|
formmail.to: umnoreform
From_Email: nhemy@malaysia.com
From_Name: Pak Ali
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Islam dan Pembesar Suara
Laungan azan yang dijadikan isu bukanlah perkara baru. Hakikatnya bukanlah azan itu yang menjadi isu, tetapi perkara lain yang ada kaitan
yang mengheret azan sebagai mangsa. Sebagai orang islam, kita wajar memberi perhatian dan pertimbangan yang rasional dalam isu ini.
Islam itu adalah rahmat seluruh alam. Islam itu ketenangan, keselamatan.
Orang islam itu ialah mereka yang mahukan kebaikan untuk orang lain sepertimana mereka inginkan kebaikan itu untuk diri mereka sendiri.
Tidak selamat seorang islam jika jirannya tidak aman dari lidahnya. Nabi
pernah memegang lidahnya dan berkata kepada sahabatnya bahawa ramai
manusia akan binasa kerana itu. Sekadar tamsilan kepada satu organ yang mengeluarkan bunyi yang boleh menyakitkan orang lain. Islam itu adalah
akhlak. Pesan nabi lagi, baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak!
Walaupun tidak bersetuju sepenuhnya, tetapi tetap ada rasional disebalik
kegusiran berkaitan. Kalau kita perhatikan isu ini berbangkit ketika
umat islam memasuki bulan Ramadhan. Bulan kesejahteraan bagi hati-hati
yang sejahtera. Sejahtera untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.
Bulan Ramadhan ini juga akan manyaksikan masjid-masjid dan surau-surau lebih diimarahkan daripada
kebiasaannya. Ini termasuklah dari segi penggunaan pembesar suaranya. Malangnya bagi kita, pembesar suara itu
seakan menjadi satu organ penting dalam mengimarahkan masjid dan
Ramadhan. Mengapa begitu? Perlukah begitu? Tidak menjadi kepelikan untuk
memasang kaset bacaan ayat suci, sambil yang memasangnya berborak sambil menghisap rokok (jika di bulan lain), di belakang surau sambil
menadah tin milo besar untuk disii abunya! Apakah ini tuntutan amalan
islam? Aku pernah bersembahyang subuh disebuah masjid dinegeri melaka yang dipasangkan kaset lebih setengah jam sebelum subuh. Jemaah subuh
pagi itu tak lebihpun 10 orang! Dan masjid tersebut terletak berdekatan jalan yang dihuni orang bukan islam. Aku terasa begitu kesal dengan
kejadian itu yang berlaku lebih sepulub tahun dulu. Seolah-olahnya
syariat azan itu tidak mencukupi untuk menyeru manusia ke masjid untuk
solat! Perkara yang sama berlaku ketika aku menyewa sebuah rumah berhampiran sebuah masjid institusi pendidikan yang disekilingnya dihuni
oleh orang bukan islam. Setengah jam sebelum subuh telah dipasangkan kaset bacaan suci Al-quran. Sebelum maghrib begitu juga. Awal pagi
dihujung minggu dengan lagu-lagu nashidnya pula. Diketika yang lain ketika
bersebahyang jumaat disebuah masjid di Bangi, aku terkial-kial memasang telinga mendengar apa yang dikhutbahkan kerana masjid
menggunakan pembesar suara luar tidak yang didalam! Mendengar khutbah adalah syarat sah jumaat, bukan untuk orang luar! Aku khuatir jika
khutbah tidak berkesan kerana niat khatib untuk didengar orang luar bukannya ahli jemaah! Mengapa begitu? Perlukah begitu? Apakah itu dakwah
bagi kita? Perlu diingati membaca Al-quran dengan kuat berhampiran dengan orang yang sedang solat mahupun sedang tidur pun dilarang.
Malahan sesetengah ulamak meletakkan lebih keutamaan untuk membaca al-quran
secara senyap daripada mengeraskan suara untuk menjaga keikhlasan hati. Ulamak juga mengesyorkan agar kita bangun malam secara senyap-senyap
untuk qiamullail tanpa mengganggu orang lain bagi mencari ketenangan diri dan keikhlasan amalan. Berbeza sungguh dengan kita yang lebih suka
mengwar-warkan amalan. Sesungguhnya Allah telahpun meminta Ibrahim a.s untuk menyeru manusia ke Baitullah dengan ingatan bahawa Allah sendiri
yang akan menyampaikannya kepada seluruh umat manusia hingga hari kiamat!
Kita pula seakan dengan penuh yakin dan percaya bahawa pembesar suara itu berperanan penting untuk menyampaikan kepada manusia.
Jangan nanti orang berkata lebih baik berumah disebelah disko daripada disebelah masjid. Atau orang lebih memilih untuk berumah disebelah pokok
ara daripada masjid. Bukankah itu satu kerugian bagi kita? Akibat dari sikap syok sendiri kita? Pernah berlaku keadaan penghuni membantah
pembinaan masjid berdekatan perumahan mereka kerana khuatir nilai rumah
mereka akan jatuh! Mengapa kita menjadikan masjid kita dihina begitu? Kerana kita suka menokok nambah amalan yang bukan disyariatkan untuk
kita. Kita cuba memaksa orang lain untuk mendengar apa yang berlaku di dalam masjid. Kadang kala kita hilang sensitivity apabila memasang
pendengar suara luar ketika penceramah sedang berceramah isu-isu sensitive yang menyentuh orang lain. Anehnya kita mintak orang untuk
bertoleransi dengan kita! Bagaimana pula dengan kita?
Ketuanan melayu tidak menjadikan kita mulia disisi manusia apatah lagi tuhan. Yang memuliakan kita ialah akhlak islami yang diutuskan kepada
kita. Status khalifah dimuka bumi bukanlah bermakna kita boleh berbuat apa saja tindakan dalam
memperjuangkan agama. Salah faham inilah yang menimbulkan sikap ekstrimis dikalangan orang islam. Nabi bersusah payah
berdakwah kepada manusia bersemuka dari hati kehati. Jibrail yang mengajar nabi pun datang mengadap hingga bertemu lututnya dengan nabi.
Sedangkan kita berdakwah dengan memasang pembesar suara sekuat mungkin agar terdengar oleh sesiapa saja yang suka ataupun tidak! Inikah akhlak
kita yang Allah dan rasulnya inginkan? Iblis dan syaitan akan sentiasa
memesongkan kita hatta dalam amalan kita sekalipun. Betapa besar dosanyajika perbuatan yang kita sangkakan amalan baik itu menjadikan manusia
bencikan Allah dan Rasulnya. Walaupun kita perlu syiarkan apa yang perlu
disyiarkan, ianya tetap perlukan berpada-padaan. Walaupun kita perlu syiarkan zakat fitrah (sedekah perlu disembunyikan), namun bukan
bermakna kita perlu memberitahu kepada orang ramai bahawa kita telah menunaikanya.
Bersempena dengan Ramadhan yang mulia ini, inilah masanya untuk kita menjadikannya sebagai bulan yang dinantikan oleh setiap makhluk tuhan.
Janganlah kita jadikannya bulan yang ingin dijauhi oleh makhluk tuhan lain hanya kerana sikap kita. Kita mungkin boleh memulakannya dengan
mematikan pembesar suara luar ketika sembahyang tarawikh dijalankan.
Pembesar suara tidak pernah menjadikan orang tertarik kepada islam, tetapi akhlak umatnya yang menjadikan mereka manusia terbaik yang
diutuskan Allah ke muka bumi.
Selamat berpuasa.
Pak Ali
|