BALIK KE MUKA UTAMA

Dato Amil Salleh dipanggil Lembaga Disiplin sekali lagi

Mungkinkah pembebasan beliau baru - baru ini atas tuduhan politik wang terbantut kembali? Kami dimaklumkan bahawa Dato Amil Salleh akan dihadapkan kembali ke Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan mempengaruhi pemilihan semasa Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bandar Tun Razak pada 15 Mei 2005 yang lalu. Beliau seaktu itu dalam penggantungan telah menggunakan kemudahan Pejabat Bahagian, menjalankan program - program dengan cawangan, mengeluarkan senarai 'cai' atau nama - nama sokongan beliau dan mempengaruhi ahli -ahli cawangan dan Bahagian untuk senarai nama - nama perwakilan tujuh. 

Dato Amil dikatakan turut hadir dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO BTR walaupun sewaktu itu beliau digantung keahlian. www.umno-reform.com turut dimaklumkan bahawa Zaharin Mohd Yassin yang merupakan Bekas Setiausaha Bahagian BTR akan memberi keterangan bersama - sama 17 - 20 Ketua Cawangan UMNO BTR terhadap tuduhan salah laku Dato Amil Salleh.

Beberapa pendedahan telah di buat oleh pelayar - pelayar umno-reform.com mengenai perkara - perkara salah laku Amil Salleh termasuk menggunakan tanah secara haram untuk membuka gerai dan karaoke terbuka di kawasan lapang dekat LRT Bandar Tun Razak. Dato Amil dalam kenyataan beliau kepada www.umno-reform.com mengaku membuka kawasan gerai tersebut untuk memberi peluang kepada Tim Ketua Cawangan untuk mengadakan karaoke rakyat dengan caj RM 1.50 satu lagu. Setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terus berdiam mengenai tuduhan penerokaan tanah secara haram oleh Dato Amil Salleh. 

Dato Amil Salleh juga adalah Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan dan dikatakan menggunakan jawatan ini untuk bergerak di peringkat cawangan dan bahagian. Panggilan semula Dato Amil Salleh ini akan menguji juga integriti Lembaga Disiplin UMNO dalam membuat keputusan mengenai salah laku kepimpinan UMNO. Sebelum ini kami turut dimaklumkan bahawa Ketua Cawangan UMNO Sri Labuan BTR En Mazlan Anuar sungguhpun menerima keputusan Lembaga Disiplin tetapi akan terkilan dengan keputusan pembebasan Dato Amil Salleh. Justifikasi Dato Amil katanya, yang menunjukkan cek bernilai RM 2,000 atas nama Mazlan Anuar sungguhpun di jadi diberikan tidak bermakna wang sebanyak itu tidak boleh di beri dengan tunai. Kehadiran cek itu sendiri - sungguh pun tidak di beri menunjukkan bahawa ada niat dan ada usaha dan tidak mustahil cara pemberian itu melalui cara yang berbeza. 

Sesuatu yang juga menghairankan ialah Dato Amil Aalleh sudah mengetahui akan pembebasan beliau seminggu sebelum keputusan di umumkan. www.umno-reform.com turut menerima email yang mengatakan perkara sedemikian serta beberapa jumlah mereka yang akan di bebaskan. 

En Mazlan Anuar juga dikatakan akan hadir bersama sebagai saksi dalam memberi keterangan selanjutnya. 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762