BALIK KE MUKA UTAMA


user@FormMail.To
Reply-To: "amin tandop" <amin_tandop@hotmail.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Thu 05/11/06 03:04 AM

From_Email: amin_tandop@hotmail.com

From_Name: amin tandop

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Isu : Hang Tuah Bukan Berbangsa Melayu.

Seronok membaca artikel-artikel yang mengatakan bahawa Hang Tuah  sebenarnya adalah berbangsa Cina. Kesemua hujah yang diketengahkan  berpaksi kepada nama Hang Tuah itu sendiri, oleh kerana dikatakan bahawa nama "Hang" tiada di dalam koleksi nama-nama Melayu dan sebaliknya nama "Hang" itu lebih mirip sebutannya di dalam bahasa Cina lantas terus dihukum bahawa Hang Tuah sebenarnya berbangsa Cina.

Ada juga artikel yang menyebut bahawa sebuah badan penyelidik iaitu The Federal Association of Arc & Research of Michigan, USA telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa Hang Tuah adalah berbangsa Cina, bolehkah penulis artikel tersebut sertakan sekali alamat & no contact ataupun alamat website badan penyelidik ini agar dapat dipastikan adalah ianya WUJUD dan benar-benar telah menjalankan kajian, ataupun ini hanyalah satu hujah palsu.

Isu menidakkan keMelayuan Hang Tuah adalah usaha-usaha untuk menyatakan bahawa orang Melayu bukanlah penduduk asal Tanah Melayu.

Tuduhan bahawa Hang Tuah bukan Melayu hanyalah tuduhan liar dan disokong dengan hujah-hujah yang tidak kukuh. Kehebatan Hang Tuah 5 bersaudara dikenang oleh kerana kehebatannya bersilat. Tanyalah mana-mana pengamal seni Silat dan Gung Fu/Kung Fu, adakah sama konsep dan "rasa" diantara kedua-dua jenis seni beladiri ini. Jawapannya adalah berbeza sekali, perbezaan yang nyata dari segi "rasa" dan "gerak". Sebab itulah walau selama mana sekalipun orang bukan Melayu mempelajari silat, tidak akan dapat menguasainya seratus peratus kerana Silat memerlukan jiwa Melayu.

Dan sekiranya orang Cina terlebih dahulu sampai di Tanah Melayu, kenapakah adat resam orang Melayu dan Cina begitu berbeza sekali, tidak seperti adat resam orang-orang Melayu dan India yang mempunyai persamaan kerana orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam adalah pemeluk agama Hindu.

Pengikut Puteri Hang Li Po yang bermastautin di Tanah Melayu masih wujud dan kekal hingga kini, merekalah masyarakat Baba & Nyonya yang masih mengekalkan adat istiadat mereka hingga ke hari ini. Tidak pula mereka bertukar mejadi Melayu.

Kenapa pula Hang Tuah yang menjadi pertikaian? Mengapa tidak diagung-agungkan Laksamana Cheng Ho yang terbukti adalah pelayar pertama mengelilingi dunia. Adakah beliau tidak diagung-agungkan kerana Laksamana Cheng Ho adalah seorang Muslim?

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762