![]() |
|
Sengketa bermula dan sengketa ini akan berlarutan sekiranya mereka gagal mencari jalan tengah bagi menyelesaikan masalah dan menutup pekong masing - masing. Baik Mahathir mahupun Pak Lah dalam masa mentadbir negeri ini mempunyai banyak pekong - pekong yang tertutup dari pengetahuan rakyat. Banyak akan terbongkar dan akhirnya UMNO yang ada sekarang akan menjadi lebih jelas lagi - baik dari segi sifat - dari segi perjuangan - dari segi pemerintahan. Agenda UMNO dan mereka yang memimpin UMNO akan terbuka - kesalahan mereka - sikap mereka dan perjuangan mereka - akan terbongkar dan dinilai oleh rakyat.. Ini adalah pergolakan yang kritikal dan media - media arus Perdana mulai hari ini akan memaparkan kenyataan - kenyataan selamat dan cubaan - cubaan mempromosi diri bagi mendapat balasan setimpal dari Pak Lah oleh anggota - anggota kepimpinan parti. Ini adat kepimpinan sekarang. Kenyataan setiap menteri kini berkumandang - yang nampak jelas ada yang mengaku orang Pak Lah tetapi akar masih tersangkut dengan Mahathir. Ini adalah "standard" dalam kepimpinan negara sekarang ini - harus menyebelahi mereka yang sedang berkuasa biarpun sebelum ini Dr Mahathir adalah kepimpinan yang paling hebat di dunia. Hari ini Dr Mahathir bangkit - mengkritik kerajaan. Perlantikan Pak Lah adalah satu kesilapan, Pak Lah mungkir janji dan menikam dari belakang, media tidak bebas dan banyak kritikan lagi disebut setelah sekian lama memerintah dan mengakui kegagalan beliau dalam mencipta Melayu yang progresif dan kental. Suara Mahathir, walau apa pun tidak harus disekat. Beliau harus dibebaskan dari cengkaman yang beliau sendiri lakukan terhadap media semasa memerintah. Beliau yang menunjukkan jalan - menerbitkan dan melakukan apa yang sekarang ini dirasai oleh beliau semenjak keluar dari sekulasi pemerintahan. Ini "trend" negara kita - masa berkuasa tidak pernah mahu sedar perlakuan dan akhirnya sendiri terasa mengenai cengkaman suara - suara. Ini mungkin acuan yang kita sering katakan. Hari ini Dr Mahathir kembali melihat bahawa cengkaman keatas media kini telah membawa beliau kepada media - media alternatif - laman web untuk bersuara. Hari ini Mahathir lihat sendiri orang - orang yang menyebelahi beliau dahulu - mengampu dan menyokong apa sahaja keputusan beliau membelakangi beliau. Ini dunia realiti dalam Malaysia dan dalam UMNO. Ahli telah lama dididik oleh Mahathir untuk mengangguk dan setelah beliau bersara ahli UMNO terus mengangguk dan mengangguk. Pendirian mereka hanya satu - jangan menongkah arus. Ini hakikat yang ada, Tun Dr Mahathir - inilah hasil didikan dan pentadbiran beliau selama 22 tahun memerintah. Kini kita lihat semua masih serupa. Dasar - dasar untuk mengekalkan kuasa sewaktu beliau memerintah kini dipakai oleh kepimpinan UMNO. Atas dasar kononnya menjaga keharmonian maka digalakan jawatan - jawatan presiden dan timbalan presiden dalam UMNO tidak dipertandingkan - kerana ahli UMNO tidak matang lagi dan tidak mampu membuat keputusan. Sistem kuota pencalonan dan pelbagai cara lain dilakukan untuk mengekalkan diri sebagai pemerintah yang kini sedang digunakan sepenuhnya. Dr Mahathir juga adalah kepimpinan yang menggunakan seluruhnya Akta Rahsia Rasmi - bukan sahaja untuk menjaga keharmonian dalam negara - khususnya kerana alasan rakyat kita berbilang kaum, tetapi juga menggunakan Akta yang serupa untuk menjaga keharmonian tokoh - tokoh korporat - syarikat - syarikat dengan mengklasifikasikan perjanjian - perjanjian konsesi dan lain -lain yang mempunyai hubungkait dengan kepentingan rakyat sebagai perjanjian yang tertakluk dibawah OSA. Ini belum lagi kalau dibicarakan bagaimana Akta OSA tersebut juga menjadi pendinding kepada mereka yang sudah terpalit dengan budaya rasuah. Adakah ini semua harus kita lupakan? Adakah kita juga lupa pada pengkhianatan pada Bahasa Melayu - yang mana ramai golongan intelek membahaskan ketidakpuasan mereka dengan perubahan penggunaan bahasa untuk Sains dan Matermatik dan ini dilihat sebagai satu dasar pendidikan yang carca merba. Akhirnya hari ini Mahathir bersama - sama Melayu lain yang beliau label sebagai mudah lupa, LUPA. Lupa akan perbuatan beliau khususnya sewaktu pendengaran beliau tercacat dalam mendengar rintihan rakyat - suara rakyat. Hari ini Pak Lah dan anggota kabinet yang turut dilahirkan oleh Mahathir turut serta meneruskan apa yang ada. Maka Melayu terus disitu tak kemana - mana, malah hanya melihat bahawa Perdana Menteri adalah lantikan bercorak "kesultanan" yang tidak tergugut dek dosa pentadbirannya.
Yang kita tahu - rakyat Melayu khususnya masih
ditakok lama - melihat perubahan kekayaan dari satu kroni kepada
satu kroni. Buat Mahathir dan Pak Lah ingat : Antara peringatan
Iman Ali kepada Malik al-Ashtar al-Nakh'I
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|