![]() |
|
Peringatan kepada Menteri Lebih kurang sebulan dahulu kita telah dikejutkan dengan perletakan jawatan Naib Canselor UPM dan agak ramai di universiti tersebut termasuk para pelajar dan cendiakawan bergembira. Namun demikian adakah ini satu kewajaran di mana perselisihan di antara Menteri dan Naib Canselor secara personal dijadikan satu cara penyelesaian yang membawa kepada kemusanahan maruah sesuatu universiti dan akademia. Kemudian kita pula digempar dengan khabar angin UTM di mana Naib Canselornya tidak akan disambung kontrak. Ramai pula yang bersorak, namun keriangan itu tidak hidup lama kerana atas arahan kuasa yang lebih berkuasa Naib Canselor UTM disambung dua tahun lagi. Tengoklah dahulu dia adik siapa? Ketokohannya dan kredibilitinya sebagai seorang pakar dan penyelidik tidak perlu dipersoalkan. Yang bersorak terlopong. Asas masalah juga adalah disebabkan perkara yang sama. Naib Canselor USM pula lebih bernasib baik kerana dia tidak main kabel TPM atau PM, malah surat khas dari pihak yang ada kekebalan meminta dia jangan disentuh walaupun banyak membuat hal di USM. USM adalah sarang pelajar dan pensyarah yang menyokong parti pembangkang. Kini USM bukan lagi dikenali sebagai Universiti Sains Malaysia tetapi Universiti Seni Malaysia.
Sebuah pusat pengajian yang mempunyai bilangan pelajar
paling kecil mempunyai keluasan dan bilangan bangunan yang terbesar.
Bukan itu sahaja tetapi peruntukan penambahbaikan dan pembangunan yang
paling besar untuk pusat pengajian di USM telah dimaklumkan oleh sumber
tertentu adalah untuk Pusat Pengajian Seni. Tolong semak jika saya
tersilap. Naib Canselor USM paling licik sebab dia pandai berlakon
bangsawan depan Menteri, petah bercakap dan paling bijak berfalsafah (walaupun
gagal PhD) yang hanya boleh difahami oleh golongan atasan belaka. Tak
apalah itu semua sebab hendak hidup dia kenalah pandai-pandai sendiri.
Yang tidak pandai punah, termasuk Menteri. Mereka menjual dan menjaja nama Menteri kepada semua orang dan asyik mengeluarkan arahan kepada pegawai universiti tanpa merujuk kepada Ketua Pengarah mahupun Ketua Setiausaha. Kesemuanya adalah atas arahan Menteri. Menteri tahu atau tidak, Allah sahaja yang mengetahuinya. Maklumat palsu disogok kepada Menteri sehinggakan Menteri percaya segala-galanya. Beberapa orang TNC dan NC teraniaya. Yang sudah tersebar kini ialah Ketua Pengarah Kementerian ingin diganti oleh kumpulan penasihat Menteri ini. Dr. Yusuf Kassim amat berminat dengarnya. Kemudian NC dan TNC (HEP) UKM akan turut diturun kemudian dinaikkan Dr. Mohamad Hussin sebagai TNC (HEP) yang baru dan Datuk Prof. Sukiman berminat untuk mengambil tompok UKM. Konspirasi ini akan melemah UKM dan akan berlaku porak peranda yang amat dahsyat. Ini adalah kerana mereka ini berniat jahat dan mempunyai kepentingan sendiri untuk mengaut keuntungan dengan memberi kontrak kepada kroni-kroni mereka. Semua pelajar boleh diperlekehkan saja kerana MPPUKM sudah benak dan tidak ada telur. Di Universiti Malaya pun sudah ada bayangan kerana NCnya sudah layak berundur diri. Kumpulan ini juga telah menggunakan demi kepentingan UMNO rombakan di UKM ini diperlukan. Sayang seribu kali sayang. UMNO pula yang dipergunakan dan orang ramai mula membenci UMNO. Soalannya pernahkah UMNO memberi mandat kepada mereka? Mungkin juga tetapi oleh orang yang berkepentingan yang berminat pada jawatan Menteri Pengajian Tinggi. Universiti adalah lobok pengaruh yang amat besar bagi sesiapa yang memegangnya.
Menteri Pengajian Tinggi haruslah sudah matang dan sedar
bahawa melalui komplot jahat ini orang yang setia satu masa dahulu tidak
akan menyokong dan memberi kerjasama lagi. Apatah lagi sokongan politik
UMNO pada Menteri pun kian merosot. Kami di luar akademia hanya dapat
memerhati dan menunggu apakah yang akan berlaku selepas ini. Rombakan
semula yang sudah ada bayangannya akan kami nanti dan teka-teki akan
terjawab. Menteri Pengajian Tinggi harus sedar dan insaf siapa kawan dan
siapa lawan. Kami amat bersimpati kerana Menteri masih belum matang
dalam hal begini sehingga ke hari ini. |
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|