|
APA DAH JADI??
Semalam saya termenung lagi memikirkan nasib bangsa kita Melayu.
Tergerak hati nak mula berseloka merapu.
Negara Malaysia tanah airku, zaman dulu Tanah Melayu, sekarang
jadi tak tentu,
Wakil rakyat banyak merapu, lebih nak tunjuk siapa bergaya,
rakyat jelata sentiasa merana,
Isu tertunggak masih berlambak di tambah pula isu
minyak.
Naik 30 sen kita menderita, tapi ada yang kata tak apa, mungkin
untuk yang berada tapi bukan untuk yang papa,
Minyak dah naik tahap tertinggi, peniaga kata tak boleh jadi,
naikkan harga biar rasa lega, rakyat semua terngaga-ngaga,apa
nak nak di kata.
Banyak duit dapat di petik , bila subsidi ditarik
balik,pengangkutan awam bertambah baik, itu janji yang di racik,
tapi tiket bas siapa yang control, harga naik macam tak betul,
sampai ada yang jalan kaki untuk jimat di kemudian hari.
Budaya rasuah cuba diperap, wang rakyat dah kena songlap,
Kontrak sejuta jadi berjuta, kita semua dah macam buta, Ditipu
kononnya barang dah naik harga
Sampai jambatan nak putus dua masih ada yang bermuka-muka, Bahan
mahal di tukar murah tapi mengaku dia tak tahu..
Suruhanjaya bebas dah naik panas, Polis Diraja yang kena jaja,
kalau sungguh bagai dikata,mereka semua betul bekerja,
kenapa takut untuk menyahut, tunggu dan lihat siapa yang
tergeliat.
Sister dalam Islam mula bersuara , hukum Tuhan boleh dipinda,
Yang penting hajat boleh tercapai ,mau setara sesama jantina,
Tak kira pendapat mau pun debat, asal dilihat begitu hebat,
Siapa mencelah dah tentu salah.
Pemimpin yang baik, ikhlas perbuatan, jelas pertuturan, luas
pandangan, Wawasan bermutu bukan merapu, Ramai sekarang nak
tunjuk taring pandai bercakap liur pun kering, Nak jadi pak
kadok menang bersorak,tapi sendiri yang kena borak, Tonjolkan
diri untuk kepentingan peribadi, inikah sikap yang kita cari?
Biar rakyat yang tentukan sendiri bukan hanya
memuji diri nanti siapa yang rugi, Ada juga yang
suka memberi tapi bukan duit sendiri,kononnya dia baik tak
terperi
Idea bernas yang kita cari, bukan komen apalagi mencaci, Saya
sekadar mengingat diri , bangsa Melayu bila nak maju, Melayu
masih di tempat tertinggi, esok lusa siapa yang tahu ,
Untuk yang dah maju mari membantu, niatkan kerana yang SATU,
Bukan untuk menunjuk-nunjuk kerana DIA yang maha tahu,
Wassalam
Ungku Shahrin
ungshah@hotmail.com
|