![]() |
|||||
|
|||||
|
Anwar
" hapuskan hak keistimewaan Melayu " Sistem
Keistimewaan Melayu sudah lapuk dan korup katanya. Sistem ini sudah
lapuk dan dicemari kerana hanya segelintir Melayu yang ada hubungan
dengan orang berpengaruh telah mendapat menafaat sedangkan orang Melayu,
Cina dan India lain telah dinafikan. Kenyataan ini di keluarkan oleh
laman rasmi parti Keadilan Rakyat Malaysia baru – baru ini. Yang
menjadi persoalan ialah korupsi, kronis dan nepotisme, kenapa hak
keistimewaan Melayu perlu di gadai keseluruhannya. Anwar ibrahim adalah
antara mereka yang memimpin dan mereka yang juga lahir di bawah
keistimewaan Melayu hari ini bercerita untuk meruntuhkan hak
keistimewaan orang
- orang Melayu.
Bicara
Anwar bicara politik - bukan lagi bicara reformasi - bukan lagi
mementingkan perjuangan Melayu. Kenyataan beliau - hapuskan HAK
KEISTIMEWAAN MELAYU menyarankan supaya keistimewaan yang ada perlu di
tarik balik dan segala nya di asaskan pada meritokrasi. Ramai antara
kita juga sedar bahawa sistem perlaksanaan DEB itu longgar dan tidak
memberi ruang kepada perlaksanaan Keadilan Sosial khususnya dalam separa
antara Melayu tetapi ianya tidak bermakna kita meruntuhkan semuanya dan
memperjudikan bangsa Melayu itu sendiri.
Apa
yang jelas - semua ini adalah kenyataan politik - sikap politik -
bahan politik. Yang pasti Anwar Ibrahim juga lahir dalam perencanaan DEB
dan juga yang memimpin sewaktu DEB itu wujud. Kenapa hari ini bicara
mengenai konsensus baru - sedangkan kita masih lagi memperjuangkan
persoalan kemiskinan yang ketara antara kaum.. Perlu di jelaskan juga -
apakah "konsensus" baru itu melibatkan moral perniagaan dan
kuasa monopoli yang perlu di longgarkan antara kaum. Apakah perlu adalah
pengurangan pembicaraan moral dalam perniagaan oleh peniaga - peniaga
Melayu dan pelepasan monopoli yang sedia wujud ada dalam infrastruktur
perniagaan yang ada. Apakah pengorbanan mampu di buat antara kaum yang
sedang mendahului pegangan ekonomi? Persoalannya
memang tepat – kami bersetuju mengenai perlaksanaan dasar yang penuh
dengan kesumbangan dan di cemari. Maka kita harus memberi tumpuan
membetulkan keadaan itu supaya terjamin keadilan dalam pengagihan
projek dan kemewahan. Namun saranan untuk menghapuskan terus
Keistimewaan Melayu yang telah di peruntukkan hanya menunjukkan
pengorbanan satu bangsa iaitu bangsa Melayu sahaja. Apakah
polisi selama Anwar Ibrahim memerintah bersama Dr Mahathir dahulu
mengamalkan meritokrasi? Tidak bukan, ianya berasaskan Dasar Ekonomi
Baru yang berusaha untuk membangkitkan pegangan ekuiti orang – orang
Melayu. Anwar Ibrahim sebenarnya sedar bahawa kadar pegangan yang ada
sekarang juga adalah hasil kontribusi beliau semasa memerintah negara
ini. Perniagaan orang – orang Melayu bukan pada teras – hanya pada
kulit dengan usaha beliau sendiri termasuk untuk menjadikan beberapa
bumiputera bertaraf jutawan.
Penegasan
perlu di buat – hak keistimewaan orang – orang Melayu perlu kekal
ada , dan harus di pegang dan tidak di gadaikan. Apakah
kita orang –orang Melayu sahaja perlu berkorban. Apakah dengan
penarikan hak keistimewaan orang – orang Melayu bermakna kaum lain
sanggup memberi 50% pegangan industri
peruncitan kepada
orang –orang Melayu, apakah mereka sanggup menyerahkan 30%
pegangan dalam industri bahan infrastruktur pembangunan dan kontrak
kepada Melayu? Apakah
“konsensus baru” yang mahu diadakan itu dapat meningkatkan
pegangan kaum Melayu dalam ekonomi. Apakah pula sanggup “konsensus
baru” itu melibatkan persoalan – persoalan politik, kuasa politik
dan keistimewaan orang – orang Melayu menjadi kepimpinan eksekutif
tertinggi dalam kerajaan? Kita pegang – kita genggam - tidak tiris lagi
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
| ||||
|
Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762
|