BALIK KE MUKA UTAMA

Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan buka karaoke? 

Inilah orang yang editor umno-reform patut kenal. Dato Hj Amil Salleh, Ketua Bahagian yang di gantung kerana politik wang dan kembali di bebaskan untuk terus mentadbir UMNO Bandar Tun Razak.

Dato Amil Salleh BTRIni bukan satu perkara yang sengaja di buat - buat. Dato Hj Amil Salleh terlibat dalam meluluskan dan menjalankan karaoke di LRT Bandar Tasik Selatan. Bagi saya ini amat memalukan UMNO keseluruhan. Seorang Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan membuka karaoke akan terus memburukkan imej kerajaan memerintah termasuk Majlis Agama Wilayah Persekutuan. Apabila Majlis Agama di kritik kita melenting tetapi apabila perkara - perkara semacam ini berlaku kita pejamkan mata. Bagi saya seorang Ahli Majlis Agama Islam, seorang pemimpin UMNO dalam era Pak Lah yang memperjuangkan nilai - nilai Islam dalam bentuk pentadbiran tidak se harus terlibat dalam perniagaan seperti karaoke atau meluluskan tapak untuk di adakan pusat karaoke yang mampu untuk terus mencemar nama baik UMNO.

Apakah ini imej kepimpinan Islam Hadhari yang mahu di pertontonkan oleh kita dalam UMNO? Apakah ini sebenarnya kepimpinan UMNO yang mahu diketengahkan oleh kita yang menjadi tunjang pemerintah Malaysia.

Perkara ini tidak lagi perlu di sorokkan. Kita memilih untuk mendedahkan kerana kita percaya bahawa kita perlu telus dalam membicarakan mengenai Amir Salleh. Kepentingan rakyat harus di utamakan dan demi sokongan menyeluruh kita kepada usaha Pak Lah untuk menegakkan integriti dalam kepimpinan UMNO maka perbuatan negatif kepimpinan UMNO perlu di hentikan. 

Saya tidak percaya lagi dengan daayah yang kita sepatutnya menyorokkan perkara - perkara agar UMNO terus kelihaan bersih. Kita mahu UMNO yang benar - benar bersih dan bukan hanya kelihatan bersih. Saya percaya selagi kita menutup mata dan membiarkan perkara - perkara seperti perlakuan Dato Amil Salleh maka selagi itu kita akan terus diperhambat oleh pembangkang. 

Saya juga turut mencabar kepimpinan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak untuk bangkit menyatakan perkara ini. Saya juga ingin menasihati Zaharin dan kuncu - kuncu mereka yang sedar untuk bangkit mengatakan yang sebenar. Jangan hanya membiarkan perkara - perkara ini merebak sehingga menjadi wabak yang akan menjatuhkan UMNO BTR.Kita mahu UMNO terus memerintah dan menjadi wadah politik orang - orang Melayu dan Islam tetapi kalau kita terus membiarkan kemungkaran seperti ini berlaku - siapalah kita, apakah sebenarnya Islam Hadhari yang kita canang itu dan apakah kita terus memilih kepimpinan yang hanya tahu menjaga diri dan keluarga. 


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762