BALIK KE MUKA UTAMA


Rasuah kesalahan tidak serius dalam UMNO

Ini bukan persoalan peribadi - ini bukan persoalan dengki mendengki - tetapi ini persoalan etika - integriti dan maruah UMNO. Benar - benar menghairankan, apakah kita tidak langsung merasa malu - memberi anugerah kepada mereka yang sebenarnya tidak layak - tidak sepatutnya menerima. Apakah sebenarnya asas anugerah yang di berikan - pingat yang di kurniakan, apakah penganugerahan itu hanya berlingkar kepada kontribusi peribadi kepada ketua negeri dan kepimpinan politik? Kalau itu kriteria - apakah sebenarnya nilai kepada satu - satu anugerah yang di berikan?

Tan Sri Muhd Ali Rustam adalah model dalam persoalan kami. Beliau telah dikatakan memberi begitu banyak anugerah Dato tahun sudah, sehingga ada yang mengatakan bahawa itu adalah bentuk - bentuk politik wang perlakuan beliau. Sesudah itu beliau terbit dengan kontroversi pemberian anugerah kepada Allahyarham Khalid Jefri yang akhirnya di dapati bersalah oleh mahkamah sebagai penulis buku fitnah yang terulung dalam negara kita ini. Hari ini Muhd Ali Rustam wujud dengan pemberian pingat JP atau Jaksa Pendamai kepada orang yang telah sahih melakukan rasuah politik - Datuk Amil Salleh. 

Apakah Muhd Ali Rustam tidak malu kepada rakyat Malaysia dalam melihat pengukuran beliau untuk menganugerahai mereka yang berjasa kepada Melaka. Kalau tidak malu pada rakyat sekurang - kurang malu sedikit kepada ahli - ahli UMNO yang melihat perlakuan beliau. Mungkinkah ini strategi untuk beliau memenangi hati mereka dan membuat pelaburan awal untuk pemilihan akan datang?

Kepimpinan negara/negeri harus memberi penumpuan kepada mereka yang benar - benar berjasa dan bukan membalas jasa atau membeli sesuatu dari penerima darjah kebesaran itu. Mereka harus peka agar tidak dikatakan pemberian itu satu sogokan untuk pemilihan atau sebagai membalas budi kerana memilih. 

Apakah perlakuan khususnya Ali Rustam ini menunjukkan makna integriti yang didefinisikan oleh UMNO mengenai mereka yang berjasa? Kalau itu makna integriti yang ada maka harus kita lupakan usaha kita membasmi rasuah kerana punca atau asal rasuah itu adalah dari kita. Kita memberi sogokkan kerana kita mahukan sesuatu kelak - INI RASUAH.

Datuk Seri Abdullah Badawi pernah sewaktu mula dilantik menjadi Perdana Menteri membuat kenyataan mengenai kerunsingan beliau tentang anugerah Datuk/Dato yang tidak mengikut kriteria yang sebenarnya. Namun kerunsingan Perdana Menteri itu hanya setakat meluahkan rasa - tidak ada yang menerima malah peka kepada corak penganugerahan yang diberikan. Akhirnya anugerah yang di terima adalah anugerah palsu yang bukan berdasarkan sumbangan kepada rakyat tetapi sumbangan kepada kepimpinan individu. 

Dalam persoalan Amir Salleh - penerima pingat Jasa Pendamai - maka sekali lagi Ali Rustam harus di sedarkan mengenai pemilihan penerimaan anugerah oleh beliau. Dato Amil Salleh telah 2 kali digantung dan kali terakhir adalah mencampuri urusan pemilihan wakil persidangan Agung dalam masa beliau digantung dari jawatan Ketua Bahagian. Beliau menjalankan aktiviti melobi - menentu kemenangan dan akhirnya melanggar disiplin parti dan di gantung sekali lagi selama 3 tahun. Sepatutnya mereka yang didapati bersalah - khususnya dalam rasuah politik - telah melakukan kesalahan besar - membelakangi amanat rakyat atau se tidak - tidak ahli UMNO dan tidak sepatutnya dianugerahi dengan anugerah malah harus di pertimbangkan untuk menggugurkan semua kebesaran yang ada. 

Namun berlainan sekali keadaannya dalam pemerintahan UMNO baik dalam parti mahupun kerajaan - kesalahan rasuah - tidak serius se - serius yang digambarkan malah orang seperti Amil Salleh masih lagi memegang jawatan Ahli Majlis Agama Wilayah Persekutuan. Syabas 


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762