|
Anak Malaysia <untuk_mu_malaysia@yahoo.com>
To: Negara&Rakyat <negararakyat_malaysia@yahoo.com>
Subject: Penggabungan Avenue-ECM: Nilai Yang Hilang
Date: Sun 05/14/06 04:00 AM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia
Berhubung dengan perkara, saya telah masuk laman
www.bursamalaysia.com dan muat turun Akaun Tahunan untuk Avenue
dan ECM bagi 2004 dan 2005, Keputusan Kewangan Suku Tahun
mutakhir, dokumen penggabungan dan nasihat dari Penasihat Bebas
(Independent Adviser), K&N Kenanga.
Mungkin tidak disedari penulis, saya dapati kesilapan data dalam
thread perbandingan kewangan ECM dan Avenue di KMU kerana ECM
tidak menggunakan Aset Ketara Bersih Sesaham (Net Tangible Asset
per share) (NTA) sebanyak RM1.34 tetapi Aset Bersih (Net Asset)
(NA) sebanyak sedemikian. Keadaan pernilaian sebenarnya lebih
teruk dari yang disedari.
Ini sangat anih kerana bukan menjadi amalan untuk menghebahkan
nilai selain dari NTA dan EPS (Perolehan Sesaham) sebagai asas
petunjuk nilai sesaham syarikat. Kenapa SC dan Bursa benarkan
kelainan (exception) ini kepada ECM?
Dengan menggunakan Aset Bersih, maka Aset Tidak Ketara seperti
"goodwill" diambil kira dalam nilai saham. Saya tidak pandai nak
terangkan "goodwill" secara mudah tetapi memang kebiasaan akaun
ada item ini untuk mengambil kira Aset Tidak Ketara (Non
Tangible Asset) seperti jenama (brand), lesen, tambahan nilai
dari "account consolidation", dll. Tetapi "goodwill" adalah
terlalu subjektif dan tidak menjadi isu utama.
Saya dapati Avenue sudah menolak RM251.26 juta dari item
"goodwill" pada tahun 2004. Ini tidak disedari dan tidak tertera
dalam dokumen penggabungan yang hanya lebih kepada perkara
masakini. Disebaliknya, ECM Libra masih menunjukkan "goodwill"
didalam asetnya sebanyak RM360.8 juta didalam akaun tahun 2005
berakhir 31-3-2005.
Nilai dan NA Avenue sudah tentu tersusut sebanyak RM250 juta
pada tahun 2004. Manakala, "goodwill" yang tertimbul dalam akaun
ECM Libra pada tahun 2004 (dari proses penyenaraian jalan
belakang South Peninsular Industries Berhad pada tahun tersebut)
tidak di "write-off" seperti dilakukan Avenue. Ini mengekalkan
sebanyak RM360 juta dalam nilai dan NA ECM. Akibat dari helah
akaun ini, ECM dapat kelebihan nilai sebanyak RM610 juta.!
Selain itu, kalau dikira balik kepada akaun terakhir, NTA ECM
hanya RM0.15 berbanding RM0.91 untuk Avenue. Bermakna Nisbah
Harga Saham kepada NTA sesaham ECM adalah 7 kali! Kalau syarikat
hartanah boleh meletakkan nisbah yang tinggi kerana keupayaan
mempertingkatkan nilai Aset Ketara tetapi tidak sesuai untuk
syarikat kewangan/pelaburan.
Jika diandaikan, nilai saham ECM adalah mengikut kebiasaan
setinggi 2 kali NTA, nilai saham ECM ikut cara NTA hanyalah 30
sen sesaham! Tidak lah pada harga RM1.06 yang ditetapkan dan di
persetujui SC.
Avenue yang mempunyai NTA RM0.91 dan nilai terkini RM1.00
sesaham tidak boleh lah di isu saham kepada pemegang saham ECM
pada RM0.66 sesaham. Dengan cara ini yang telah dipersetujui SC,
Avenue telah menjual saham mereka pada diskaun sebanyak 34%!
Mengikut penilaian PE ratio (Nisbah Harga Sesaham Kepada
Perolehan) berdasarkan EPS (perolehan sesaham) ECM pada akaun
2005 menunjukkan nisbah yang rendah pada 11. Bila diambil kira
perolehan dari keputusan kewangan suku tahun yang terbaru, PE
rationya adalah 28. Ini maknanya Avenue hanya akan dapat balik
modal dari pembelian anak syarikat ECM dalam masa 28 tahun!
Pada kebiasaannya nilai dalam pasaran lebih di beratkan kepada
Keputusan Kewangan yang terdekat dan lazim juga jangkaan
keputusan kewangan akan datang yang terdekat. Keputusan terdekat
untuk Avenue adalah pada 31-1-2006 dan ECM pada 31-12-2006.
Perbezaan sebulan tidak membawa perbezaan sangat.
Artikel lain dalam KMU dah menunjukkan kejatuhan perolehan
ketara oleh ECM melebihi 40%. Keputusan Kewangan terdekat ini
tidak di ambil kira langsung oleh semua konon2 pakar-pakar ini.
Pengodit Avenue (Deloitte Touche), Pengodit Avenue (Ernst &
Young), Penasihat Avenue (Avenue Securities), Penasihat ECM
(Aseambanker, anak syarikat Maybank) dan Penasihat Bebas (K&N
Kenanga) membiarkan perbezaan2 ini berlalu.
Sudah tentu bila semua ini diambilkira, perhitungan penggabungan
ini jauh berbeza! Tidaklah perkara berikut berlaku:
1. Avenue yang lebih kukuh dan berprestasi diambilalih oleh ECM
yang lebih lemah.
2. Avenue yang mempunyai kekuatan pemegang saham Institusi
dikuasai oleh pemegang saham ECM yang lebih individu.
3. Avenue dan ECM (dulu Bumiputera Securities) yang dikuasai
kerajaan akan terjatuh kepada individu-individu seperti
Kalimullah, Khairy, dan bekas eksekutif2 Hong Leong (yang
berakar umbi Singapura) seperti Lim Kian Onn, Roger Tan dan
David Chua. Satu pengarah Tan Sri Dato Dr Sak Cheng Lum adalah
bekas ADUN MCA di Penang dan juga Pengarah dalam The Star.
4. Avenue yang mempunyai prestasi yang lebih tulus dan
meyakinkan akan diambil oleh pengurusan yang tidak mempunyai
"track record" di ECM yang baik.
Saya sedar ada banyak lagi isu-siu lain termasuk isu politik
tetapi saya hanya mahu menjurus kepada isu nilai. Tulisan akan
menjadi terlalu panjang dan isu politik tidak ada kesudahan.
Pendik kata, pemegang saham termasuk Instutusi Kerajaan
(bermakna pegang untuk rakyat) tidak mendapat nilai yang lebih
saksama. Di mana Menteri Kewangan (Dato Seri Abdullah Anmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia), Menteri Kewangan II (Tan Sri
Nor Mohamad Yakcop), Director General EPU, Chairman Baru SC,
Chairman Bursa Saham, Chairman Bank Simpanan Nasional, dan
lain-lain yang berkuasa dalam hal ini?
Kita tidak kesah siapa-siapa ingin berniaga dan membuat
pengswstaan syarikat kerajaan. Tidak kira lah Khairy ke, atau
Kalimullah ke, atau yang lain-lain. Namun, tidak bolehlah hingga
tidak mengikut peraturan. It doesn't matter how you play the
game, but you have to follow the rule of the game! Perkara
sebegini tidak pernah berlaku di Malaysia.
Ini saja kebolehan dan ilham yang Allah telah lintaskan didalam
sanubari saya. Yang baiknya dari ianya dan yang tidak dari saya
sendiri, saya berserah kepada Allah dan takut kepada azabnya.
Terima kasih. Wassalam.
Anak Malaysia
|