyelesaikan pertelingkahan antara dua puak Islam yang terbesar Sunni dan Syiah menerusi satu dailog yang dicadangkan oleh Mantan Presiden Iran Syied Mohamad Khatami yang tidak bersetuju dengan pendapat Samuel Huntington, pertempuran peradaban ‘Clash of civilizations’?
Wajah Islam di Indonesia beraneka ragam. Cara kaum Muslimin menghayati agama mereka bermacam-macam pula. Dari keragaman itu yang mencolok bahawa corak Islam di Indonesia diwarnai oleh ajaran tasawuf. Islamisasi di Indonesia dimulai ketika tasawuf merupakan corak pemikiran yang dominan di Dunia Islam, dan kerana tasawuf inilah terutama orang Indonesia memeluk Islam. Oleh sebab itu bukanlah suatu hal yang mengherankan, jika hingga sekarang, ketika kita memasuki permulaan abad ke 21, warna dan nuansa tasawuf masih tetap merupakan warna yang dominan di dalam corak Islam di Indonesia, bahkan mungkin hingga hari kiamat.

Para penyiar Islam pertama adalah para sufi. Mereka sejak abad ke-13 telah berhasil mengIslamkan sebagian besar penduduk Nusantara. Faktor utama keberhasilan penyiaran Islam ini adalah kemampuan para sufi menyajikan Islam dalam kemasan yang menekankan kesesuaian Islam dengan praktik keagamaan lokal, sehingga Islam mudah diterima dan dianut oleh sebagian besar penduduk Nusantara.

Apakah Wali Itu Ada
oleh Dr. H. Asep Usman Ismail. A.A.

Saya yakin tidak akan bergerak sesuatu melainkan dengan izin Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Mengetahui. Umat Nabi Noh a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Lut a.s., selain semuanya dibinasakan oleh air, 3/4 dari dunia ini dikelilingi oleh air dan kita pula dijadikan dari ‘setitik air mani yang hina dina’. Janganlah terlalu angkuh dengan kuasa yang diamanahkan. Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kita dustakan?

“Tugas kita sebagai pemeluk agama bukanlah mempertahankan betapa benarnya agama kita. Tugas kita - sama seperti Rasulullah - ialah menyebarkan kasih di seluruh alam, rahmatan lil ‘alamin.

Dr. Jalaluddin Rahamat.
Ketika saya menjejakkan kaki ke bumi Nanggroe Acheh Darussalam, cukup setahun pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). Bermacam kritikan yang keras terhadap Presiden Indonesia yang ke-6 akibat kerana berbagai masalah yang harus dipikulnya. Segala macam persoalan hidup dari bom di Bali, kenaikan BBM, rasuah, nilai rupiah dan kemiskinan yang menjadi masalah utama rakyat Indonesia. SBY berjaya membawa keamanan di bumi yang hampir setiap hari ada saja nyawa manusia yang menjadi korban selain dari korban Tsunami.

Dari kajian sebuah akhbar, di mata orang Acheh, dari 9 orang maka hanya 1 yang memilih Gus Dur, 1 ragu-ragu dan 7 orang menjawab secara tegas SBY-Kalla adalah Presiden Republik Indonesia yang paling banyak memberi syafaat dibandingkan dengan Gus Dur atau apalagi Megawati.

“Saya setuju SBY dan Yusuf Kalla diberi hadiah Nobel. Semua Presiden mulai Soekarno, Soeharto, Habibie, Gus Dur, Mega tidak becus menyelesaikan Acheh. Oleh sebab itu, inilah saatnya saya mendukung upaya Pemerintah mendamaikan Acheh. Mengurus orang Acheh itu sulit, tidak seperti ngurus orang Sunda. Dikasih lilin sudah beres”. gatra.com, 31/8/2005.

Bencana Tsunami sudah lama berlalu. Kota Banda Acheh masih belum berubah wajah. Jalannya masih berlubang-lubang. Banda Acheh merupakan kota terbesar di pantai Barat tapi apa hendak dibandingkan dengan pembangunan di kota Medan.

Apa yang akan saya ceritakan ini adalah luahan dari lubuk hati saya selaku umat Islam yang selalu mengingatkan diri saya, bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Al-Quran kitabku, orang Islam seluruh alam semesta saudaraku. Selain cerita-cerita yang saya dengar dari pembacaan majalah dan akhbar saya juga mendapat cerita dari sifu saya Tan Sri Sanusi Junid dan dari mereka yang ditemui semasa di Acheh. Kebetulan anak saya Syed Ahmad Abdul Hadi Alattas, pilot yang gagal mahu mengelilingi dunia dengan pesawatnya sendiri (pesawatnya masih tersangkut di Amerika, kerana tak ada bantuan), telah berada di Acheh selama 5 bulan, dari Januari hingga Mei 2005 Anak saya itu sekarang bersama NGO Salam Malaysia sekarang berada di Pakistan kerana membantu mangsa-mangsa Tsunami gunung.(Gempa bumi)

Saya mengikuti rombongan Tan Sri Sanusi Junid, Mantan Menteri Pertanian, Presiden U.I.A selain menjadi Presiden ‘The Aceh International Consultatine Committee (AICC) - The Aceh Club’ yang peranannya amat besar dalam usaha membawa pendamaian di Acheh. Kalau sekiranya anda tertarik dengan cerita yang ‘tersirat’ tunggu terbitnya buku “Memory Cucu Tengku Daud Berueh”.

Saya teringat semasa di rumahnya saya terdengar ‘lagu Acheh’. Biarpun saya tak tahu maknanya. Mentor saya seperti dapat membaca apa yang ada di kepala saya lalu dia menceritakan erti ‘lagu’ tersebut mengenai bagaimana kisah seorang yang badannya besar, kakinya kecil boleh berjalan di atas sebatang tiang yang kecil, yang dijadikan jambatan untuk menyeberang sungai. Biarpun Tengku Sanusi bukan lagi menteri, selaku seorang ‘pembela’ dan ‘pejuang’ dia tetap berbuat sesuatu untuk menghidupkan semula Acheh seperti zaman kegemilangannya dulu.

Saya mengikuti rombongan Tan Sri Sanusi ke Acheh kerana ingin menginsafkan diri dan mengambil teladan dari pengajaran yang didapati secara ‘penglihatan’ dan ‘laduni’ untuk mengingatkan pemimpin Malaysia apakah kita sudah bersedia? Bersediakah kita jika bencana dan krisis besar yang telah melanda Amerika, Pakistan, China itu jika ia melanda kita? Apakah kita sudah bersedia jika muncul seorang lagi seperti Al-Raniri yang tanpa mengetahui orang suruhan siapa untuk memecah belah dan menghancurkan bangsa Melayu?

Mereka yang pernah tengok cerita ‘The Day After Tomorrow’ dapat membayangkan keadaan kecemasan ketika itu. Siapa pun tak dapat menolong sesiapa. Barulah orang berpangkat tinggi, orang kaya tersedar bahawa manusia ini tidak lebih dari ‘toy’, permainan yang boleh dibinasakan macam itu sahaja oleh Tuhan. Jangan cuba mempermainkan Tuhan. Jangan hendak berlagak macam ‘Tuhan manusia’. Tuhan suruh kita jadi ‘manusia Tuhan’. Hamba Allah yang ikhlas. Manusia harus menghidupkan sifat pemurah, pengasih, pemaaf bukan suruh angkuh, kejam, aniaya, bakhil dan menjadi ‘penfitnah’.

Puluhan ribu mayat-mayat menjadi busuk. Tarafnya sama dengan bangkai yang paling jijik dan tidak sanggup didekati, kecuali ulat-ulat yang tidak jemu-jemu meratah daging-daging yang semakin reput dan busuk. Manusia asal dari tanah, yang paling busuk hanyir akhirnya dia jadi macam itu juga, terpaksa ditanam beramai-ramai dalam satu lubang. Siapa pun tak kenal mayat siapa.

Tiba-tiba saja saya teringat cerita Nabi Nuh a.s., kaum Nabi Nuh a.s. pernah dibinasakan oleh ombak dan banjir. Peristiwa ini juga pernah difilemkan. 5000 tahun dahulu kejadian ini berlaku kerana Nabi Nuh a.s. kecewa dengan umatnya. Beratus tahun Nabi Nuh a.s. menyeru, 10 orang saja umat Nabi Nuh a.s. yang ikut buat bahtera di atas gunung, umatnya yang lain mengetawakan termasuk anak dan isterinya. Akibat siapa yang binasa? Astgafar dan mengucap “la illa ha illalllah Muhammadar rasulullah ‘.

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762