BALIK KE MUKA UTAMA


Pendapat kolot minda tertutup
- Anak Peribumi, Perlis.

Apabila saya membaca pelayar Hang Tuah Melayu, Mazli M dan pelayar tanpa  nama, cuma tajuknya: Jambatan Bengkok Tak Perlu salahkan Orang lain,  nyata sekali ketiga-tiga pelayar itu berpendapat kolot dan minda  tertutup mungkin dari kalangan ahli-ahli UMNO yang menjadi Pak Angguk  dan Pak Pacak kerana amat menyanjung Tun Mahathir.

Sedarkah pelayar-pelayar itu bahawa Tun Mahathir yang dipuja-puja mereka  merupakan Pengkhianat Bangsa? Mengapa tidak??? Dalam masa kepimpinannya  bangsa Melayu, terutama penduduk desa (mengambil kata-kata Engku Aziz)  ketinggalan segala-galanya. Fokus utamanya membangunkan penduduk  bandar, membangunkan perusahaan untuk kaum Cina dan pelabur luar negara.  Tidak langsung memberi perhatian kepada penduduk desa, 75% adalah orang  Melayu.

Orang Melayu memang tidak kesampaian untuk memburu segala macam  pembangunan perusahaan itu seperti negara jiran kita Thailand dan  Indonesia. Mereka membangun dengan usaha rakyat sendiri, industri kecil  dan sederhana berkembang pesat di negara-negara tersebut. Apakah negara  mereka tidak maju? Jika pelayar-pelayar itu berbangga dengan kemajuan  negara kita pada masa Tun M, siapakah yang maju? Adakah penduduk desa  (orang Melayu) maju?. Cuma sebahagian kecil sahaja yang maju, di bandar-bandar terutama kroni-kroni Tun M.!

Bukakanlah minda, lihatlah nasib yang menimpa bangsa Melayu! Apakah  besar benar jasa dan bakti Tun M kepada bangsa kita? Sebab itu, mengapa  pula Pak Lah perlu menyembah pemimpin yang serupa itu? Mengapa??? Pak  Lah sudah melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Tun M terhadap  bangsa Melayu keseluruhannya.

Berlaku rasuah, penyelewengan, penipuan, pembohongan, membolot projek  negara, jenayah,kemaksiatan, perogolan, pembunuhan angkara visi Tun M  yang begitu drastik untuk membangun negara ini. Kerana itu  berkembanglah unsur-unsur kroni, sahabat handai pemimpin-pemimpin negara  memburu dan membolot kekayaan, keagungan dan kehebatan. Cuba fikir  betul-betul, benar atau pun tidak?

Mengapa pula dalam zaman sebelum Tun M, zaman Tengku Abdul Rahman,  terutama zaman Tun Razak perkara-perkara tersebut kurang berlaku? Tun  Razak memberi perhatian sepenuhnya kepada penduduk luar bandar (di  desa-desa yang rata-rata orang Melayu).

Dan suatu agenda yang memang pahit dihadapi oleh orang Melayu  perninggalan Tun M apabila bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu  untuk mata pelajaran Sains dan Matametik. Sedarkah para pelayar itu,  bagaimana anak-anak Melayu kita terutama di desa-desa apabila masuk  sahaja darjah satu belajar pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris?  Belum lagi kenal bahasa Inggeris. Negara mana dalam dunia ini, terutama  negara-negara maju menggunakan BI mulai peringkat awal persekolahan?

Nyatakan!!! Apa akan jadi kepada anak-anak Melayu kita ha???

Bahasa Melayu kini telah terpinggir dan diketepikan angkara tindakan Tun  M. Di mana jati diri dan maruah negara? Apakah bahasa Melayu tidak  mampu menjadi bahasa ilmu? Dalam tahun-tahun 80an dulu, bahasa Melayu  boleh, mengapa sekarang tidak boleh?

Lenyap bahasa, lenyaplah bangsa. Percayalah!

Jadi mengapakah pelayar-pelayar itu begitu mengagung-angungkan Tun M?  Negara kita maju, dihormati dan disanjung di mata dunia? Yang maju itu  siapa? Negara-negara yang menyanjung negara kita adalah kerana  berkepentingannya atau tidak sedar bahawa rakyat peribumi negara ini mundur: Itik mati di air, ayam mati di kepuk. Mengapa begitu kolot dan  tertutup minda para pelayar ini ha?

Tindakan Pak Lah memang tepat. Sebagai seorang pemimpin mesti mempunyai  daya kepimpinan tersendiri, Pak Lah berusaha menerapkan nilai-nilai  Islam, Tun M menerapkan nilai-nilai apa? Kegelojohan dan rasuah?

Setelah menyedari keterlanjuran kepimpinan Tun M itu, Pak Lah wajar  sekali tidak mengikut telunjuknya. Jika telunjuk lurus kelingking  berkait, buat apa?

Isu pembatalan jambatan itu adalah hak Pak Lah dan hak kita bersama  (rakyat) demi maruah dan harga diri. Apakah para pelayar tidak menyedari  bahawa mereka meminta yang bukan-bukan kepada kita, terutama sekali  ruang udara! Apakah para pelayar rela melihat kapal terbang, jet-jet  mereka bebas berligar-ligar di atas kepala rakyat negara ini termasuk  kepala-kepala para pelayar, mengintip dan melihat sebanyak mana minda  mereka sampai begitu sekali meminta Pak Lah menyembah Tun M?

Sanggupkah???

Tun M sudah dikapankan taring dan kuasanya, akan tetapi masih  berligar-ligar bersama pemangsa-pemangsa dan langsuyirnya. Pak Lah  hendaklah tabah menghadapinya dengan penuh keimanan. Berusahalah  benteras rasuah, projek ke-kronian, tumpukan pembangunan rakyat desa  (bangsa Melayu kita), Allah S.W.T akan merestui. Insyaallah!

 

  • Jambatan Singapura, bangunlah bangsaku klik sini


     

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762