BALIK KE MUKA UTAMA


Najib meng - amin - kan kesalahan Pak Lah

Teori yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib meng - amin - kan kesalahan Pak Lah telah menerima banyak respond dan menjemput kami membuat rumusan atas semua email yang di terima dalam satu artikel. Bermula dengan satu artikel Gerakan Menjatuhkan Pak Lah klik sini ianya berlarutan kepada kritikan - kritikan pentadbiran Pak Lah sehingga ada email yang mengatakan bahawa tindakan - tindakan yang diambil  Pak Lah yang akan menjatuhkan diri beliau sendiri.

Salah satu email dari Mohd Salim Ibrahim mengatakan, sewaktu Tuanku Abdul Rahman memerintah, Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri bertindak sebagai "punching back" bagi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Keadaan ini serupa sewaktu Allahyarham Tun Ghafar Baba, Tan Sri Musa Hitam dan Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mereka turut membela Tun Dr Mahathir sungguhpun akhirnya kesemua mereka rebah di bawah pemerintahan Mahathir. Suatu yang agak berbeza ialah apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Sekiranya di fikirkan dalam - dalam, kedudukan Tun Hussein Onn adalah serupa dengan keadaan Pak Lah yang tidak mempunyai kekuatan sokongan khususnya dari Timbalan Perdana Menteri beliau Tun Mahathir atau Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sengaja membiarkan kesalahan demi kesalahan dilakukan dengan harapan yang tersembunyi. Mungkin saya salah tetapi bagi saya ianya seolah - olah begitu.

Lain pula senario yang kami terima dalam email berikut : Tidak benar, Pak Lah bagi saya hanya mendengar mereka  - mereka yang mentah termasuk anak menantunya. Najib adalah Timbalan Perdana Menteri tetapi Pak Lah lebih selesa dengan orang - orang lain kerana kepercayaan Pak Lah kepada Najib adalah minimal. Najib orang Mahathir dan Pak Lah lebih terpengaruh dengan orang kanan beliau dari kepimpinan UMNO.

Email berikutnya dari neba2020@yahoo.com berbunyi -  Rakyat merestui perlantikan Pak Lah sebagai PM pada akhir 2003.  Beliau sebenarnya dipilih oleh Tun Dr Mahathir dengan persetujuan Yang  Di Pertuan Agung lalu direstui oleh rakyat jelata secara majoriti. Janji Pak Lah adalah untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah  di-inspirasikan oleh Tun Dr M. Tetapi semakin lama tindak tanduk pengurusan  ekonomi dan pengurusan negara oleh Pak Lah mula membuatkan sebilangan  masyarakat yg merestui perlantikannya dahulu telah mula bosan, mual,  kecewa dan sedih ! Kepada Pak Lah, percayalah betapa kami menyokongmu tapi banyak juga yg kecewa denganmu.  Saya secara peribadi amat sedih apabila melihat Pak Lah menjadi seorang  PM yang hanya pandai mengeluarkan keputusan penting kerajaan melalui  kenyataan akhbar dan selalu saja tidak mengeluarkan hujah lisan yang  bijak untuk menjelaskan justifikasi sesuatu keputusan kabinetnya. Pak  Lah, jangan tunjukkan anda lemah di mata masyarakat. Kami Malu !

Selanjutnya email - email yang lain tidak bersetuju dengan adanya gerakan menjatuhkan Pak Lah sebaliknya mengatakan bahawa Pak Lah akan jatuh dengan sendirinya kerana kelemahan diri bukan sahaja sebagai Ketua Kerajaan tetapi sebagai Presiden UMNO sendiri.  

Minggu sudah juga kami mempamerkan email dari seorang yang bernama Nordin yang seolah - olah membandingkan Pak Lah dengan Tun Dr Mahathir. Beliau mempersoalkan tindakan Pak Lah yang menyindir Tun Mahathir sebagai satu kesalahan yang pasti akan menjatuhkan dirinya.  Klik sini Beliau turut memberi pendapat bagaimana Tun Dr Mahathir mencium tangan Tuanku Abdul Rahman dalam menyelesaikan perselisihan faham antara beliau dengan Tuanku.

Sungguhpun begitu satu pendapat yang paling menarik bertajuk - Bukan Pak Lah yang di tolak tetapi mangsa politik Khairy . Email dari yesZ ini mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin adalah penyebab kenapa Pak Lah dalam situasi yang ada sekarang ini. Ahli UMNO khususnya kepimpinan parti dalam UMNO ada yang menolak Pak Lah kerana Khairy Jamaluddin. Khairy Jamaluddin adalah penyebab kenapa Pak Lah dikritik. Pak Lah pula menurut beliau menerima nasihat - nasihat dari mereka yang daif dan tidak memahami situasi politik dan Khairy pula dikatakan oleh Pemuda sebagai manusia yang sombong dengan konon - kononnya beliau intelek. Tindakan Khairy dalam Pemuda menyebabkan usaha - usaha menjatuhkan Pak Lah bermula.  Mungkin sifat angkuh Khairy dilihat untuk mempercepatkan budaya "Badawisme" yang menjadi penyebab kenapa Pak Lah di tolak.

Ini kemudian disokong oleh satu lagi email dari Pemuda Cawangan UMNO - yang turut menamakan Khairy Jamaluddin sebagai punca Pak Lah diserang. Berita - berita mengenai ECM Libra dan cara mana Khairy dikatakan meletakkan kroni - kroninya dalam pentabdiran baik kerajaan dan syarikat milik Kerajaan dikatakan penyebab utama Pak Lah di tentang. Disamping itu pemilihan Pak Lah untuk kabinetnya "contradicting" dari kononnya pembaharuan yang Pak Lah mahu bawa.

Hari ini menurut Muhammad Hanafi - Pak Lah ditentang oleh orang - orang UMNO, orang - orang peniaga khususnya Ali Baba ciptaan Mahathir, peniaga - peniaga dan pembangkang. Berbeza dengan Tun Mahathir yang hanya di tentang oleh pembangkang tetapi mendapat cukup pertahanan dari orang - orang kanan beliau dan UMNO sendiri.

Secara rumusan artikel Gerakan menjatuhkan Pak Lah memberi berbagai arah respond yang dapat di simpulkan seperti berikut:

1. Tindakan Najib seolah - olah meng - amin - kan kesalahan Pak Lah

2. Pak Lah sendiri yang merancang kejatuhannya dengan tindakan - tindakan beliau yang menjarakkan diri dari mendengar pendapat khususnya dari Timbalan beliau dan UMNO.

3. Kehadiran Khairy Jamaluddin yang cuba mempercepatkan proses "Badawisme"

4. Kelemahan Pak Lah bukan sahaja sebagai Ketua Kerajaan tetapi Presiden UMNO

Kedudukan Pak Lah lebih kritikan dari sudut penentangan dan langkah  - langkah Pak Lah seharusnya hadir mendengar atau setidak - tidaknya orang - orang kanan Pak Lah seharusnya mengambil tindakan dari hanya rapat dengan Pak LAh untuk kemajuan diri tetapi tidak mahu berada dalam pasukan Pak Lah.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762