![]() |
|
|
|
Usaha tetap usaha, mengkritik, menegur dan membuat konklusi tertentu adalah hak individu dan hak mana - mana organisasi dalam usaha mereka untuk memperbaiki sistem, dasar dan perlaksanaan ke arah memakmurkan agama, bangsa dan negara. Itu adalah amalan dalam mematangkan politik semasa. www.umno-reform.com sudah lama memerhati, melihat dan meneliti langkah - langkah yang dilakukan oleh beberapa anak muda yang bertindak menubuhkan satu organisasi di luar ruang lingkup politik. Organisasi itu kemudiannya dinamakan Prowaris. Hakikatnya www.umno-reform.com mengenali Prowaris dari awal usia penubuhan mereka dan pernah bertemu - berbincang mengenai isu - isu semasa khususnya dalam isu - isu yang melibatkan persoalan Melayu. Sungguhpun begitu bukan semua langkah dan pendekatan kami serupa dan www.umno-reform.com tetap www.umno-reform.com dan www.prowaris.org adalah www.prowaris.org. Apa pun www.umno-reform.com pada suatu hari yang cemerlang kami menerima email dari pelayar yang mengelarkan dirinya Raden Jowo, yang secara lantang membidas Prowaris dan meletakkan konklusi bahawa Prowaris adalah satu pertubuhan yang tertakluk di bawah Khairy Jamaluddin. Raden Jowo menegaskan kepada pelayar - pelayar www.umno-reform.com agar jangan tertipu dengan muslihat Prowaris. Pada mulanya www.umno-reform.com agak tergamam dengan email tersebut. Prowaris adalah rakan kami dan menyiarkan satu artikel yang menuduh Prowaris sebagai satu pertubuhan di bawah Khairy Jamaluddin dan mempunyai matlamat politik tersendiri mungkin akan melukakan perasaan mereka. Namun atas kebebasan bersuara dan peranan laman ini yang sedaya mungkin akan menyiarkan semua tulisan dan pendapat pelayar maka kami membuat keputusan untuk mengeluarkan artikel tersebut dan memaklumkan Prowaris. Ini bagi kami adalah satu keputusan penting - demi kebebasan bersuara dan hak - hak untuk didengari. Walaubagaimana pun sebaik langkah adalah memaklumkan Prowaris terlebih dahulu mengenai artikel yang kami terima. Kami menghubungi Prowaris dan memaklumkan bahawa kami telah menerima satu artikel dari pelayar "regular" www.umno-reform.com dan artikel tersebut membuat beberapa kritikan dan tuduhan mengenai organisasi Feriz Omar selaku Presiden Prowaris. Sebelum sempat kami memaklumkan mengenai isi kandungan artikel dengan lebih terperinci Sdr Feriz terus memaklumkan, "keluarkan dan siarkan la bang", "tidak payah ragu - ragu", ini hak mereka untuk mengkritik. Saya akan membacanya di laman www.umno-reform.com. Saya agak kagum, memang www.umno-reform.com akan mengeluarkan artikel tersebut tetapi apa yang jelas ialah beliau tidak gusar dan menerima secara menyeluruh hak - hak individu untuk bersuara sungguhpun ianya satu kritikan dan tuduhan hipotesis yang belum ada kebenarannya. Apa yang jelas ialah beliau menerima apa sahaja teguran biar teguran itu datang dari seseorang yang menyorok di belakang kekunci komputer tanpa kesahihan nama dan identiti sebenarnya. Tidak mengapalah, itu satu isu yang berbeda. Apa yang mahu www.umno-reform.com jelaskan ialah, kita melihat apa yang dibuat oleh organisasi tersebut. Mungkin kita lupa untuk sekurang - kurang berterima kasih atas satu isu tersebut - isu MRR2 sehingga Pak Lah mengambil keputusan untuk mengarahkan DS Samy Vellu untuk menutup jalan tersebut atas alasan keselamatan pengguna dan turut mengarahkan agar jambatan itu segera di baiki. Untuk itu www.umno-reform.com mengucapkan tahniah kepada Prowaris, sungguhpun Samy Vellu masih menerajui Kementerian Kerja Raya tetapi kita terhidar dari kemungkinan keselamatan kita terancam selama kita menggunakannya tanpa mengetahui bahawa ianya mengalami kerosakan serius. Bagi kami itu satu kontribusi mereka dan apakah kita harus menghalang mereka dari terus bersuara dalam hal - hal pembelaan rakyat. Kalau ada 100 NGO , mengeluarkan satu isu setiap pertubuhan maka hari ini kemungkinan kerajaan berdepan dengan 100 isu atas nama kepentingan rakyat untuk diselesaikan. Adakalanya, persoalan kaca atau pun intan harus dilihat dari segi kontribusinya kepada kita. Khidmat dan kontribusi menjadi ukuran awalan dan yang lain kita serahkan kepada ALLAH SWT untuk menilai niat dan matlamat masing - masing. Akar dan rotan ada kepentingan masing - masing asalkan jangan kita lupakan akar yang telah memberi jasa kepada kita sudahlah. www.umno-reform.com bertindak atas dasar tersebut. Menyuarakan apa yang mahu disuarakan dan lebih mendengar kepada keluhan orang - orang kecil yang mana suara mereka perlu didengari. Dalam usia yang sudah mencecah 5 tahun, kami juga turut sebelum ini di hujani dengan berbagai tuduhan. Mungkin kalau disemak www.malaysiakini.com , www.malaysia-today.net dan laman - laman lain seperti Kelab Maya UMNO dan www.selangordaily.com maka kita akan nampak nama www.umno-reform.com telah dikaitkan dengan berbagai tuduhan. Namun seperti yang pernah kami dengar,kata - kata seorang pelajar " tidak mati dek keji dan tidak hidup dek puji maka www.umno-reform.com tetap berdiri bagi memenuhi ruangan untuk menyuarakan suara rakyat. Hari ini www.umno-reform.com berdiri secara terbuka - tidak lagi beridentitikan nama pena, boleh dihubungi dan bertanggungjawab penuh dalam apa yang kami tulis, seperti mana dengan laman web Prowaris dan organisasi Prowaris sendiri. Kami tidak menyorok di belakang kekunci komputer melaungkan hasrat untuk berjuang, membicarakan kepincangan kerajaan atau mana - mana kepimpinan kerajaan termasuk kepimpinan parti kami sendiri. Dan bagi Prowaris mereka dari awal lagi berdiri dengan keterbukaan nama mereka dan bakal turut menghadapi apa saja risiko politik secara terbuka. Mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi dalam senario politik hari ini yang memang semakin mencabar - baik bagi pembangkang mahupun UMNO dan rakan Barisan Nasional namun ukuran yang sepatutnya dibuat ialah dengan mengadili kami baik www.umno-reform.com , Prowaris mahupun mana - mana organisasi lain dengan apa yang dilakukan bukan mengadili kami dengan anggapan. Setidak - tidaknya sekiranya ada kontribusi kami walaupun sekecil kuman ianya adalah untuk merancakkan apa yang kami harap - memperkasakan Melayu sebagai salah satu agenda. Bagi rakan kami baik Raden Jowo, Prowaris dan lain - lain pelayar www.umno-reform.com, sama - sama kita berusaha dan kami percaya setiap kritikan adalah satu proses kematangan buat Prowaris dan kami sendiri.
Sekian
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|