![]() |
|
Suara Keadilan dan media - media alternatif kini berkokok, Anwar akan kembali Mei ini dan akan mengubah senario politik tanah air. Anwar juga akan hadir menentukan pilihanraya Sarawak. Benarkah Anwar Ibrahim akan hadir atau sebenarnya ianya hanya omongan kosong Anwar Ibrahim untuk meneruskan sokongan sisa - sisa penyokong beliau yang ada. Janji - jani beliau akan kembali sering di buat dan akhirnya berkesudahan dengan memohon pengertian penyokong - penyokong beliau untuk memberi Anwar Ibrahim sedikit masa lagi bagi menentukan keluarga beliau. Kali ini Anwar berjanji untuk kembali pada bulan Mei. mungkin benar beliau akan hadir membantu Sarawak tetapi ada juga yang mengatakan bahawa politik Anwar Ibrahim kini adalah politik Pak Lah dan tidak mungkin beliau akan hadir untuk menentukan kemenangan Keadilan atau DAP. Kita juga pernah melihat bahawa bagaimana Anwar mahu membantu pilihan raya kecil di Kelantan baru - baru ini. Hadir setakat memberi ceramah dan kemudiannya ghaib ke Amerika. Itu bukan membantu namanya. Kalau membantu pun hanya sekadar melepas batuk di tangga. Kini Anwar Ibrahim hadir lagi dengan janji untuk berjuang pada bulan Mei. Namun akhir - akhir ini kita nampak sentimen ketegangan dan perasan marah Anwar dengan Mahathir masih wujud. Itu tidak mengapa tetapi adakah perasaan marah pada Mahathir itu menjadi alasan Anwar Ibrahim untuk menyokong Pak Lah. Media - media kini banyak menyiarkan Anwar Ibrahim menyokong Pak Lah dalam isu jambatan kerana masih bengang dengan Dr Mahathir. Adakah ini benar? Atau sememangnya Pak Lah di sokong oleh Anwar dan Parti Keadilan Rakyat akan terus lenyap mengikuti sejarah Semangat 46. Anwar tidak akan kembali seperti yang sepatutnya. Politik Anwar Ibrahim hari ini berbeza dengan tahun - tahun kesegaran reformasi. Benar saya boleh memaafkan UMNO seperti yang pernah beliau kata - tetapi persoalan yang dikemukakan oleh beliau sewaktu itu "bolehkah rakyat memaafkan UMNO" Hari ini yang nampak ialah Anwar Ibrahim telah memaafkan UMNO dan bagi para pejuang 1998 - bersedia untuk melihat politik itu diertikan tanpa nilai dan tanpa perjuangan.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|